Anda mahu atau teringin melakukan pengubahsuaian kerana anda mahukan kediaman anda kelihatan lebih cantik dan berasa lebih selesa. Jadi, anggaplah rancangan pengubahsuaian kediaman anda sebagai rancangan perniagaan atau sebagai projek khas anda yang anda harus merancang dari permulaan.Â
Aspek terpenting untuk pengubahsuaian kediaman anda dengan bajet rendah namun cantik adalah dengan merancang keseluruhan proses dengan berkesan. Bahagian berikut di bawah akan menunjukkan bagaimana anda harus membahagikan keseluruhan rancangan pengubahsuaian anda menjadi sub-pelan, mengikut ruang di kediaman anda lalu menguruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah anda secara efektif. Sekiranya anda ingin mengetahui cara-cara terbaik untuk mengubahsuai kediaman anda dengan cantik namun dalam bajet rendah, maka teruskanlah baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.Â
Oleh kerana anda ingin mengubah suai rumah anda (kalau boleh) dalam kos yang rendah, maka penting bagi anda untuk menentukan jumlah keperluan / had perbelanjaan. Di samping itu, mustahak untuk diingat dalam penganggaran (budgeting) bahawa anda tidak boleh menilai anggaran anda secara berlebihan dan memastikan anggaran anda mengikut kos perbelanjaan yang betul. Setelah mengira kos anggaran perbelanjaan yang diperlukan, lakukan kajian yang berkaitan untuk meneliti perkara yang anda perlukan untuk projek pengubahsuaian kediaman anda.
Anda akan terkejut dengan jumlah pilihan yang terdapat sebaik sahaja anda memulakan research untuk kerja pengubahsuaian kediaman anda.Â
Lampu cantik yang anda suka di kedai mewah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah dari tempat lain juga. Oleh itu, semasa mengubahsuai rumah anda dengan bajet rendah, ingatlah bahawa semasa anda membuat kajian atau carian untuk jenis perabot yang anda inginkan, cat atau hiasan yang anda mahukan di rumah anda, besar kemungkinan untuk anda menjumpai sebahagian besar barang keperluan dalam harga yang murah dan berpadanan dengan bajet yang anda tetapkan. Selain itu, manfaatkan juga membeli-belah dalam talian, kedai barangan murah dan kedai perabot terpakai dan lihat sejauh mana anda boleh menjimatkan kos perbelanjaan dan pada masa yang sama dapatkan barangan yang berkualiti.
Sekiranya anda tidak tahu, warna cat yang anda pilih sebenarnya boleh mempengaruhi pencahayaan di rumah anda. Oleh itu, ketika anda merancang untuk renovasi rumah anda, anda mungkin ingin memilih warna cat yang baru untuk memberikan penampilan yang fresh untuk kediaman anda.Â
Memandangkan anda ingin melakukan renovasi rumah dalam kos yang rendah, anda boleh menjimatkan perbelanjaan anda dengan mengurangkan pilihan warna cat yang pelbagai. Mempunyai pilihan warna cat yang banyak boleh meningkatkan kos perbelanjaan anda. Pilihan yang wajar boleh anda lakukan adalah, memilih palet warna hitam dan putih di mana ia boleh bersesuaian untuk mana-mana tema reka bentuk pilihan anda. Bukan itu sahaja, malah kombinasi warna tersebut juga dapat memberi rumah anda penampilan menarik yang moden dan anda akan mendapat jaminan bahawa apa saja konsep reka bentuk dapat berpadanan dengan warna putih atau hitam.
Biasanya, tidak perlu anda melakukan renovasi secara besar-besaran jika anda ingin memperluaskan ruangan bilik anda. Terdapat kaedah mudah dan menjimatkan untuknya iaitu dengan menggunakan cermin. Ini adalah teknik yang strategik dan menjimatkan yang digunakan oleh salah seorang arkitek paling terkenal pada masa lalu, Sir John Soane, yang menggunakan cermin di ruangan makan rumahnya di London.
Menggunakan dapur anda dengan kapasiti maksimum dapat membantu anda mengurangkan masalah penyimpanan anda. Untuk melakukan ini dengan kos bajet yang rendah, anda boleh menggunakan kabinet dapur cara DIY atau membuat penyimpanan dengan menggunakan bahan kitar semula di rumah anda, atau memanfaatkan perkhidmatan 3R Global Sdn Bhd yang turut menawarkan promosi khas kabinet dapur berkualiti dan berjenama dalam harga yang berpatutan.
Tiada siapa yang mengenali ruang dapur anda lebih daripada diri anda sendiri. Membina kabinet dapur penyimpanan DIY bukan sahaja dapat membantu anda menjimatkan wang dan menggunakan semula bahan lama di rumah anda tetapi juga akan memastikan bahawa anda membina apa yang anda perlukan. Sekiranya anda sudah mempunyai kabinet dapur yang cukup untuk penyimpanan, maka anda tidak perlu menggantinya, anda boleh memperbaharuinya dengan mengecatnya semula agar dapur anda kelihatan seperti yang baru. Hal ini jika anda tidak mahir melakukannya, syarikat kontraktor 3R Global yang dilengkapi dengan team yang berkemahiran tinggi dapat melakukannya dalam kos yang berpatutan. Mudah sahaja!
Melakukan kerja renovasi rumah dengan bajet rendah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Jadi, untuk anda yang ingin berjimat, pastinya pengubahsuaian lantai mungkin kelihatan mahal, dan jika anda tidak dapat menemui pemasangan lantai di bawah tetapan bajet anda, maka cara paling bijak yang boleh anda lakukan adalah dengan menyesuaikan pengubahsuaian mengikut reka bentuk lantai anda.
Kunci untuk mengubahsuai atau menghias semula rumah anda dengan cantik tetapi murah adalah dengan merancang matlamat untuk diri sendiri, dan melakar keseluruhan gambaran jelas tentang apa yang anda mahukan dan kemudian menyusun langkah-langkah pengubahsuaian setiap bahagian rumah anda seperti yang disebutkan di atas.
Sudah pasti anda terfikir bagaimana untuk membuat pengubahsuaian rumah jika kos perbelanjaan begitu tinggi sedangkan anda mahukan dalam bajet kos rendah. Jika anda dari kawasan Kuala Lumpur yang tercari-cari kontraktor rumah yang berkualiti dan dipercayai, maka anda bolehlah check out syarikat 3R Global Sdn Bhd.Â
Memilih syarikat kontraktor bukan perkara yang mudah jika anda tidak tahu di mana anda harus bermula. Banyak perkara yang harus anda pertimbangkan supaya hasil kerjanya dapat memberi kepuasan kepada anda dan memenuhi keinginan yang anda idamkan. Di sini, kenapa 3R Global Group Sdn Bhd dapat menjadi pilihan bernas sebagai kontraktor rumah anda? Berikut adalah sebab kenapa:
Di samping itu, 3R Global juga terkenal dengan cara kerja mereka yang berprofesional dan dapat merealisasikan impian pelanggan mereka dengan pembinaan serta pengubahsuaian reka bentuk yang bercirikan moden dan mengikut trend  terkini. Seperti berikut merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh 3R Global Sdn Bhd termasuk:
Dan banyak lagi! Selain itu, sekiranya anda mempunyai blueprint sendiri dan reka bentuk tersendiri dan unik untuk kediaman anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk merealisasikan idea anda. Syarikat 3R Global boleh menjadikan keinginan anda menjadi kenyataan dengan kepakaran mereka yang meluas dalam bidang kontraktor. Yang paling menarik sekali, semua ini anda boleh melakukan mengikut bajet dan kemahuan anda!Â
Jika anda mendapatkan sedikit gambaran mengenai projek-projek yang telah dilaksanakan oleh syarikat 2R Global, berikut adalah antara hasil kerja mereka. Mereka bukan hanya berkemahiran tinggi dari segi mengubah suai malah mereka juga telah membina rumah untuk ramai pelanggan bercirikan pelbagai idea dan konsep yang menarik.Â
Ada juga antara konsep yang bercirikan tema-tema yang tertentu misalnya di salah satu site mereka di Shah Alam.Â
Adakah anda ingin mengubah kediaman anda? Ingin mengubah suai rumah anda tetapi tidak pasti siapa yang hendak bertanya? Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur – 3R Global Group Sdn Bhd untuk memberikan penampilan baru kepada rumah anda!
Sambil-sambil online, boleh juga anda layari laman Facebook mereka di mana anda boleh lihat lebih banyak gambar projek yang telah mereka lakukan. Memang mengagumkan! Untuk informasi lebih lanjut mengenai perkhidmatan ataupun jika anda berminat untuk mendapatkan quotation, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman rasmi mereka. Malah boleh juga berhubung dengan mereka dan set appointment melalui Whatsapp di talian +6017-6789406.
Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur - 3R Global Group Sdn Bhd
3R Global Group Sdn Bhd
Perkhidmatan Pengubahsuaian Rumah Bajet Rendah
Nak Renovate Rumah