Review
Sep 10, 2021, 7:17am

Design Pelan Rumah Sendiri Dan Bina Rumah Banglo di Kelantan Serendah RM89K


Umum sudah ketahui harga sebuah rumah banglo pada hari ini sudah mencecah  ke ratusan ribu ringgit, malah banyak banglo yang hampir mencecah sehingga harga setengah juta ringgit. Bagaimana dengan nasib mereka yang berpendapatan sederhana yang masih menyewa rumah? Adakah mereka akan terus menyewa rumah sampai ke hari tua? Tinggal di rumah sewa bukanlah satu pilihan untuk jangka masa yang panjang. Rumah sewa hanya didiami buat sementara waktu dan sudah pasti tinggal di rumah sewa agak terbatas untuk lakukan pengubahsuaian atau dekorasi bagi membina sebuah rumah yang selesa.

bina rumah banglo di kelantan 2

Mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan untuk membina rumah sendiri pula. Rumah sendiri pastinya lebih selesa dan mendamaikan kerana anda bebas untuk melakukan apa sahaja pada rumah anda itu nanti. Pasti anda sudah mempunyai idea untuk design rumah banglo idaman itu nanti. Setiap individu mempunyai pandangan dan citarasa yang berbeza untuk design rumah sendiri. Ada yang sukakan konsep rumah moden, tradisional, campuran, minimalis,mewah dan sebagainya.

bina rumah banglo di kelantan 3

Design pelan rumah sendiri bukan sesuatu yang mudah. Rumah sendiri akan didiami untuk satu tempoh masa yang panjang maka design rumah haruslah bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga, keperluan dan kelengkapan yang diperlukan nanti. Jom kami kongsikan tips design rumah sendiri untuk panduan anda.

Tips Design Rumah Sendiri Atas Tanah Sendiri

#1 Pindah Milik Nama Pada Geran Tanah

bina rumah banglo di kelantan 5

Banglo impian semestinya didirikan di atas tanah milik sendiri. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah memastikan geran tanah rumah anda itu nanti sudah ditukar milik kepada nama anda. Tanah itu mungkin tanah pusaka, tanah ibu, tanah ayah, tanah yang dibeli atau tanah yang diberikan oleh orang lain. Pindah milik nama pada geran tanah dapat mengelakkan isu perebutan hak milik, pertelagahan sesama ahli keluarga dan juga isu rumah terbengkalai.

#2 Mengupah Kontraktor Yang Mahir dan Berpengalaman

bina rumah banglo di kelantan 6

Kontraktor yang mahir dan berpengalaman lebih mengetahui selok belok bidang pembinaan rumah. Mereka pasti dapat memberi idea, komen dan pandangan yang bagus untuk rumah idaman anda itu nanti. Pembahagian ruang, bilik dan material juga akan di lakukan dengan lebih efektif dan efisyen. Mereka lebih pakar untuk sesuaikan bajet anda dengan proses pembinaan yang akan dilakukan nanti.

#3 Lakukan Survey Harga Rumah Beserta Upah Tukang

bina rumah banglo di kelantan untuk seisi keluarga 2

Sempurna atau tidak rumah idaman anda adalah bergantung kepada kontraktor rumah dan tukang yang membinanya. Anda harus lakukan survey tukang rumah terbaik untuk melancarkan proses pembinaan rumah. Kerja – kerja tukang meliputi pelbagai jenis proses pembinaan seperti kerja mengikat bata, pemasangan mozek, pemasangan atap, wiring, kerja perpaipan dan sebagainya.

#4 Perjanjian Antara Pemilik dengan Kontraktor

promosi bina rumah banglo di kelantan 3

Perjanjian bertulis harus dibuat antara pemilik dengan kontraktor binaan. Di dalam perjanjian anda, perlu menyatakan kadar upah, keluasan rumah yang ingin dibina, kos sewaan yang terlibat, kos tenaga buruh, dan semua perkara yang berkaitan. Perjanjian ini sangat penting bagi mengelakkan tuntutan kos tambahan di masa hadapan yang tidak munasabah.

#5 Lihat Sendiri Testimoni Kontraktor

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 3

Tips ini antara tips yang penting namun ramai yang mengambil remeh. Anda seharusnya melihat sendiri projek – projek yang telah disiapkan oleh kontraktor pilihan anda itu. Lebih baik lagi sekiranya anda dapat berjumpa dengan pelanggan mereka yang lepas. Ini dapat memberi persepsi dan membantu anda untuk membuat gambaran bagaimana kerja pembinaan yang dilakukan untuk rumah idaman anda nanti.

#6 Sediakan Buku Catatan Perbelanjaan

promosi bina rumah banglo di kelantan 4

Bagi anda yang membina rumah sendiri dengan servis tukang yang berbeza, anda harus mencatat segala perbelanjaan dan kos yang terlibat. Anda pasti akan mempunyai lebih dari seorang tukang rumah kerana setiap tukang mempunyai kemahiran yang berbeza. Kadar bayaran upah juga berbeza malah material yang dipilih juga akan mengikut apa saranan tukang yang berkaitan. Tanpa catatan yang terkini dan betul, anda tidak dapat mengetahui jumlah kos yang telah digunakan untuk membina rumah banglo anda itu nanti.

Hardy Construction & Trading Kontraktor Terbaik Kelantan dan Pantai Timur

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 5

Hardy Construction & Trading merupakan kontraktor pembinaan yang menawarkan khidmat membina rumah atas tanah sendiri di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mereka sangat dikenali sebagai kontraktor paling mesra pelanggan dan sentiasa mengikut kehendak pelanggan. Dengan berurusan dengan Hardy Construction & Trading, semua proses dan prosedur akan dilakukan oleh pasukan pakar Hardy Construction & Trading. Anda tidak perlu risau untuk mencari perunding dan penasihat kerana Hardy Construction & Trading turut mempunyai pakar yang berpengalaman.

4 Servis Yang Ditawarkan Hardy Construction & Trading

  • Servis Lukis Pelan Rumah

promosi bina rumah banglo di kelantan 1

Anda boleh memberikan idea pelan rumah untuk pembinaan rumah idaman anda nanti. Hardy Construction & Trading mempunyai pasukan pakar dan mahir dalam bidang melukis pelan rumah. Malah, Hardy Construction & Trading akan memberikan servis rundingan dan idea yang terbaik supaya rumah anda nanti selesa didiami dan mempunyai design yang menarik. Dengan pasukan mahir pelukis pelan dari Hardy Construction & Trading, anda kini sudah tidak perlu runsing mencari pelukis pelan lain yang belum tentu berapa kadar upah yang ditetapkan.

  • Servis Urus Pinjaman Perumahan

promosi bina rumah banglo di kelantan 2

Hardy Construction & Trading sedia tawarkan servis untuk memudahkan anda berurusan dengan badan kewangan bagi menguruskan pembiayaan perumahan anda nanti. Bagi urusan pinjaman perumahan, anda diperlukan untuk menyediakan dokumen – dokumen lengkap seperti geran tanah, pelan rumah dan maklumat yang lain. Anda tidak perlu rungsing untuk mencari orang yang boleh menguruskan semua dokumen tersebut nanti kerana Hardy Construction & Trading boleh membantu anda dengan cekap, cermat dan yakin.

  • Servis Perlantikkan Peguam

promosi bina rumah banglo di kelantan 5

Prosedur perlantikkan peguam perlu dibuat bagi menjamin kepentingan kedua-dua belah pihak. Maka bagi memudahkan urusan anda, Hardy Construction & Trading sedia membantu anda untuk menguruskannya. Peguam dilantik untuk menguruskan soal pembayaran dan pinjaman serta dapat menyelesaikan sebarang tuntutan berbangkit sepanjang proses pembinaan sehinggalah proses penyerahan kunci kepada pemilik rumah.

  • Servis Pembinaan Rumah

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 2

Hardy Construction & Trading memiliki pengalaman lebih dari 8 tahun di dalam bidang pembinaan rumah. Anda cuma perlu bagitahu sahaja rumah idaman anda, Hardy Construction & Trading pasti akan merealisasikannya. Hardy Construction & Trading sangat berbesar hati untuk menyiapkan projek yang diamanahkan dengan seberapa pantas yang boleh bergantung kepada kadar pembayaran yang telah dipersetujui bersama pemilik rumah.

Tawaran Design Pelan rumah Sendiri Dan Bina Rumah Banglo di Kelantan Serendah RM89K

bina rumah banglo di kelantan untuk seisi keluarga 3

Anda kini boleh merealisasikan impian untuk memiliki rumah idaman hanya serendah RM89k sahaha. Hanya berurusan dengan Hardy Construction & Trading, anda bakal memperolehi harga rumah banglo paling murah di Malaysia. Sudah menjadi keutamaan Hardy Construction & Trading untuk memenuhi kehendak dan citarasa anda, maka banglo RM89k akan dibina mengikut apa yang anda inginkan berdasarkan bajet yang anda keluarkan.

bina rumah banglo di kelantan untuk seisi keluarga 1

Dengan harga serendah RM89k, anda akan dapat sebuah banglo yang menggunakan material bahan binaan yang berkualiti tinggi. Malah anda dapat memilih pakej yang bersesuaian dengan peruntukkan bajet anda. Tambahan lagi, anda juga boleh memberikan design anda sendiri dan Hardy Construction & Trading akan melakarkan pelan untuk design anda itu nanti.

Hardy Construction & Trading Membina Rumah Mengikut Bajet Pelanggan

bina rumah banglo di kelantan 4

Hardy Construction & Trading sedar akan kos untuk membina rumah pada hari ini terlalu tinggi. Disebabkan kesedaran ini, Hardy Construction & Trading tidak mahu membebankan pelanggan dengan kadar bayaran yang tidak munasabah bagi memiliki sebuah rumah di tanah sendiri. Hardy Construction & Trading memilih untuk membantu anda dengan menawarkan rumah banglo yang murah berdasarkan bajet yang anda ada. Dengan ini, anda tidak perlu membuat pinjaman yang banyak sehinggakan gaji bulanan habis untuk pembayaran pinjaman sahaja.

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 4

Tawaran rumah banglo serendah RM89k adalah tawaran untuk anda yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang harga tidak masuk akal pada hari ini. Walaupun harga yang murah, anda masih dapat design sendiri rumah mengikut spesifikasi yang anda inginkan.

Hardy Construction & Trading Membina Rumah Mengikut Kehendak dan Citarasa Pelanggan

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 1

Anda boleh membuat sebarang permintaan dengan kontraktor Hardy Construction & Trading. Rumah banglo hari ini mempunyai pelbagai konsep dan design yang menarik. Sekiranya anda sudah mempunyai contoh dan inspirasi, anda boleh berikan gambaran kepada Hardy Construction & Trading, kemudian pakar pelukis pelan akan melakarkan design rumah anda. Setiap design akan dibuat berdasarkan peruntukkan bajet yang anda keluarkan. Walaupun bajet anda sedikit, anda masih boleh membina rumah banglo impian berkonsepkan moden, ala kampung, mewah dan sebagainya.

Hardy Construction & Trading Menawarkan Pembayaran Secara Ansuran

bina rumah banglo di kelantan 1

Keperihatinan Hardy Construction & Trading bagi anda yang berpendapatan rendah dan sederhana, Hardy Construction & Trading juga menawarkan pembayaran secara ansuran untuk pelanggan mereka. Hardy Construction & Trading memahami ada yang tidak mampu untuk menyediakan kewangan dalam masa yang singkat. Maka, tawaran skim pembayaran secara ansuran berperingkat ini sangat memudahkan pelanggan.

Kenapa Perlu Memilih Kontrak Hardy Construction & Trading?

bina rumah banglo di kelantan 7

Ramai yang masih pening untuk membuat pilihan kontraktor terbaik untuk membina rumah banglo idaman. Terutamanya anda yang tinggal di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jom lihat apakah manfaat dan keistimewaan dengan memilih Hardy Construction & Trading untuk menjadi kontraktor rumah idaman anda.

  • Binaan rumah yang kemas.
  • Proses pembinaan yang cepat.
  • Harga bahan binaan dan material yang berpatutan dengan kualiti yang diperolehi.
  • Anda boleh design sendiri rumah anda.
  • Mempunyai perjanjian bersama peguam yang berdaftar.
  • Tenaga kerja buruh yang mahir dan berpengalaman.

Warga Pantai Timur Boleh Mula Bina Rumah Banglo Design Sendiri Serendah RM 89k Sahaja!!

Sekiranya sudah ada perancangan untuk membina rumah idaman, anda boleh menggunakan peluang tawaran bina rumah banglo serendah RM89k daripada Hardy Construction & Trading ini. Andai ada bajet yang lebih, wang tersebut anda boleh gunakan untuk pembelian aset di dalam rumah pula nanti seperti perabot, kelengkapan rumah, barang elektik dan sebagainya. Hardy Construction & Trading sedia membantu bermula proses permohonan sehinggalah penyerahan kunci rumah anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi info di bawah ini.

bina rumah banglo di kelantan pada harga yang murah 6

HARDY CONSTRUCTION | BINA RUMAH BANGLO SERENDAH RM89K

Hotline 1 : Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 :Tekan untuk telefon (019-9288156) | Tekan untuk WhatsApp
Website : https://www.hardyconstruction.com.my/

Alamat :
Hardy Construction & Trading, PT 1670 Tingkat 1, Bangunan Yakin Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian 16150, Kota Bahru, Kelantan.

Bina Rumah Dengan Kontraktor Yang Berdaftar dan Dipercayai.

Hubungi Hardy Construction Sekarang!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Nak Bina Rumah
Social Media
Bina Rumah Dengan Kontraktor Yang Berdaftar dan Dipercayai.

Hubungi Hardy Construction Sekarang!

Call Whatsapp

Bina Rumah Dengan Kontraktor Yang Berdaftar dan Dipercayai.

Hubungi Hardy Construction Sekarang!