Negeri Johor? Negeri Johor Darul Ta’zim adalah sebuah negeri yang terletak di penghujung selatan Tanah Melayu. Jadi, jika anda melancong di Negeri Johor bermakna anda telah berada di penghujung Negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, Negeri Johor bersebelahan dengan Negara Singapura. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjejakan kaki di Negeri Johor ini. Di sini mempunyai pelbagai keunikan dan makanan yang sedap-sedap. Bonus untuk anda juga, jika ingin ke Negara Singapura, anda hanya perlu menaiki bas sahaja tanpa perlu bersusah-payah menaiki kapal terbang.
Jom kita lihat, tentang fakta negeri Johor yang mungkin ramai tidak tahu. Negeri Johor adalah sebuah negeri yang pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyurkan oleh Sultan Abu Bakar. Selain itu, Negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai hospital tentang berwarna merah di Malaysia iaitu Hospital Sultanah Aminah yang telah dibina pada tahun 1882.
Nak tahu lagi tentang fakta negeri Johor? Jom!. Negeri Johor juga lahirnya tokoh-tokoh intelektual melayu bersama karya yang hebat seperti Tuhfat al Nafis, Aturan Setia Melayu Bugis, Syair Maharaja Abu Bakar dan Perundangan Johor yang tidak asing lagi dalam kesusasteraan dan manuskrip sejarah negara. Banyak sebenarnya fakta tentang negeri Johor ini. Berminat hendak melawat Johor?
Anda bercuti di daerah Muar? Tetapi tidak tahu apa yang boleh dilakukan di sini. Jangan risau, artikel ini akan membantu anda mencari tempat-tempat yang menarik di daerah Muar Johor. Daerah Muar ini juga dikenali sebagai Bandar Maharani, bandar bersejarah dan mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi di sini. Sebagai contohnya, misteri Gunung Ledang dan pemandangan cantik serta tenang di Pantai Leka. Nama pun pantai leka, pasti kita akan leka melihat keunikan dan kecantikan pantai di sini.
Sangat cantik pemandangan di Pantai Leka ini. Tambahan lagi pada waktu sunset dan sunrise. Jadi, jangan lepaskan peluang anda ke sini. Selain itu, jika anda seorang foodhunting, bijak anda telah membuat pilihan yang tepat kerana di daerah Muar ini menyajikan makanan yang enak dan segar setiap hari bermula dari pagi hingga ke malam.
Jom kita lihat di manakah tempat menarik lagi di Muar Johor. Antara tempat menarik lagi di Muar Johor ialah:
Jika anda seorang penggemar seni, anda boleh nikmati gambar-gambar seni di Maharani Mural Lane. Walaupun hanya seni jalanan atau street art, tetapi seni lukisan di Maharani Mural Lane sangat cantik dan kemas sehingga menjadi tempat tarikan pelancong di sini. Jadi anda boleh nikmati kecantikan lukisan di sini. Bonus untuk anda yang suka bergambar dan OOTD, di sini tempat yang wajib anda datang untuk bergambar. Ia sangat cantik dan akan membuatkan gambar anda yang tersenyum manis.
Bagi anda yang gemarkan pemandangan atau anda seorang yang suka menikmati angin malam, anda boleh mencuba aktiviti boat cruising di sepanjang Sungai Muar. Anda boleh mendapatkan tiket boat cruising anda di Jeti Tanjung Emas. Tempoh mengelilingi sungai menaiki boat cruise mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam. Jadi, anda boleh tenangkan fikiran anda sambil menikmati angin malam. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat melihat kelipan kunang-kunang pada waktu malam. Best bukan? Jangan lepaskan peluang anda di sini!.
Pusat rekreasi ini dilengkapi dengan kemudahan surau, bilik mandi dan persalinan, chalet, pondok wakaf, taman permainan kanak-kanak, ruang parkir termasuk ruangan parkir untuk orang kurang upaya (OKU). Sangat lengkap kemudahan di kolam air panas sungai gersik. Selain itu, di sini juga memiliki kolam air yang normal sesuai untuk kanak-kanak mandi manda. Jadi, anda tidak perlu risau bawa anak-anak ke sini.
Nak dapatkan gambar yang cantik untuk posting di Instagram atau Facebook, anda boleh ke Menara Jam Muar. Ia sangat cantik. Menara Jam Muar ini dibina berasaskan seni bina Inggeris lama. Di sini anda akan dapat melihat sejarah peninggalan penjajah melalui seni bina kedai yang unik dan tersendiri. Di Menara Jam Muar juga mempunyai air pancut yang cantik, jadi anda boleh nikmati suasana di sana. Menara Jam Muar ini terletak di lokasi Laman Maharani Padang Nyiru.
Masjid Sultan Ibrahim ini terletak berdekatan dengan muara Sungai Muar. Masjid Sultan Ibrahim ini adalah masjid tertua di Muar yang di bina pada tahun 1890 an. Reka bentuk masjid ini menggabungkan elemen Barat dan Timur Tengah. Ini menjadikan masjid ini sangat unik dan cantik persis Al-Hambra (Sepanyol). Masjid Sultan Ibrahim ini terletak di lokasi Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar.
Sudah puas berjalan sana sini, perut pun pasti berbunyi riang ria minta di isi segera. Jadi, jalan-jalan tempat menarik sudah. Jadi, di mana tempat makan best ya di Muar Johor ini. Jom kita lihat di mana tempat makanan yang anda patut rasai di Muar Johor ini.
Anda mungkin agak sedikit kekok jika makan satay di waktu pagi. Ya Benar, di Muar Johor menjadikan satay sebagai sarapan pagi. Jadi, anda jangan pelik jika di mana-mana saja kedai ada menjual satay di waktu pagi. Jika anda ingin merasa satay yang sedap di Muar, anda boleh mencuba di Gubok Ann Satay Warisan. Di sini anda akan merasai resipi turun menurun dan rasa satay yang sedap serta segar.
Anda peminat asam pedas? Nak ke Negeri Melaka jauh pula. Jangan risau, di Negeri Johor juga anda dapat menikmati masakan asam pedas yang pekat lagi terangkat!. Anda boleh pergi ke Gerai Asam Pedas Parit Jawa. Di sini, masakan asam pedasnya sangat lah sedap. Anda juga boleh menikmati pemandangan laut memandangkan gerainya yang berdekatan lauk. Pasti layan, makan asam pedas sambil tengok laut dan kampung nelayan. Jadi, jangan lupa singgah sini!.
Eh kedai apa ini? Jangan risau, nama kedai makan ini memang unik sedikit. Kedai makan ini menjual pelbagai jenis makanan. Jadi, anda boleh pilih apa sahaja makanan yang anda suka dan nikmati di sini. Tambahan lagi, sudah namanya kedai lempeng, pastinya jual lempeng juga. Jangan anda tidak tahu, lempeng di sini adalah lempeng paling sedap di Bandar Muar. Lempeng di sini sangat gebu dan lembut di tambah pula cicah dengan kari kambing yang pekat, perghh rasanya enak sekali. Anda sudah terbayang keenakannya? Jom lah datang sini!.
Penat berjalan? Sudahlah sekarang ini musim panas, perit tekak bukan? Jadi, jom basahkan tekak anda dengan memakan cendol di De’ Raja Muar Royal Town. Kedai cendol ini terletak di Taman Sri Tanjung. Kedai cendol ini juga menjual pelbagai jenis makanan ringan, jadi anda boleh lah mengisi perut anda juga.
Pergi ke mana-mana sukakan makanan laut? Jangan lepaskan peluang anda untuk makan makanan laut di Sabak Awor Seafood Court. Di sini menyajikan pelbagai jenis makanan laut. Anda boleh pilih apa saja makanan laut di sini dari pelbagai jenis ikan, sotong, udang dan pelbagai jenis cengkerang. Anda juga boleh meminta masakan apa yang anda inginkan mengikut cita rasa anda sendiri.
Sesudah kita tiba di Bandar Muar ini, di mana tempat yang kita ingin menginap? Nak menempah hotel, harganya agak mahal dan hanya dapat satu bilik sahaja. Macam tidak berbaloi apabila kita datang dalam kuantiti yang banyak.
Jadi, jika anda inginkan keselesaan dan ruangan yang luas, anda boleh menyewa homestay sebagai tempat penginapan anda. Harganya jauh lebih murah dan boleh tinggai beramai-ramai dalam bumbung yang sama. Tidak tahu di mana homestay murah di daerah Muar?
Jika anda ingin menyewa homestay, anda boleh menyewa di D’Murai Homestay. Ruangannya sangat luas sehingga boleh muat antara 10-15 orang sekali gus. Jadi, di sini sangat dapat menjimatkan kos penginapan anda.
Di Murai Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan kesemuanya dipasang siap oleh penghawa dingin. Jadi, anda tidak perlu takut panas di dalam Homestay. Anda boleh tidur dan rehat dengan selesa di D’ Murai Homestay.
D’ Murai Homestay juga menyediakan ruangan dapur untuk anda memasak. Jadi, jika anda ingin menjimatkan kos makan di luar semasa bercuti, anda boleh lah masak di ruangan dapur homestay ini. Peralatan lengkap telah disediakan, jadi anda hanya perlu membeli barangan untuk memasak sahaja. D’ Murai Homestay juga menyediakan peti sejuk, jadi anda boleh menyimpan barangan basah anda tanpa perlu risau rosak lagi.
Oleh itu, anda boleh memilih D’ Murai Homestay sebagai tempat penginapan. Sangat selesa. Harganya juga sangat murah dan pemiliknya juga sangat baik dan peramah. Anda boleh berbincang dan membuat keputusan dengan pemilik homestay. Bagi anda yang tertanya dengan harga D’ Murai Homestay ialah semalam RM 230 sahaja. Murah bukan? Jadi, pilihlah D’ Murai Homestay sebagai tempat penginapan anda di Muar Johor.
Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut tentang D’ Murai Homestay ini? Tetapi sebelum itu, anda juga perlu tahu bahawa D’ Murai Homestay ini terletak di pinggir bandar, jadi anda boleh rehat dengan tenang tanpa ada gangguan bising dari kesesakan lalu lintas di jalan raya. Selain itu, D’ Murai Homestay ini juga terletak di Bandar Maharani Bandar Di Raja. Hanya memerlukan masa 5 minit sahaja untuk sampai ke Bandar Maharani. Seterusnya hanya 30 minit sahaja untuk ke lebuhraya exit Tangkak.
di D’ Murai Homestay
D’ MURAI HOMESTAY
Pakej Homestay Terbaik Di Muar Johor
Hubungi Sekarang