Reka bentuk kabinet dapur moden dan dekorasi minimalis semakin menjadi kegilaan ramai pemilik rumah. Ia melambangkan konsep sederhana, bersih dan ringkas. Reka bentuk moden dan minimalis antara pilihan terbaik untuk anda yang suka kediaman yang ringkas tapi up to date. Kebiasaannya, konsep ini tidak menggunakan terlalu banyak perabot dan tidak bermain dengan banyak warna. Cukup sekadar warna-warna tanah atau putih untuk melambangkan konsep minimalis itu sendiri.
Tidak salah sesekali membuat pelaburan menggunakan servis dekorasi daripada yang pakar. Pakar dekorasi dan rekabentuk biasanya lebih tahu menggunakan material, perabot dan susun atur yang lebih sesuai berdasarkan size rumah dan konsep yang diinginkan. Selain itu pemilihan perabot seperti peti sejuk, meja makan, kerusi makan, dapur, sinki dan sebagainya sangat memberi kesan pada hasil reka bentuk dapur moden minimalis terkini.
#1 Tips Gabungan 2 Warna Bagi Konsep English Style
Boleh atau tidak nak buat kabinet dapur 2 warna tona? Biasa kita lihat rumah berkonsepkan English Style menggunakan satu warna sahaja iaitu putih. Anda jangan risau untuk menggunakan 2 tona warna bagi konsep English Style. Anda hanya perlu pastikan kedua-dua warna adalah daripada rangkaian warna palette yang sama.
#2 Menggunakan Warna Bumi
Konsep minimalis tidak memerlukan banyak warna pada dinding dan perabot rumah. Banyakkan menggunakan warna-warna bumi dan padankan pula dengan warna pallette yang sama bagi menampakkan lagi konsep minimalis dan moden rumah anda. Cukuplah bermain dengan warna putih, coklat dan hitam sahaja.
#3 Pilih Kombinasi Warna Perabot Yang Sesuai
Warna perabot memainkan peranan yang penting untuk reka bentuk kabinet dapur moden minimalis ini. Pilihlah perabot yang tidak terlalu banyak warna, supaya dapat dipadankan dengan warna ruang dapur moden minimalis anda.
#4 Dekorasi Berdasarkan Ukuran Ruang Dapur
Dapur yang kecil boleh kelihatan luas dan besar jika anda pandai mereka bentuk kabinet dapur bersesuaian dengan dapur anda.Penggunaan perkakas dapur, barang elektrik dan susun atur perlu dikemaskan dan menggunakan fungsi kabinet dapur sepenuhnya supaya ruang dapur anda sentiasa bersih dan kemas.
#5 Simpan Barang Dapur Dan Kelengkapan Yang Perlu Sahaja
Konsep reka bentuk moden minalis ini bermaksud anda menggunakan barang yang perlu sahaja. Anda tidak perlu menyimpan ke semua perkakas dapur yang lama, atau apa sahaja barang yang tidak perlu. Penggunaan kabinet dapur yang betul, dapat membantu anda untuk menyimpan banyak barang di dalam kabinet dapur anda.
#6 Menggunakan Hiasan Dapur Yang Ringkas Sahaja
Dapur moden dan minimalis tidak menggunakan hiasan yang terlalu sarat dan banyak. Anda boleh meletakkan bunga yang bersize sederhana dan juga susun atur perhiasan dapur di tempat yang sepatutnya.
Formtri Idea merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pertukangan kayu, pakar dalam kabinet dapur dan hiasan dalam kediaman. Skop kerja Formtri Idea termasuk perancangan, reka bentuk skematik, visualisasi 3D dan pengurusan projek. Keutamaan Formtri Idea adalah penggunaan ruang optimum, penataan lampu, tema, estetika serta hubungan antara ruang. Semua ruang direka bentuk oleh pereka dalaman berpengalaman dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja dengan piawaian yang tinggi.
Formtri Idea akan membantu mengembangkan dan mencantikkan lagi idea dekorasi rumah anda. Dengan bantuan pakar yang lebih arif dan berpengalaman ini, ruang dapur anda boleh bertukar menjadi ruang dapur idaman dengan mudah. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan kesesuaian warna, size perabot, susun atur perabot dan juga idea reka bentuk yang diperlukan. Semuanya akan dilakukan oleh Formtri Idea.
Formtri Idea mempunyai pakar reka bentuk yang berpengalaman. Pakar reka bentuk ini akan membuat lakaran terlebih dahulu, agar semua susun atur adalah tepat, cantik, dan praktikal. Kiraan size dan ukuran perlulah tepat dan selari dengan perabot yang bakal dimasukkan ke dapur anda nanti.
Formtri Idea juga ada pakar dalam kerja – kerja pertukangan kabinet dapur. Kerja-kerja pertukangan ini dari kilang Formtri sendiri dan ini akan memudahkan proses pemasangan kabinet dapur nanti.
Pasti seronok memasak dan meluangkan masa bersama keluarga di dapur idaman. Tetamu juga selesa apabila datang berkunjung. Dapur pula akan kelihatan sentiasa kemas dan bersih dengan konsep moden dan minimalis.
Formtri Idea sentiasa suka berkongsi tips dan rahsia tentang dekorasi dan reka bentuk kabinet dapur moden dan minimalis. Untuk sebarang info lanjut, boleh terus tekan butang di bawah ini.
dengan Kabinet Dapur Moden Formtri
Kabinet Dapur Moden Formtri
Jom Design Ruangan Dapur Anda Dengan Kabinet Dapur Moden
Hubungi SekarangNo. 20-02, Jalan LGSB 1/4, Pusat Komersial LGSB, Off Jalan Hospital Sungai Buloh, Selangor 47000 Malaysia