Google Ads adalah platform pengiklanan berbayar yang membolehkan perniagaan memaparkan iklan mereka di hasil carian Google, laman web rakan kongsi, dan YouTube. Ia berfungsi berdasarkan sistem bidaan di mana anda membayar untuk setiap klik (Pay-Per-Click, PPC) atau untuk setiap seribu tontonan (Cost-Per-Thousand Impressions, CPM).
Melalui Google Ads, anda boleh memaparkan iklan kepada pelanggan yang sedang aktif mencari produk atau servis tertentu, menjadikan ia salah satu kaedah pemasaran yang paling berkesan.
Sebahagian besar pengguna mencari perkhidmatan atau produk melalui Google. Dengan Google Ads, anda boleh memastikan bisnes anda berada di kedudukan teratas hasil carian, menjadikannya lebih mudah untuk ditemui oleh pelanggan.
Berbanding strategi organik seperti SEO, Google Ads menawarkan hasil segera. Anda juga boleh memantau prestasi iklan melalui data seperti klik, kadar penukaran, dan ROI (Return on Investment).
Google Ads membolehkan anda mensasarkan audiens berdasarkan lokasi, umur, minat, dan kata kunci tertentu, menjadikannya alat yang sangat fleksibel.
Jika anda memerlukan bantuan untuk Google Ads.
Anda boleh menghubungi Faiz Azizan, seorang pakar pemasaran digital yang berpengalaman dalam membantu perniagaan mencapai hasil yang terbaik melalui strategi pengiklanan Google Ads.
Beliau menawarkan servis seperti berikut:
Dengan bimbingan yang betul, anda boleh memastikan setiap sen yang dilaburkan dalam Google Ads memberikan pulangan yang maksimum kepada perniagaan anda. Maklumat lanjut boleh baca di halaman ini.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang