Bisnes
Dec 27, 2024, 9:07pm

Senarai HRDF Claimable Course Training Digital Marketing


Mencari program latihan digital marketing yang diiktiraf HRDF (Human Resource Development Fund) adalah langkah penting untuk memastikan pasukan anda dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam dunia pemasaran. Latihan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran pasukan, tetapi juga memberi peluang untuk tuntutan kos melalui HRDF, menjadikannya pelaburan yang berbaloi. Dengan strategi pemasaran digital yang kukuh, perniagaan anda boleh menarik lebih ramai pelanggan, meningkatkan jualan, dan memperkukuh jenama.

Program ini dikendalikan oleh trainer berpengalaman yang memiliki kepakaran dalam pelbagai aspek pemasaran digital. Trainer tersebut merupakan pakar industri dengan pengalaman praktikal dalam mengendalikan projek pemasaran yang berjaya, diiktiraf oleh badan antarabangsa dan tempatan, serta menggunakan pendekatan yang interaktif dan mudah difahami.

Modul latihan yang ditawarkan merangkumi:

  1. Asas Digital Marketing: Memahami konsep asas pemasaran digital serta membezakan antara strategi organik dan berbayar.
  2. Social Media Marketing (SMM): Teknik pemasaran di platform seperti Facebook, Instagram, dan LinkedIn, termasuk cara membina kandungan yang menarik.
  3. Search Engine Optimization (SEO): Cara meningkatkan kedudukan laman web di enjin carian, penyelidikan kata kunci, dan teknik SEO teknikal.
  4. Google Ads dan SEM (Search Engine Marketing): Menjana trafik berbayar dengan Google Ads, teknik bidding, pengoptimuman iklan, dan analisis data.
  5. Content Marketing: Strategi menghasilkan kandungan berkualiti seperti blog, video, dan e-mel untuk pemasaran.
  6. Data Analytics & Reporting: Mengukur keberkesanan kempen pemasaran dan menggunakan alat seperti Google Analytics untuk analisis prestasi.
  7. AI for Marketing: Course ini akan membongkarkan cara anda menguruskan pemasaran menggunakan teknologi AI seperti GPT dan sebagainya. Tujuan utama memastikan operasi berjalan lancar.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memastikan pasukan anda bersedia menggempur pasaran dengan strategi pemasaran digital yang mantap. Dengan latihan ini, pasukan anda akan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran seperti seorang marketer profesional, mampu melaksanakan pemasaran digital yang berkesan, serta meningkatkan pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap kempen pemasaran yang dijalankan. Latihan HRDF Claimable ini adalah peluang terbaik untuk memastikan perniagaan anda kekal berdaya saing dalam era digital.

Jika berminat untuk melatih pasukan anda di bawah HRDF claimable course, boleh hubungi tuan Faiz Azizan di website dengan ketik di sini.

Summary

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Social Media
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: