Review
Apr 25, 2022, 9:33pm

Hibah Takaful Terbaik AIA 2022


Malang sememangnya tidak berbau, sekiranya dengan takdir kita terpaksa meninggalkan dunia ini dahulu, bagaimana dengan tanggungan kita yang lain? Sudahkan anda bersedia untuk meninggalkan mereka dan memberikan kewangan yang utuh untuk mereka menjalani kehidupan seterusnya tanpa anda di sisi? Sekiranya anda merupakan seorang suami dan ketua keluarga, anda perlu memberikan persediaan kepada mereka dengan memberikan pelan hibah takaful setelah anda tiada. 

Hibah Takaful Terbaik AIA 2022

Pelan hibah takaful dari AIA merupakan pelan hibah terbaik untuk anda yang mahu meninggalkan bantuan dari segi kewangan kepada pasangan dan anak – anak anda apabila anda telah tiada satu hari nanti. Sekiranya anda merupakan seorang suami yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan isteri anda merupakan seorang suri rumah, anda boleh mendapatkan pelan hibah takaful dari AIA

Pelan Hibah Takaful AIA – Pelan Terbaik Hibah Takaful Di Malaysia

Pelan hibah takaful AIA adalah pelan terbaik yang anda boleh dapatkan pada tahun 2022 kerana mereka masih menawarkan jumlah caruman yang rendah iaitu serendah RM48/bulan dengan pampasan minimum RM50,000. Pampasan yang diberikan adalah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan dengan selesa sebelum mampu mendapatkan sumber pendapatan yang lain.

AIA merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis pelan hibah takaful, medical card dan sebagainya dengan harga yang amat berpatutan agar semua orang dapat menikmati kelebihan dan pampasan yang tinggi meskipun mereka mencarum dengan harga yang murah. Syarikat ini telah bertapak selama lebih 100 tahun dan mempunyai berjuta – juta pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. 

Apa Itu Hibah? 

Hibah adalah suatu perkara yang tidak termasuk di dalam harta pusa dan penerima hibah adalah penerima mutlak dan boleh menggunakan harta tersebut untuk dirinya secara mutlak. Jadi, ahli – ahli dan waris lain tidak boleh mempertikaikan harta yang diperoleh oleh penerima hibah tersebut. Hal ini sekaligus boleh mengelakkan konflik antara keluarga. Hibah juga tidak boleh difaraidkan jadi tiada sesiapa boleh merebut hak penama hibah tersebut. 

Jadi, sekiranya anda mahu memberikan semua pampasan hibah kepada isteri, suami atau anak – anak anda, anda boleh menggunakan hibah takaful AIA kerana mereka menyediakan hibah takaful untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga anda selepas berlakunya kematian. Jadi, mereka boleh menguruskan bil – bil, hutang dan juga pengurusan pengebumian anda dengan baik sekiranya mereka diberikan hibah oleh anda. 

Jenis Pelan Hibah Takaful AIA

Terdapat pelbagai jenis hibah takaful AIA yang anda boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Berikut adalah jenis – jenis hibah takaful untuk anda;

  • Pelan Hibah Komprehensif A-Life Legasi

A – Life Legasi memberikan perlindungan kematian yang unik, pelaburan patuh shariah dan fungsi infaq atau wakaf kepada organisasi pilihan anda. Minimum perlindungan adalah RM350,000. Ia sesuai diambil oleh peniaga, usahawan, pekerja sektor swasta dan kerajaan. 

Perlindungan hibah A-Life Legasi;

  • 100% pampasan sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK).
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia akibat kemalangan.
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kerjakan umrah atau haji.
  • 300% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan ketika menggunakan pengangkutan awam atau kematian akibat kebakaran di pawagam, hotel atau mana mana bangunan awam.
  • 600% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan akibat bencana alam.
  • Extra 100% jika anda mengambil polisi untuk anak anda DAN berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda, tambahan 100% nilai pampasan kepada Dana Pelaburan Peserta sebagai simpanan pendidikan anak anda.

  • Pelan Hibah A-Life Kasih 

Pelan hibah takaful A-Life Kasih adalah pelan hibah takaful yang lebih murah dan berbaloi. Ia sesuai diambil sekiranya anda memerlukan hibah untuk diberikan kepada waris atau pasangan. 

Pihak AIA memberikan sehingga 200% pampasan kepada nama yang dicarum, berikut adalah peratus pampasan yang diberikan;

Berikut adalah perlindungan yang diberikan;

  • 200% pampasan kematian akibat kemalangan
  • 100% pampasan hilang upaya
  • 100% pampasan kematian 
  • 100% pampasan penyakit kritikal 

  • Pelan Hibah A-Life Ikhtiar

Pelan ini adalah pelan hibah takaful keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda. 

Berikut adalah perlindungan yang diberikan dengan pelan hibah takaful A-Life Ikhtiar;

  • 100% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh apa-apa sebab.
  •   200% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian berpunca dari kemalangan.
  • Amaun tambahan RM5,000 untuk faedah badal Haji/perbelanjaan pengebumian. 
  • 100% amaun perlindungan untuk hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Pelan Hibah Takaful AIA?

Jadi, apa kelebihan pelan hibah takaful dari AIA berbanding hibah – hibah yang ditawarkan oleh syarikat lain? Berikut adalah kelebihan pelan takaful hibah AIA;

  • Pampasan yang tinggi 

Dengan pelan hibah takaful AIA, pampasan yang diberikan kepada penama hibah adalah minimum RM50,000 hingga RM500,000, jadi sekiranya anda merupakan seorang suami yang mahu meninggalkan kehidupan selesa kepada isteri dan anak – anak anda setelah anda tiada nanti, pastikan anda mendapatkan pelan hibah takaful dari AIA. Pelan ini sangat membantu sekiranya isteri anda merupakan suri rumah tangga dan perlu membayar bil – bil dan urusan anak – anak. 

Pelan Hibah Takaful AIA Serendah RM48/bulan

  • Bayaran bulanan yang rendah

AIA sudah semestinya akan membantu anda untuk mendapatkan pelan hibah takaful yang mampu milik agar para suami dapat meninggalkan sesuatu kepada isteri dan anak mereka suatu hari nanti. Dengan harga serendah RM48 sebulan, anda akan memberikan pampasan sehingga RM500,000 kepada mereka. 

  • Pampasan cepat dicairkan 

Pampasan yang diberikan akan cepat dicairkan seawal 5 hari waktu bekerja. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda hanya meninggalkan hibah sahaja kepada anak isteri kerana pihak AIA akan memastikan wang akan cepat masuk ke dalam akaun bank penama. Ia adalah lebih baik berbanding harta pusaka dan faraid kerana ia membuatkan pusaka dan faraid boleh membuatkan duit di dalam bank anda dibekukan. 

  • Pelan Untuk Suami Isteri 

Syarikat AIA telah memberikan satu jenis pelan yang sangat unik berbanding syarikat lain. Mereka memberikan pelan hibah suami isteri sekaligus di dalam satu pelan tanpa perlu mengambil pelan yang berbeza. Pelan ini dipanggil pelan A-Plus ProtectSpouse-i). Jadi, tidak perlulah anda mengambil pelan yang berbeza untuk pasangan anda lagi!

  • Pelan Hibah Patuh Syariah

Pelan hibah takaful AIA sudah semestinya mematuhi syariah dan akan memberikan anda pampasan yang tidak diambil melalui riba dan cara yang haram. Pampasan yang diberikan kepada penama adalah di dalam bentuk yang suci dan bebas dari sebarang riba. Anda akan mencapai matlamat kewangan anda dengan menggunakan pelaburan yang patuh syariah. 

Dapatkan Pelan Hibah Takaful Terbaik AIA 2022 Sekarang!

Quotation/ Sebut Harga Percuma!: 

https://takafulhayat.com/quotation-sebutharga-takaful-percuma/

Dapatkan Pelan Hibah Takaful Terbaik AIA 2022

Sekarang!

Hibah Takaful AIA

Hibah RM48/bulan

Beli Sekarang
Social Media
Dapatkan Pelan Hibah Takaful Terbaik AIA 2022

Sekarang!

Dapatkan Pelan Hibah Takaful Terbaik AIA 2022

Sekarang!