Kulit yang berminyak dan berjerawat akan membuatkan anda akan rasa kurang yakin dengan penampilan anda sendiri. Kulit yang bersih dan cantik merupakan idaman setiap wanita kerana ia membuatkan anda berasa yakin untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Kulit yang berjerawat dan berminyak ini selalunya disebabkan oleh pori – pori yang besar dan tersumbat dan seterusnya membuatkan jerawat naik di tempat – tempat tertentu pada kulit muka anda. Hormon juga memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kulit anda.
Memang terdapat banyak produk penjagaan kulit di pasaran, namun anda perlu memastikan produk tersebut selamat untuk dipakai pada kulit anda kerana mungkin bahan – bahan yang digunakan adalah tidak sesuai untuk dipakai dan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Jika anda sedang mencari produk yang sesuai, anda boleh menggunakan serum Blessy yang semestinya boleh membantu untuk merawat kulit anda dengan baik.
Apakah yang membuatkan anda perlu untuk membeli serum Blessy berbanding serum lain yang ada di pasaran? Ia merupakan serum yang menggunakan bahan – bahan natural yang membolehkan anda untuk menggunakan ia pada semua jenis kulit termasuk kulit kering, berminyak, berjerawat dan sebagainya. Anda boleh menggunakan serum ini mengikut kesesuaian anda kerana mereka menyediakan empat jenis serum yang berbeza mengikut kegunaan.
Berikut adalah jenis – jenis serum Blessy;
Anda boleh menggunakan serum ini sekiranya anda mahu melambatkan proses penuaan dan menghalang jerawat dari muncul di kulit muka anda. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Penggunaan serum ini sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai kulit kering. Tujuan serum ini adalah untuk melembabkan semula kulit anda serta menggantikan sel – sel kulit mati dengan yang baru. Kulit anda akan menjadi lebih lembut selepas menggunakan serum ini.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, serum ini sesuai digunakan untuk mengurangkan minyak pada kulit anda. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah jerawat yang ada pada kulit anda dan merawat kulit yang sudah rosak. Serum ini tidak sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif.
Serum ini tidak sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif. Kelebihan serum ini adalah untuk memutihkan dan meratakan semula ton kulit yang tidak sekata. Selain itu,ia juga boleh melembabkan kulit anda.
Terdapat pelbagai jenis kelebihan yang anda boleh nikmati pada kulit dan diri anda sekiranya anda menggunakan serum Blessy sebagai produk penjagaan kulit pilihan anda. Berikut adalah kelebihan Serum Blessy;
Setiap penggunaan serum Blessy boleh bertahan sehingga 2 – 3 bulan kerana jumlahnya yang banyak tetapi ia juga bergantung kepada penggunaan anda. Sekiranya anda kerap menggunakan serum ini, ia boleh bertahan sehingga 1 bulan.
Buat masa sekarang, Serum Blessy belum mempunyai sebarang sijil halal buat masa kini namun bahan yang digunakan tidak berasaskan sebarang haiwan. Semua bahan – bahan yang digunakan adalah natural dan tidak mempunyai sebarang bahan kimia yang berbahaya. Serum Blessy juga mempunyai kelulusan KKM dan sudah tentu selamat untuk digunakan.
Buat masa sekarang, tiada kesan sampingan yang akan berlaku pada kulit anda sekiranya anda menggunakan serum Blessy dengan betul. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, anda boleh melakukan patch test dahulu sebelum mendapatkan serum yang sesuai dengan kulit anda. Blessy juga membuat sample size untuk anda membelinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Serum anti aging & prevent acne tidak boleh dicampur bersama serum brightening dan moisturizing kerana kedua – duanya mempunyai retinol dan vitamin C. Kedua – dua bahan ini tidak boleh dicampur kerana ia mempunyai risiko iritasi. Jika anda masih mahu menggunakan kedua – dua produk ini, gunakan serum brightening & moisturizing pada waktu pagi dan serum anti aging & prevent acne pada waktu malam. Selain dari kedua serum ini, serum lain boleh dicampur dengan teknik layering.
Harga serum Blessy adalah sangat murah dan berpatutan. Berikut adalah harga pasaran serum Blessy;
Blessy Anti Aging + Prevent Acne (30ml) = RM 45
Blessy Hydrating & Soothing Skin (30ml) = RM 39
Blessy Reduce Oil & Reduce Blemish (30ml) = RM 39
Blessy Brightening & Moisturizing (30ml) = RM 39
Blessy Sample Size (5ml) = RM 7.50
Hari Ini!
Blessy
Serum Blessy Viral, Merawat Masalah Kulit Jerawat dan Berminyak
Beli Sekarang