Bisnes
Jul 21, 2025, 2:51pm

Bekerja Dengan Bijak, Mengembara Secara Ringkas: vivo X Fold5 Bakal Tiba


Vivo X FOLD5

Bekerja Dengan Bijak, Mengembara Secara Ringkas: vivo X Fold5 Bakal Tiba

Menggabungkan prestasi flagship, kemudahan boleh lipat, dan produktiviti dipacu AI dalam satu peranti yang elegan


KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – vivo Malaysia dengan bangganya melakar lembaran baharu dalam inovasi mudah alih melalui pelancaran akan datang vivo X Fold5, telefon pintar boleh lipat yang mendefinisikan semula produktiviti, gaya, dan kuasa.

Dibina untuk mereka yang menuntut lebih daripada peranti mereka, vivo X Fold5 bakal menjadi penanda aras baharu dengan mekanisme lipatan ultra-lancar, paparan dwi yang imersif, dan prestasi mantap dalam reka bentuk yang anggun.

Nipis Tetapi Berkuasa

vivo X Fold5 menggabungkan kejuruteraan canggih dengan badan ultra-ringan yang mesra poket, membolehkan pengguna membuka dan menutup telefon dengan lancar hasil daripada engsel gred aeroangkasa.

Direka untuk mudah digenggam dan dibawa tanpa menjejaskan prestasi, telefon boleh lipat ini mengimbangi kemudahan harian dengan keupayaan flagship.

Dengan keseimbangan sempurna antara reka bentuk nipis dan ketahanan kukuh, anda berupaya menyerlahkan produktiviti di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Vivo X Fold5 menampilkan profil yang langsing dengan kemasan moden yang tampak mewah dan selesa digenggam. Ia tersedia dalam dua warna premium: Titanium Gray dan Feather White.

Apabila dibuka, paparan terang dan jelas akan menyinar walaupun di bawah terik matahari Malaysia. Sama ada dilipat atau tidak, ia kelihatan menawan dari setiap sudut dan sesuai dengan gaya hidup harian anda  dari bilik mesyuarat ke kafe dan di mana-mana sahaja.

Produktiviti Lebih Pintar dengan AI sebagai Pemacu Utama

Selain penampilan yang menawan, vivo X Fold5 direka untuk menjadikan hari anda lebih lancar. Alat AI pintar seperti Origin Workbench, DocMaster, dan Smart Call Assistant membantu anda beralih antara kerja dengan hiburan tanpa gangguan.

Nikmati pengalaman multitasking yang lancar, penyuntingan dokumen pintar yang menukar nota kepada fail profesional serta transkripsi masa nyata untuk menangkap perbualan dan mesyuarat secara automatik.

Sama ada anda sedang bergerak, antara penerbangan, atau bekerja dari kafe kegemaran anda, vivo X Fold5 memastikan anda kekal produktif dan tersusun tanpa memerlukan peranti tambahan atau usaha yang lebih.

Ikuti kami di halaman rasmi Facebook dan Instagram untuk mengetahui kejutan seterusnya daripada vivo.

Tentang vivo

Vivo merupakan syarikat teknologi yang mencipta produk hebat berdasarkan nilai berasaskan reka bentuk, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai terasnya.

Syarikat ini bertujuan untuk membina jambatan antara manusia dan dunia digital. Melalui kreativiti yang unik, vivo menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang lebih selesa.

Mengikuti nilai teras syarikat, termasuk Benfen*, orientasi pengguna, nilai berasaskan reka bentuk, pembelajaran berterusan, dan semangat berpasukan, vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan dengan visi untuk berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang lebih sihat dan mampan.

Dalam menghimpunkan dan membangunkan bakat tempatan terbaik untuk memberikan kecemerlangan, vivo disokong oleh rangkaian pusat R&D di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi’an, yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi pengguna canggih, termasuk 5G, kecerdasan buatan, reka bentuk industri, sistem pengimejan, dan teknologi lain yang kian berkembang.

Vivo juga telah menubuhkan rangkaian pembuatan pintar (termasuk yang dibenarkan oleh vivo) dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200 juta telefon pintar. Sehingga kini, vivo telah mengembangkan rangkaian jualannya di lebih daripada 60 negara dan wilayah serta disukai oleh lebih daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia.

* “Benfen” ialah istilah yang menggambarkan sikap terhadap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul – yang merupakan gambaran ideal tentang misi vivo untuk memberi nilai kepada masyarakat.

Dapatkan maklumat terkini tentang vivo di laman web rasmi vivo :  https://www.vivo.com/my 

Atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan :
SAIYIDAI
vivo Malaysia
E-mail: yidai.sai@my.vivo.com

 

Untuk artikel penuh, layari :https://khalifahmedianetworks.com/work-smart-travel-light-the-vivo-x-fold5-is-almost-here/

Summary
Review Date

Ingin telefon boleh lipat dengan yang prestasi unggul?

Dapatkan vivo X Fold5 hari ini!

vivo X Fold5

Bekerja Dengan Bijak, Mengembara Secara Ringkas

Dapatkan Sekarang!
Social Media
Ingin telefon boleh lipat dengan yang prestasi unggul?

Dapatkan vivo X Fold5 hari ini!

Call Whatsapp

Ingin telefon boleh lipat dengan yang prestasi unggul?

Dapatkan vivo X Fold5 hari ini!