Terdapat banyak liputan media mengenai sindiket penipuan pinjaman wang yang berlaku akhir-akhir ini, terutamanya semasa pandemik COVID-19 ini. Biasanya sindiket penipuan pinjaman mempunyai beberapa strategi yang digunapakai oleh mereka untuk menjerat sebilangan individu yang terdesak.
Sudah pasti kebanyakan daripada anda juga pernah terdengar atau terbaca tentang penipuan yang melibatkan bayaran pendahuluan atau yuran pemprosesan dengan 0% kadar faedah dan 100% dijamin kelulusan pinjaman. Tawaran-tawaran sebegini kedengarannya sangat tidak realistik tetapi sindiket ini mempunyai helah mereka tersendiri untuk memujuk mangsa untuk jatuh ke dalam perangkap mereka.
Jadi, bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa organisasi yang tidak bertanggungjawab ini, artikel ini bertujuan sedikit sebanyak untuk membantu anda dari segi meningkatkan kesedaran anda supaya anda lebih peka dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan berkaitan perihal kewangan anda.
Maka, dalam artikel ini, kami telah berkongsi tanda-tanda amaran penipuan pinjaman yang perlu anda perhatikan dan apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mendapati diri anda ‘discam’ ataupun telah ditipu?
Jika anda pernah diminta untuk membayar yuran pendahuluan (atau deposit) untuk tujuan pemprosesan ketika mendapatkan pinjaman, maka kemungkinan besar organisasi tersebut cuba memerangkap anda dengan mengambil untung daripada wang pendahuluan anda. Hakikatnya, tiada pemberi pinjaman wang yang sah akan meminta anda membayar apa-apa sebelum anda menerima pinjaman. Malah, sebenarnya itu perbuatan itu adalah illegal bagi mereka berbuat demikian.
Sama juga, jika anda menggunakan ejen pinjaman atau perunding untuk memohon pinjaman peribadi, anda tidak perlu membayar mereka untuk sebarang bayaran. Mereka akan menerima pendapatan mereka sebagai komisen daripada bank atau koperasi sebaik sahaja pinjaman diluluskan.
Kebanyakan sindiket penipuan akan cuba mewajarkan bayaran pendahuluan sebagai yuran pemprosesan mandatori, bayaran balik pendahuluan, insurans atau cagaran. Tetapi yuran ini, walaupun diperlukan, akan sentiasa ditolak daripada jumlah pinjaman anda dan bukannya dibayar oleh anda secara berasingan.
Jika anda mendapati diri anda dalam situasi di mana anda menerima panggilan atau e-mel yang mengatakan bahawa anda layak untuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Terdapat juga kadang-kadang anda juga diberitahu bahawa pinjaman itu khas untuk anda. Tetapi, anda sebenarnya tidak pernah memohon sebarang pinjaman peribadi atau pernah memilih servis pinjaman tersebut.
Ataupun mungkin anda pernah memohon dahulu, tetapi anda ditawarkan dengan amaun yang lebih daripada jumlah yang anda mohon. Berhati-hatilah dengan tawaran kredit yang tidak dijangka ini, dan semak sama ada sekiranya itu adalah perkara sebenar serta boleh dipercayai sebelum meneruskan untuk mengesahkannya.
Jika anda mendapati pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus mendesak anda untuk membuat keputusan dengan segera, kerana ‘tawaran faedah rendah, sekali sahaja’ dan memberi anda tempoh terhad di mana mengatakan bahawa tawaran hanya terhad untuk tempoh masa tertentu, maka jangan berfikir panjang, terus menolak tawaran tersebut. Itu adalah salah satu taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan ini kerana mereka mahu mengikat perjanjian dengan anda dengan cepat dan beralih kepada mangsa mereka yang seterusnya. Jangan sekali-kali rasa tertekan untuk membuat sebarang keputusan, dan hanya teruskan apabila anda 100% pasti dengan siapa anda berurusan.
Kadangkala, sindiket-sindiket penipuan sebegini tidak semestinya mahukan wang anda semata-mata. Ada juga sindiket penipuan yang bertujuan untuk mencuri identiti anda untuk kegunaan sendiri mereka. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, e-mel atau media sosial untuk menipu dan memujuk anda supaya memberikan maklumat peribadi anda kepada mereka. Perbuatan ini lebih dikenali dengan terma atau dipanggil sebagai phishing.
Oleh itu, ambil langkah berwaspada dan jangan sekali-kali memberikan salinan I.C., lesen memandu atau maklumat akaun bank anda kepada sesiapa melainkan anda tahu untuk siapa dan tujuan kegunaan maklumat tersebut. Hal ini kerana penipu ini boleh juga meenggunakan identiti anda serta menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang sah, tetapi syarikat sebenar ini sendiri tidak mengetahui tentang penipu tersebut.
Gunakan tips-tips yang diberikan seperti di atas ini sebagai langkah penjagaan anda ketika anda ingin mendapatkan servis pinjaman wang atau sedang survey untuk perkhidmatan pinjaman wang yang sesuai mengikut kemahuan anda. Bagi anda yang berminat, mungkin anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Gains Credit Sdn Bhd sekiranya anda tercari-cari dan memerlukan perkhidmatan ejen pinjaman wang di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan anda, Gains Credit Sdn Bhd merupakan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang diluluskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Anda boleh sahaja membuat carian tentang Gains Credit Sdn Bhd (77769-A.) di aplikasi i-KrediKom untuk pengesahan sekiranya anda risau akan terperangkap dengan tipu muslihat atau “scammer” selain berasa yakin dengan pilihan anda.
Pejabat syarikat Gains Credit yang berlokasikan di M4-D9, Jalan Pandan Indah 4/1, Pandan Indah 55100, Ampang, Selangor juga boleh anda kunjungi, sekiranya anda mahukan perjumpaan secara bersemuka untuk berbincang dengan lebih lanjut. Tempoh operasi Gains Credit adalah dari hari Isnin – Jumaat, 9.30am – 5.30pm, dan di hari minggu, hanya akan beroperasi pada hari Sabtu sahaja, dari jam 9.30am – 2.00pm.
Di samping itu, Gains Credit boleh menjadi pilihan terbaik dan selamat buat anda kerana mereka menawarkan kadar faedah paling rendah, tempoh pembayaran yang fleksibel tanpa bayaran pendahuluan dan maklumat peribadi anda juga akan dirahsiakan/selamat. Selain yang tertera di atas, antara kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gains Credit Sdn Bhd ini sangat sesuai jika anda merupakan kakitangan swasta atau kerajaan dan mempunyai slip gaji dan bank statement (1-3 bulan), bil api/air serta gaji melalui bank. Hanya dengan kelayakan ini dan dokumen yang mencukupi anda boleh mendapatkan kelulusan permohonan anda dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Begitu mudah dan pantas sekali!
Sekarang ini, terutamanya di kala musim pandemik ini, bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman kewangan yang anda perlukan. Jadi, pada masa yang anda memerlukan, ini adalah peluang anda untuk memohon pinjaman kewangan yang selamat dan sah daripada syarikat Gains Credit Sdn Bhd. Anda boleh dapatkan perkhidmatan mereka atau makluman lebih lanjut melalui talian Whatsapp (018-2114012) mereka ataupun di laman Facebook mereka.
Tekan WhatsApp di bawah untuk pertanyaan
Gains Credit Sdn Bhd
Mudahkan Proses Pinjaman Wang Anda
Nak Pinjam Wang