Mempunyai sebuah perniagaan atau syarikat bukan satu perkara yang mudah. Ramai beranggapan bahawa setelah mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda terus boleh memulakan aktiviti jual beli produk perniagaan anda. Tetapi, hakikatnya adalah untuk memulakan perniagaan sendiri, anda perlu membuat pelan perancangan perniagaan yang rapi serta melaksanakannya dengan baik. Sekecil-kecil perniagaan, anda memerlukan tenaga kerja untuk menguruskan pentadbiran dan pengurusan syarikat. Sebab itu adalah penting untuk ketahui cara memilih pekerja admin yang berkemahiran.
Pekerja admin akan menguruskan perihal surat menyurat syarikat, penyimpanan dokumen penting syarikat, menguruskan pelanggan yang mahu berurusan dan juga tahu asas mengenai rekod perakaunan. Seorang pekerja admin yang berkemahiran akan dapat menyiapkan kerja mereka dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih pendek. Kerja yang bertangguh akan melambatkan pengurusan perihal syarikat dan ini akan menyebabkan kegagalan syarikat dalam sistem pengurusan syarikat.
Pekerja admin yang berkemahiran mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan pelanggan syarikat. Pelanggan syarikat akan senang untuk berurusan bila semua pengurusan dilakukan dengan betul dan pada kadar yang segera.
Kecerdasan yang tinggi bermaksud keupayaan pekerja untuk menetapkan perancangan dan melaksanakannya dengan cara yang cepat dan terbaik. Pekerja admin yang berkemahiran sentiasa bersedia apabila disoal tentang sesuatu isu dan dapat menyelesaikan dengan cara pemikiran yang paling bijak.
Kebenaran untuk akses dokumen sulit syarikat memerlukan seorang pekerja admin yang mempunyai tahap tanggungjawab yang tinggi. Ini mengelakkan berlakunya salah laku pekerja seperti penipuan duit tunai syarikat, pemalsuan dokumen syarikat dan juga kehilangan sumber penting syarikat.
Multitasking bermaksud pekerja anda boleh melaksanakan 2, 3 kerja dalam satu tempoh masa. Zaman semua dihujung jari, semua kerja harus dilakukan dengan segera. Menjadi bonus untuk majikan apabila dapat rekrut pekerja admin berkemahiran melakukan multitasking.
Bagi mendapatkan pekerja admin yang berkemahiran yang berkualiti, anda memerlukan servis agensi recruitment yang berpengalaman. Syazna World boleh bantu anda rekrut pekerja admin berkemahiran yang berkualiti bermula proses pengiklanan jawatan kosong, proses saringan, menguruskan prosedur temuduga sehinggalah mengeluarkan surat tawaran.
Semua akan diuruskan oleh pasukan pengrekrut berpengalaman dari Syazna World. Mereka adalah pakar dalam pelbagai industri bisnes SME yang telah berjaya termasuklah industri kewangan, pendidikan, pengurusan pentadbiran, teknologi maklumat, pemasaran dan jualan.
Syazna World mempunyai barisan pengrekrut yang berpengalaman dan berpengetahuan yang tinggi. Mereka tahu secara mendalam dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti untuk perniagaan anda.
Syazna World akan mengambil masa untuk kenali anda dan perniagaan anda. Kemudian, pasukan rekrut akan melakukan proses pengrekrutan tenaga pekerja sesuai dengan kehendak anda sendiri.
Kepakaran pasukan Syazna World di dalam bidang teknologi akan mempercepatkan proses pengambilan pekerja admin yang berkemahiran. Ia seiring dengan kehendak semasa yang memerlukan syarikat sentiasa up to date.
Bermula dari proses awal sehingga akhir, Syazna World sangat berdedikasi bagi memberikan peluang pekerjaan yang terbaik untuk pekerja serta memuaskan majikan dengan memberikan pekerja yang memenuhi kriteria. Anda akan dapat tenaga kerja yang sempurna untuk menghasilkan pasukan kerja idaman anda.
Semestinya anda memerlukan tenaga kerja berkualiti dalam kadar yang segera. Syazna World terdiri daripada barisan pasukan pakar yang bantu anda selesaikan masalah ketiadaan pekerja dalam masa yang singkat. Syazna World akan membuat proses saringan yang teliti agar kualiti pekerja akan memenuhi piawaian yang anda tetapkan. Bukan itu sahaja, bagi pihak pekerja, anda akan menjadi majikan idaman mereka. Ini akan mengurangkan risiko pekerja yang tidak tetap dan memberikan persekitaran pekerjaan yang lebih baik untuk kedua – dua pihak.
Semakin lama anda bertangguh, semakin tinggi kos yang perlu anda tanggung. Malah, pengurusan syarikat juga akan memberi kesan yang negatif apabila tiada pekerja admin yang berkualiti. Syazna World sudah bantu lebih 200 perniagaan SME seluruh Malaysia, dan semuanya sudah berjaya keluar dari isu kualiti tenaga pekerja. Biar Syazna World bantu kembangkan bisnes SME anda! Dapatkan tawaran rebat RM500 dan waranti 1 minggu, pekerja berhenti, Syazna World gantikan yang baru tanpa bayaran tambahan.
Dapatkan info di Syazna World dan tekan butang wasap di bawah ini sekarang untuk selesaikan masalah tenaga pekerja anda.
dengan Empire Kerjaya
Syazna World
Jom Bina Bisnes Berjaya
Hubungi Sekarang