Review
Apr 9, 2021, 3:09pm

Servis Cuci Kusyen Kereta Murah Dan Terus Ke Pintu Di Ampang


Servis dan pembaikan kereta adalah aspek penting untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan kereta. Tetapi, mencuci kereta dan pembersihan mendalam adalah aspek yang sama pentingnya untuk meningkatkan jangka hayat kereta anda. Kebanyakan orang sering mengelakkan atau mengabaikan untuk membersihkan kenderaan mereka selepas diservis. Penjagaan badan sangat penting bagi manusia untuk memastikan penampilan yang baik dan badan yang sihat. Begitu juga dengan kereta anda, mencuci kereta secara berkala dan membersihkan kenderaan anda secara mendalam dapat meningkatkan estetika dan menyumbang kepada peningkatan prestasi kereta anda.

Servis Cuci Kusyen Kereta Terus Ke Pintu Dengan Master Clean Services

Master Clean Services merupakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan cucian dalaman kereta, cuci sofa, tilam dan karpet rumah dan pejabat. Master Clean Services berpusat di Ampang dan pada kebiasaannya akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Apa sahaja kotoran di kusyen kereta anda sama ada tertumpah kuah rendang, terjatuh sambal nasi lemak, tumpahan air minuman, anak kecil terkencing di dalam kereta, apa jua pun, Master Clean Services akan berupaya untuk membersihkan kusyen kereta anda sampai kelihatan bagaikan baru. Tambahan pula, harga yang ditawarkan memang murah dan mampu milik, jarang untuk kita mendapat harga sebegitu, iaitu RM90 untuk perkhidmatan cucian dalam kereta mengikut saiz kenderaan anda. 

Di samping itu, Master Clean Services juga menggunakan peralatan serta perkakasan yang khas beserta adunan kimia khas untuk mencuci kusyen kereta anda. Peralatan khas serta adunan kimia khas yang digunakan bertujuan untuk mencuci kusyen kereta sehingga ke bahagian akar kusyen kereta yang mana kebanyakan kotoran-kotoran yang terperangkap di bahagian-bahagian yang berkenaan. Bahan kimia yang digunakan memang dirumus khas untuk menjaga fabrik kereta daripada rosak. Mereka akan mencuci bukan sahaja kusyen kereta tetapi juga di bahagian panel pintu, bumbung serta bonet kereta.

Perkhidmatan Profesional Master Clean Services Untuk Kereta Anda

Master Clean Services juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti mencuci sofa, karpet serta tilam. Seperti yang dinyatakan tadi, perkhidmatan ini ditawarkan di mana-mana sahaja anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang mana servis dilakukan di mana pelanggan berada, sama ada di rumah, di ruang pejabat dan sebagainya.

Kadang-kala, pengumpulan debu dan habuk dalam kereta boleh mengakibatkan alergi kulit punca daripada kuman terkumpul bagi sesetengah pengguna kereta. Dengan Master Clean Services, anda boleh menikmati perkhidmatan mencuci bahagian interior kereta di mana kereta anda akan kelihatan baru seperti baru dibeli. Tidak kira kereta jenis apa-apa pun sama ada kereta kecil, kereta jenis sedan, MPV, SUV, van, 4×4 dan lain-lain semuanya boleh dicuci seatnya dengan harga yang sangat berbaloi dengan servisnya Antara keistimewaan menarik Master Clean Services adalah:

  • Tidak perlu cabut seat kenderaan anda
  • Akan siap bersih dalam tempoh 1-2 jam 
  • Satu hingga dua jam pengeringan jika pengudaraan baik
  • Servis terus ke rumah 
  • Cucian karpet lantai kereta tanpa buka seat
  • Ada tambahan perkhidmatan semburan Nano Mist Anti-bacteria 

Bila di luaran dan di dalam kereta bersih bak kereta baru keluar dari kedai, tiada lagi sakit mata memandang kereta sendiri. Ditambah pula dengan perkhidmatan profesional mereka yang memberikan hasil yang terbaik, sememangnya berbaloi. Jadi tunggu apa lagi? Buatlah tempahan anda dengan Master Clean Services sekarang!

Antara Testimoni Pelanggan Master Clean Services

Bukan senang untuk mendapatkan testimoni baik daripada para pelanggan. Rata-ratanya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta kualiti kerja yang tinggi oleh Master Clean Services. Tetapi bagi lebih yakinkan anda antara berikut adalah testimoni-testimoni daripada pelanggan yang telah mencuba perkhidmatan daripada Master Clean Services. 

“Servis terbaik harga berpatutan… sgt berpuas hati… nora bg 5 bintang… well done… semoga bisnes kalian bertambah maju…”

“Tq ya dek… bersih… bau pun sedap!”

“Memang terbaik… keluar segala harta-harta karun dalam cik bibah tu… Hantar car wash pun belum tentu clear macam ni… kotoran bekas sisa minuman yang tumpah habi dicuci… lepas nie tak pening nak tinggalkan cik bibah ke carwash mana untuk cuci seat… whatsapp sahaja brader nia akan datang rumah…”

“Harga pasti memuaskan bila tengok hasilnya… berbaloi… luar cantik dalam kereta harus la cantik…”

Pasti Puas Hati Dengan Servis Cuci Master Clean Services

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur hanya pada harga bermula RM90. Boleh juga lihat testimoni pelanggan dan servis-servis mereka di laman Facebook dan Instagram. Tempah perkhidmatan mereka sekarang untuk kereta anda kelihatan seperti baru dibeli. Boleh hubungi mereka ataupun Whatsapp di talian seperti berikut:

0169277805 – Luqman 1 

01133542076 – Luqman 2 

0183671735 – Nurul

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90

Master Clean Services

Perkhidmatan cuci kusyen kereta/sofa/tilam dan lain-lain

Nak Cuci Kusyen Kereta
Social Media

Ampang, Selangor

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90

Call Whatsapp

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90