Review
Jan 6, 2021, 7:29pm

Belajar Cara Jahitan Mudah Dengan Kedai Jahitan Liana Training Center


Belajar menjahit dapat menjimatkan wang. Melalui mempelajari cara menjahit, anda seakan boleh merasakan suatu rasa pencapaian di mana anda dapat menghasilkan sesuatu dengan kebolehan anda sendiri. Menjahit adalah hobi yang hebat dan anda tidak akan menyesal mempelajarinya! Menjahit pakaian anda sendiri adalah cara untuk menggayakan diri dengan gaya yang anda mahukan. Pakaian yang dibeli di kedai mahal dan selalunya tidak sesuai. Kadang-kadang, kita mendapati diri kita menghabiskan lebih banyak wang untuk alterations daripada membeli pakaian.

Menjahit bukan sahaja membolehkan anda menghasilkan barang-barang cantik, tetapi kemahiran yang sama diperlukan untuk memperbaiki dan menukar pakaian. Mengetahui cara untuk hem seluar dan skirt serta cara menjahit butang pada pakaian adalah sangat penting. Jadi, luangkan masa terluang anda dengan memahirkan diri anda kemahiran menjahit.

Kepakaran Mengajar Menjahit Pelbagai Fesyen Pakaian Lelaki & Wanita

Kepada para peminat menjahit dan juga untuk yang berminat untuk mendalami kemahiran menjahit, Kedai Jahitan Liana menawarkan kelas jahitan di mana anda boleh mengasah kepakaran menjahit dengan cara belajar menjahit yang mudah. Tenaga pengajar di Kedai Jahitan Liana merupakan seorang yang berpengalaman mengajar dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen selama 10 tahun.

Antara kemahiran menjahit yang boleh anda pelajari di sini adalah cara jahit pelbagai fesyen, cara membuat pola dan juga kaedah menjahit teknik-teknik asas kepada yang baru bermula. Jika anda langsung tidak mempunyai pengalaman menjahit pun tidak mengapa, di kedai jahitan Liana anda akan didedahkan dengan cara menjahit step by step.

Anda boleh belajar ikut pakej yang ditawarkan di Kedai Jahitan Liana. Semua peralatan seperti alat jahit, kain, nota dan sijil diberi percuma. Tambahan pula, anda boleh membuat bayaran secara ansuran 3 kali bayaran dan boleh pilih fesyen yang hendak dijahit. Terdapat banyak pilihan dan tawaran menarik.

Siap Ada Pakej Untuk Dipilih – Lihat Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Kedai Jahitan Liana menawarkan dua jenis pakej mengikut keperluan bajet dan kesesuaian anda.

  • Pakej A

    Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 3,499 dan anda akan berpeluang belajar menjahit cara mudah untuk 10 fesyen pakaian wanita serta pakaian lelaki. Sijil juga akan diberi. Dalam pakej A, anda boleh belajar menjahit tudung secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen).

  • Pakej B

    Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 5,999 di mana anda boleh mempelajari cara jahitan untuk 20 fesyen pakaian wanita dan pakaian lelaki. Sijil akan diberi sebagai tanda pengiktirafan anda. Dalam pakej B, anda boleh belajar menjahit tudung dan baju kanak-kanak secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen + belajar jahit baju kanak-kanak perempuan satu fesyen).

Mengenai pembayaran yuran kelas, di Kedai Jahitan Liana, tiada masalah jika anda hendak membuat pembayaran secara ansuran. Anda boleh bayar secara ansuran dalam kadar 3 kali atau 4 kali pembayaran untuk Pakej B manakala 2 atau 3 kali bayaran secara ansuran untuk Pakej A.

Jadual Kelas Jahitan Liana

Berikut merupakan maklumat waktu kelas jahitan Liana:

Sesi kelas terdapat dalam dua waktu iaitu sesi pertama pada waktu pagi dan sesi kedua pula di waktu petang. Kelas jahitan Liana dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Khamis. 

Kelas pagi akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 petang. Waktu rehat selama sejam bermula dari pukul 1 petang sehingga 2 petang. Sesi kelas petang bermula selepas waktu rehat iaitu pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Durasi setiap kelas adalah selama 3 jam. Masa yang panjang untuk anda segala asas-asas jahitan. 

Apa Kata Orang? Testimoni Peserta Belajar Jahit Di Kedai Jahitan Liana

Siapa kata belajar menjahit ini susah? Tengoklah sendiri, ramai orang seronok belajar menjahit di Kedai Jahitan Liana. Anda pun boleh belajar menjahit dengan mudah di sini. Banyak jenis teknik-teknik asas yang boleh dipelajari.

Kemudian, boleh pula menggayakan baju jahitan sendiri! Boleh belajar macam-macam stail baju yang diingini. Kalau tak percaya, lihatlah sendiri!


Senangnya Menjahit – Jom Belajar Di Kedai Jahitan Liana


Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner, bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana. Boleh terus pergi ke Kedai Jahitan Liana di 3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor ataupun yang tinggal berjauhan boleh hubungi mereka di maklumat seperti berikut:

 

Email:  kursusjahitltc123@gmail.com

Tel: 016-7831120 / 0183989748

Whatsapp:  0167831120

 

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana

Liana Training Center

SENANGNYA MENJAHIT - JOM BELAJAR DI KEDAI JAHITAN LIANA

Beli Sekarang
Waze / Google Map

3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

   
Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana

Call Whatsapp Layari Website

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana