Menjahit merupakan hobi yang sangat besar manfaatnya terutama kepada suri rumah mahupun mereka yang mempunyai pendapatan sederhana. Selain memberi kepuasan, menjahit juga boleh memberi pendapatan sampingan untuk anda.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 cara jana pendapatan melalui jahitan yang mungkin sesuai untuk anda aplikasikan mengikut kemahiran sedia ada anda.
Selain tukang jahit, anda juga boleh mengambil upah memotong kain dari tukang jahit sedia ada. Ada di antara tukang jahit yang tiada masa untuk memotong kain bila tempahan yang mereka dapat terlalu banyak lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Dengan mengambil upah memotong kain juga dapat membantu anda menjana pendapatan dari rumah.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian pakaian. Seperti yang kita semua sedia maklum, pakaian ready-made yang dijual di pasaran sangat banyak. Pelanggan yang bekerja biasanya akan membeli pakaian ready-made tak kira untuk kegunaan ke pejabat atau ke majlis-majlis keraian. Dan saya pasti tak semua yang selesa dengan pakaian yang dibeli itu. Kadangkala terlalu panjang atau terlalu longgar. Jadi, pada masa ini lah anda memainkan peranan sebagai tukang ubah suai!
Mungkin ada di antara anda yang mempunyai kemahiran kraftangan boleh juga mengambil upah menjahit sulam atau manik pada pakaian. Biasanya upah pakaian yang mempunyai sulaman atau perhiasan manik dan labuci agak tinggi kerana memerlukan kepakaran dan pemerhatian yang lebih dan terperinci.
Ada banyak jenis kemasan leher yang boleh dijahit pada leher baju kurung. Antaranya jahitan Mata Lalat, Pucuk Rebung, Tulang Belut, Kerang, Karipap dan bermacam macam jenis jahitan kemasan yang lain. Penggemar baju kurung pastinya memilih kemasan leher yang berbeza mengikut pilihan masing-masing kerana tampak lebih kemas. Tak ramai tukang jahit yang mahir menjahit kemasan leher tradisional ini. Jadi kalau anda ada kemahiran itu, boleh juga jadi sumber pendapatan.
Ramai yang sedia maklum, dengan menjahit dari rumah sendiri pun anda sudah boleh menjana pendapatan lumayan dengan kos yang sangat rendah. Hanya perlu kemahiran dan peralatan jahitan yang mencukupi. Contoh nya bila anda membuka tempahan menjahit pakaian untuk musim perayaan. Kadangkala sampai tak menang tangan menerima tempahan. Kalau pelanggan sudah selesa dengan baju yang dijahit oleh anda, pastinya mereka akan menjadi pelanggan tetap dan memberitahu rakan-rakan dan keluarga mereka.
“Jahit baju sendiri dalam masa 1 hari! 100% pelajar telah berjaya! Teknik baharu yang diyakini dan terbukti berkesan”
Kini, tak perlu lagi menempah baju, Jahit baju sendiri dan keluarga, jimat kos dan boleh mula mengambil tempahan untuk pendapatan sampingan yang lumayan!
Kelas Jahit Liana Training Centre menyediakan modul jahitan dan teknik yang mudah difahami direka khas untuk peserta yang zero knowledge dalam bidang jahitan. Tidak seperti kursus jahitan yang lain, Kelas Jahit Liana Training Centre menjamin pakaian anda dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan!
Berikut Adalah Kategori Kemahiran Yang Difokuskan Di Dalam Kelas Jahit Liana Training Centre.
A. 1 Jenis Pakaian
Yuran RM380 ( sekali bayar )
B. 3 jenis pakaian
Yuran RM1080 ( sekali bayar)
C. 10 Jenis Pakaian
Yuran RM3480 ( Boleh bayar ansur )
D. 20 Jenis Pakaian
Yuran RM5480 ( Boleh bayar ansur )
Peringatan: Peralatan jahitan disediakan untuk penggunaan dalam kelas sahaja. Bahan jahit, nota panduan dan sijil diberi secara percuma. Namun kain, butang zip sembunyi dan span bahu anda yang sediakan.
Cara mengajar satu persatu tidak belajar serentak setiap pelajar belajar berlainan fesyen setiap dalam satu sesi. Belajar hingga siap jahit pakaian yang anda pilih serta Kelas Jahit Liana Training Centre akan mengajar dalam satu sesi seramai 8 orang sahaja.
Kelas Jahit Liana Training Centre tahu kesibukan anda bekerja telah membuat anda tiada masa untuk pergi ke kelas jahitan. Tapi dengan adanya Kelas Jahit Liana Training Centre, anda tidak perlu lagi memikirkannya. Kelas Jahit Liana Training Centre menawarkan anda belajar menjahit sepenuh masa selama 6 bulan dengan yuran sebanyak RM8,880. Antara kelas jahitan yang termasuk di dalam pakej separuh masa adalah;
Belajar akan dilakukan secara serentak selama 6 kali seminggu dari jam 10am hingga jam 5pm.
Tidak rugi jika anda mendaftar dengan Kelas Jahit Liana Training Centre ini kerana selain belajar teknik menjahit dengan betul, anda juga mendapat sijil dan nota percuma. Jadi sangat berbaloi dengan yuran yang anda bayar. Jadi hubungi segera nombor tertera untuk mendaftar kelas menjahit hari ini juga!
KELAS JAHIT LIANA TRAINING CENTRE | KELAS JAHITAN TERBAIK JOHOR
Hotline:Tekan untuk telefon (016-7831120) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Kursus Jahit di johor
Blog: https://kursus-jahitan-mudah.blogspot.com/
Alamat:
Liana Training Center
No. 9-01 Jalan Padi Emas 4/5, Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang