Review
Mar 8, 2022, 11:55am

1 Usahawan 1 Buku, Trend Marketing & Branding Berkesan 2022 Untuk Para Usahawan Lonjakkan Nama & Bisnes Menurut Ghostwriter Malaysia


Masih ramai di luar sana yang belum mengetahui tentang rahsia terbesar dan tersimpan rapi dalam industri penulisan dan perbukuan di seluruh dunia sejak zaman-berzaman. Tahukah anda bahawa ramai usahawantokoh negaraahli politikatletselebritiorang kenamaanpakar bidangketua pegawai eksekutif dan beberapa profesion lain telah mengupah khidmat ghostwriter atau penulis upahan untuk menulis buku biografi, autobiografi, memoir atau bisnes mereka?

Paling menarik, para usahawan terutamanya pengasas produk merupakan kelompok utama yang paling menginginkan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah buku seumur hidup sebagai sebahagian daripada kempen marketing dan branding bisnes mereka berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Ghostwriter Malaysia.

Jika anda seorang usahawan, teruskan membaca untuk mengetahui keperluan memiliki buku sendiri.

MENGAPAKAH PARA USAHAWAN BERLUMBA-LUMBA UNTUK MEMILIKI BUKU SENDIRI?

1. Buku membantu anda dalam membina dan meningkatkan jenama

Hanya 1% daripada penduduk dunia pernah menerbitkan buku. Dengan menulis buku, anda dapat membezakan diri dengan orang lain. Anda kini boleh menambah tag penulis profesional yang sangat bernilai pada jenama, kad perniagaan, laman sosial (LinkedIn, Facebook, Instagram & Twitter) serta laman sesawang.

Sebagai seorang penulis, anda juga boleh menggunakan buku sebagai alat pemasaran bagi meningkatkan jenama anda sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kuasa buku membolehkan anda dicari di Google berdasarkan nama dan tajuk buku.

2. Buku membuktikan anda ialah pakar bidang keusahawanan

Sebuah buku mampu membantu anda untuk menempatkan diri sebagai pakar bidang keusahawanan. Buku anda berfungsi sebagai pratonton bagi ilmu pengetahuan yang ingin ditawarkan kepada orang ramai. Oleh itu, orang ramai akan menghormati kepakaran anda dalam bidang keusahawanan. Ini sama seperti yang dikatakan oleh Manoj Vasudevan, “Author is Authority.”

3. Buku membantu anda mendahului pesaing semasa merebut peluang bisnes

Buku boleh membezakan diri anda dengan pesaing. Menjadi seorang penulis dengan pandangan yang unik merupakan suatu peluang untuk anda menonjol ke hadapan, terutamanya apabila terdapat ramai lagi pesaing dalam bidang bisnes sama seperti anda.

4. Buku memberikan peluang kepada anda menjadi seorang speaker

Penganjur persidangan akan mempunyai lebih keyakinan untuk mempromosikan anda sebagai speaker dengan menekankan status anda sebagai seorang penulis kepada audiens.

5. Buku membolehkan anda menjana pengikut yang berkualiti

Orang yang menyukai buku pasti akan menjadi pengikut setia anda dan sentiasa bersedia untuk membeli lebih banyak produk daripada anda. Perbezaan antara pengikut sebegini dan yang lain ialah pengikut setia akan mencari kandungan, produk dan perkhidmatan yang bermutu daripada individu yang dipercayai olehnya iaitu anda.

6. Buku meninggalkan legasi yang berpanjangan untuk anda

Peninggalan yang paling berharga di dunia ini ialah pelbagai kisah hidup untuk dikenang sepanjang zaman. Anda boleh menulis dan mendokumentasikannya ke dalam sebuah buku.

Inilah salah satu cara untuk anda dalam mengabadikan kisah hidup untuk tatapan generasi masa hadapan supaya tidak luput ditelan zaman. Buku anda boleh juga dijadikan sebagai salah sebuah legasi bisnes dan kejayaan pada masa hadapan.

Anda juga boleh memperoleh peluang seperti di atas jika memiliki buku, mulalah menulis dari sekarang. Jika tak mampu, upah sahaja pada yang pakar.

MENGAPAKAH PARA USAHAWAN TIDAK MENULIS BUKU MEREKA SENDIRI?

Tidak dapat dinafikan bahawa para usahawan secara asasnya sangat sibuk dalam mengusahakan jenama perniagaan sambil memikirkan untung rugi syarikat lantas menyebabkan mereka tidak sempat memikirkan strategi kreatif bisnes seperti penulisan buku kisah hidup yang terbukti sebagai salah satu cara untuk memasarkan produk atau identiti bisnes mereka yang dijangka dapat memberikan impak besar kepada prestasi jangka panjang bisnes.

Faktor lain yang membuatkan mereka menolak tugasan ini kepada ‘orang lain’ disebabkan mereka tidak mahir dalam mencungkil dan menulis kisah hidup mereka sendiri. Tambahan pula, bukan semua orang mampu menulis berjam-jam lamanya dalam sehari selama berbulan-bulan. Oleh itu, lebih baik mereka angkat tangan awal-awal dan menyerahkan tugasan ini kepada yang lebih arif iaitu ghostwriter.

1 usahawan 1 buku

Di sinilah peranan ghostwriter dalam membantu para usahawan mendokumentasikan kisah hidup, membimbing keseluruhan proses penyampaian naratif buku dan pada masa yang sama memahami matlamat kempen marketing dan branding bisnes supaya dapat disuarakan dalam buku kisah hidup mereka tidak kira sama ada buku autobiografi mahupun biografi.

SIAPAKAH & APAKAH TUGAS GHOSTWRITER?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, padanan istilah ghostwriter dalam bahasa Melayu ialah penulis siluman. Mereka juga dikenali sebagai penulis hantupenulis tanpa nama atau penulis ghaib.

Ghostwriter ialah penulis yang diupah untuk meniru gaya penulisan pelanggan, melakukan kerja penyelidikan/temu ramah dan menyiapkan semua kerja penulisan buku. Beban kerja mereka termasuklah kerja-kerja menyelidik, menulis, menyunting, menulis semula dan kemudian membaca pruf sebelum manuskrip diserahkan kepada para pelanggan.

Walau bagaimanapun, nama mereka tidak dikreditkan sebagai penulis atau penulis bersama (tertakluk kepada terma dan syarat). Dalam konteks penulisan buku, nama mereka langsung tidak dipaparkan pada kulit buku, sebaliknya nama pelanggan mereka yang akan dikreditkan sebagai penulis.

BAGAIMANAKAH GHOSTWRITER DAPAT MEMBANTU KEMPEN MARKETING & BRANDING BISNES ANDA?

Sebagai usahawan yang berjaya, sudah tentu anda lebih pakar daripada segi strategi, pemantauan KPI, pengurusan untung rugi tetapi dalam masa yang sama anda tidak mempunyai kemahiran menulis yang bagus. Ini sebab utama kenapa ghostwriter dapat mencerminkan pandangan, gaya dan nada penulisan anda dengan sempurna.

Khidmat ghostwriter telah menjadi pilihan popular bagi para usahawan yang mempunyai idea yang bernilai untuk dikongsi dengan umum, tetapi tidak dapat meluangkan masa dan tenaga atau tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menyusun kisah demi kisah dalam sebuah buku seperti yang anda inginkan.

Dengan mengupah ghostwriter, anda boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat sebarang bentuk penulisan dengan sempurna dan tepat pada masanya sementara anda sibuk dengan urusan bisnes.

1 usahawan 1 buku

Jadi, siapakah ghostwriter yang bukan hanya berpengalaman luas tetapi berkemahiran tinggi dalam industri penulisan upahan di Malaysia?

MEMPERKENALKAN GHOSTWRITER KELAS A DI MALAYSIA UNTUK BUKU AUTOBIOGRAFI DAN BIOGRAFI

Salah satu cara terbaik untuk orang bisnes dalam memperhebatkan kualiti bisnes adalah dengan mengupah ghostwriter seperti Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia yang dapat membantu anda merealisasikan impian untuk memiliki buku sendiri yang bertujuan untuk melonjakkan nama dan bisnes anda!

1 usahawan 1 buku

Berkecimpung lebih dari 11 tahun dalam bidang penulisan, Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menulis dan membukukan kisah hidup yang penuh suka dan duka para usahawan dan pemimpin perniagaan. Disebabkan pengalaman luasnya dalam bidang penulisan dan perbukuan, Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia juga berkemahiran untuk merangka strategi efektif penjualan buku yang boleh diaplikasikan untuk mencapai objektif perniagaan anda.

1 usahawan 1 buku

Hasil karya Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia akan lebih menjurus kepada hasil yang lebih baik, pengiktirafan nama, peningkatan nilai perniagaan dan reputasi anda serta memelihara dan melindungi semua ilmu pengetahuan yang anda peroleh sepanjang kerjaya anda melalui strategi penulisan yang akan diaplikasikan oleh Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia sebagai penulis upahan untuk pembinaan marketing dan branding bisnes anda.

Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam penulisan dan penterjemahan buku laporan tahunan, buku mewah (coffee table book), buku bergambar dan business playbook melalui pelbagai projek dengan syarikat/agensi/entiti korporat ternama seperti:

  • Projek: Terjemahan Buku Laporan Tahunan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

         Pelanggan: FGV Holdings Berhad

  • Projek: Penulisan Buku Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

          Pelanggan: Malakoff Corporation Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

         Pelanggan: Alam Maritim Resources Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

         Pelanggan: Invest Selangor Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

          Pelanggan: Icon Offshore Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

         Pelanggan: KPJ Healthcare Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

         Pelanggan: Prasarana Malaysia Berhad

  • Projek: Penulisan Laporan Tahunan Bahasa Inggeris

        Pelanggan: PUC Berhad

  • Projek: Penulisan Business Playbook

        Pelanggan: Petronas

  • Projek: Penulisan dan Penterjemahan Portal e-Census

          Pelanggan: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

  • Projek: Penulisan Buku Bergambar Bahasa Melayu

         Pelanggan: Perbadanan Putrajaya

  • Projek: Penulisan Buku Mewah (Coffee Table Book) Bahasa Inggeris

          Pelanggan: Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)

BAGAIMANAKAH GHOSTWRITER MALAYSIA DAPAT MEMBANTU BISNES ANDA?

Berbekalkan pengalaman lebih sedekad sebagai penterjemah dan penulis dengan syarikat Fortune 500 seperti WhatsApp, Netflix, Amazon dan pelbagai lagi syarikat gergasi dunia, Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia berkemahiran tinggi untuk mencungkil pengalaman menarik dan berkaitan anda sambil membantu anda dalam menerangkan cerita tersebut dengan cara yang relevan, berkesan, menarik dan dalam keadaan yang menghiburkan.

Pengkhususan Ash adalah untuk mengubah mesej inspirasi dan pengalaman pelanggan kepada bahan bertulis yang menawan yang dapat meningkatkan nilai dan elemen “reach” jenama bisnes anda.

HANYA YANG TERBAIK DENGAN GHOSTWRITER MALAYSIA – TESTIMONI PELANGGAN

Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini untuk mendapatkan perkhidmatan penulisan upahan untuk buku autobiografi dan biografi yang sempurna dalam masa yang dijanjikan iaitu dalam tempoh 3 bulan. Hanya kualiti terbaik akan membuatkan pelanggan kembali kepada sesuatu perkhidmatan dan ramai yang telah berbuat sedemikian dengan Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia.

1 usahawan 1 buku

KHIDMAT GHOSTWRITER MALAYSIA KHAS UNTUK ORANG BISNES YANG MEMPUNYAI IDEA BESAR TAPI TIADA MASA

Siapa kata anda perlu paksa diri anda untuk terbitkan idea anda dalam bentuk bertulis apabila anda tidak mahu atau sekiranya anda tidak mempunyai masa? Dapatkan versi mini anda yang lebih mahir menulis dan anda akan tertanya-tanya mengapakah anda tidak mendapatkan servis penulis upahan lebih awal.

KINI TIBA GILIRAN ANDA UNTUK MEMILIKI BUKU SENDIRI

Tulislah buku kerana semua cerita anda adalah penting. Tulislah buku walaupun ia kerja yang sukar. Tulislah buku bagi menjadi penulis yang lebih baik dan kerana masanya sudah tiba. Tulislah buku kerana anda mahu menulis kisah diri sendiri.

Jika anda seorang usahawan yang mempunyai pelbagai kisah jatuh bangun dalam bisnes yang menarik, tidakkah anda mahu menulis kisah hidup sendiri?

Jika anda mencari seorang ghostwriter yang penuh pengalaman, komitmen, kreativiti, ketelitian dan integriti, Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia boleh menawarkan kualiti sedemikian kepada anda dan bisnes anda! Tempah slot anda sekarang kerana khidmat penulisan upahan Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia sentiasa terlajak laris. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung secara langsung dengan Ash Hadzri, Ghostwriter Malaysia melalui WhatsApp.

KINI TIBA GILIRAN ANDA UNTUK

MEMILIKI BUKU SENDIRI

Ghostwritter

Bangunkan Legasi Berpanjangan Anda

Tempah slot anda sekarang
KINI TIBA GILIRAN ANDA UNTUK

MEMILIKI BUKU SENDIRI

Call Whatsapp Layari Website

KINI TIBA GILIRAN ANDA UNTUK

MEMILIKI BUKU SENDIRI