Mengecat kereta anda dengan warna baru boleh menjadi suatu perkara yang menggembirakan, tetapi untuk membuat pilihan warna yang sesuai daripada jumlah pilihan cat yang terdapat menjadikan ia suatu yang sukar. Setelah akhirnya membuat pilihan warna, anda akan mengetahui bahawa masih ada pilihan yang perlu dibuat – iaitu jenis cat dan kemasan (finishing) kereta yang anda mahukan.
Sama ada anda mahu mengecat kereta anda sendiri atau anda ingin mendapatkan servis profesional untuk pengubahsuaian cat kereta anda, diharap maklumat berikut dapat membantu anda menentukan cat yang sesuai untuk kenderaan anda.
JENIS KEMASAN (FINISHING) CAT KERETA
Seperti berikut merupakan antara beberapa jenis finishing yang kebiasaannya digunakan untuk kereta:
Cat Solid
Cat jenis solid merupakan pilihan cat yang paling biasa dan paling murah di luar sana. Cat jenis solid tidak mahal, dan juga lebih mudah diperbaiki kerana warnanya senang dipadankan dan calar dapat disembunyikan dengan sempurna. Tetapi, satu-satunya keburukan cat ini ialah ia adalah pilihan yang paling membosankan.
Cat Metalik
Cat metalik yang memberikan kilauan halus pada badan kereta anda. Serbuk aluminium dalam cat kereta metalik dapat memerangkap cahaya matahari untuk memberikan sinar yang mempesonakan dan kemampuannya untuk memerangkap cahaya juga dapat membantu menutupi ketukan serta calaran kecil yang terhasil. Selain itu, pilihan warna akan menjadi lebih terhad apabila memilih cat jenis metalik.
Cat Kilauan Mutiara (Pearlescent)
Cay jenis pearlescents serupa dengan cat jenis metalik kecuali ia digantikan dengan kristal seramik. Kristal ini boleh kelihatan seperti warna pelangi kerana ia tidak hanya memantulkan cahaya malah ia juga membiaskannya. Sekiranya anda mencari cat berwarna-warni yang mempesonakan yang kelihatan berbeza dari setiap sudut, warna pearlescent boleh menjadi pilihan anda. Cat pearlescent seperti cat metalik, warnanya sukar dipadankan dan sukar diperbaiki. Cat pearlescent juga jauh lebih mahal daripada cat jenis solid.
Cat Matte
Cat jenis matte merupakan tren terkini orang ramai. Penggunaan cat jenis matte boleh menyebabkan kos yang tinggi kerana kerja penyelenggaraan cat jenis matte ini agak sukar. Hal ini kerana, sebilangan besar alat pembaikan dan penyelenggaraan cat di luar sana bertujuan untuk cat berkilat. Jadi, sekiranya cat matte ini diperbaiki menggunakan kaedah yang salah, itu boleh merosakkan cat kereta anda.
PILIHAN RAMAI UNTUK SERVIS CAT KERETA – BRO AUTOPAINT GARAGE
Jika anda ingin mencari bengkel kereta yang murah dan cepat terutamanya di kawasan Lembah Klang, bolehlah anda kunjungi ke bengkel Bro Autopaint Garage yang berada di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. Bro Autopaint Garage merupakan bengkel yang menawarkan servis perkhidmatan mengecat kereta dan juga memperbaiki kerosakan kereta. Pembaikan kereta juga dilakukan dengan mengikut langkah tertentu dan tidak melangkau prosedur.
Antara keistimewaan servis Bro Autopaint Garage adalah:
Tiada sebarang cai terselindung dalam perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.
Mereka menjanjikan harga murah disamping hasil kerja yang terbaik dan memuaskan.
Masa penyiapan kereta anda dipastikan untuk dilakukan dengan kadar segera supaya anda tiada masalah pengangkutan yang terlalu lama.
Bro Autopaint Garage tidak susah untuk memberikan jaminan waranti sehingga 3 ke 5 tahun untuk jaminan kepuasan pelanggan.
Khidmat nasihat akan diberikan kepada pelanggan secara PERCUMA tentang anggaran harga bagi kerosakan kereta anda. Selain itu, servis detailing juga diberikan secara PERCUMA.
BUKTI TESTIMONI DARIPADA PELANGGAN – MESTI MEYAKINKAN ANDA!
Ramai yang telah mencuba servis dan perkhidmatan Bro Autopaint Garage ini. Kebanyakan daripada mereka berpuas hati dengan hasil kerja serta merasakan servis mereka boleh dipercayai. Antara berikut merupakan testimoni para pelanggan.
“Bengkel cat kereta yang terbaik dengan harga yang berpatutan” – Abg S
“Pergi untuk memperbaiki sedikit calar dan lekukan. Hasil kerja memang terbaik. Malah mengilap lampu depan saya tanpa bayaran tambahan. Memang disyorkan.” – Cornholio D
MEMANG MURAH DAN BERBALOI – BRO AUTOPAINT GARAGE DI LEMBAH KLANG
Mungkin memerlukan lebih banyak pertolongan untuk membuat keputusan? Walau apa pun, Bro Autopaint Garage dengan senang hati akan membantu anda membuat pilihan bernas. Bukan hanya berbekalkan pengalaman yang bertahun-tahun dalam bidang servis pembaikpulihan kereta, malah anda boleh mendapatkan khidmat mereka dengan harga yang murah dan cepat.
Hubungi sekarang melalui Whatsapp di nombor 0135256876 untuk membuat appointment.
Selain itu, anda juga boleh layari laman rasmi Bengkel Cat Kereta – Bro Autopaint Garage di sini. Sekiranya anda aktif di laman Facebook, bolehlah anda kunjungi laman Bro Autopaint Garage – Bengkel Cat Kereta di sana.
Klik butang wasap di bawah untuk pertanyaan
Bengkel Cat Kereta - Bro Autopaint Garage
Bengkel Cat Kereta Murah Shah Alam
Nak Cat Kereta