Mungkin anda pernah berdepan dengan situasi di mana bila bercakap sahaja tentang pinjaman peribadi segera atau ‘personal loan’ kebanyakan daripada kita merasakan itu bukan keputusan yang paling baik untuk pengurusan kewangan anda. Sebenarnya, itu bukannya perkara yang betul 100%. Kadang kala, pinjaman peribadi boleh menjadi bantuan kewangan yang dapat membantu anda dalam menyediakan faedah terbaik untuk menguruskan kewajipan kewangan anda.
Anda tertanya-tanya bagaimana pinjaman peribadi dapat membantu anda? Baca lebih lanjut untuk ketahui 3 sebab utama ramai memilih untuk mengambil pinjaman peribadi.
Adakah anda pernah terfikir ataupun tertanya-tanya bagaimana anda akan menampung kos rawatan/perubatan yang tidak dijangka? Misalnya, sekiranya anda mendapati diri anda dalam situasi kecemasan di mana anda mengalami masalah kesihatan yang tidak diduga dan tiba-tiba anda terpaksa menanggung jumlah beban kos rawatan yang begitu besar. Hal ini boleh menyebabkan anda sukar untuk membayar bil perubatan dan kemungkinan besar mengakibatkan kekangan untuk anda mendapatkan rawatan yang perlu untuk kesihatan anda.
Apabila anda berada dalam situasi tersebut, anda haruslah memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan isu aliran tunai anda dan membolehkan anda mencari dana kecemasan jika anda masih belum mendapatkan perlindungan insurans untuk diri anda sendiri.
Daripada hanya menunggu dan bimbang tentang cara membayar bil perubatan anda, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan perubatan anda dengan segera. Di waktu yang genting sebegini, sukar untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan segera disebabkan formaliti-formaliti tertentu tetapi itu boleh dielakkan dengan Azura Consultancy.
Sudah tentunya ramai di antara kita mengimpikan untuk membentuk atau membina rumah mengikut ciri idaman masing-masing. Tetapi, memohon pinjaman kewangan untuk pengubahsuaian rumah mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana secara umumnya ia ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman rumah.
Penyelesaian yang ideal untuk masalah ini adalah dengan menyimpan dana yang mencukupi untuk menampung kos pengubahsuaian rumah anda. Walaubagaimanapun, sekiranya anda merancang untuk membuat perubahan kecil dan merancang untuk menggunakan kaedah DIY untuk pengubahsuaian/pembaikan rumah anda kemungkinan kosnya tidak begitu besar tetapi untuk kos pengubahsuaian yang lebih besar, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil Pinjaman Peribadi. Secara amnya, pembiayaan melalui pinjaman peribadi akan mempunyai kos yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman rumah. Lebih-lebih lagi, Azura Consultancy menawarkan kaedah faedah yang lebih rendah berbanding institusi pinjaman kewangan yang lain di Selangor.
Salah satu sebab yang paling umum untuk mengambil pinjaman peribadi adalah untuk menggabungkan pinjaman/hutang sedia ada anda sebagai satu pinjaman tunggal. Hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf pada akaun bank anda boleh menambah beban anda untuk membayar pelbagai kadar faedah berlainan tetapi anda juga perlu membuat bajet yang sesuai untuk melunaskan pembiayaan anda tepat pada masanya.
Maka, dengan menyatukan hutang ini menjadi satu pinjaman peribadi, ia akan membantu anda menjimatkan kadar faedah dan membolehkan anda merancang dengan lebih baik untuk membayar balik dengan jumlah pinjaman yang besar. Oleh itu, sentiasa fikir dua kali dan menjadi pengguna yang bijak untuk mendapatkan kadar faedah terbaik untuk jumlah pinjaman anda yang lebih tinggi.
Mendapatkan pinjaman peribadi tidak semestinya menambah beban kewangan anda yang sedia ada. Dengan khidmat konsultasi yang betul, anda kini boleh mendapatkan pinjaman peribadi yang sesuai dengan situasi dan keperluan kewangan anda.
Jika anda ingin tahu, Azura Consultancy melalui i-Financehub menawarkan produk kewangan dan rundingan berkenaan pinjaman peribadi dan perniagaan. Produk pinjaman yang ditawarkan oleh i-Financehub adalah yang berdaftar iaitu melalui bank panel dan juga koperasi.
Bagi anda yang mengenali i-Financehub buat pertama kali, sehingga hari ini, i-Financehub telah berjaya membantu 37,635 orang meringankan masalah kewangan.
Khidmat mereka sangat sesuai bagi mereka yang ingin meringankan masalah kewangan di mana;
i-Financehub oleh Azura Consultancy menguruskan servis pinjaman serendah RM10K sehingga maksimum RM400k bergantung kepada kelayakan gaji. Jika anda tergolong dalam kategori seperti yang tersenarai di bawah, anda mungkin layak untuk memohon pinjaman daripada mereka.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kepastian tentang kelayakan anda, mereka juga menyediakan kemudahan untuk anda menyemak kelayakan anda.
i-Financehub menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan pinjaman peribadi melalui bank dan juga bank koperasi. i-Financehub tidak mengeluarkan sebarang dana pembiayaan. Mereka hanya menguruskan pinjaman peribadi sahaja. Semua pinjaman dikeluarkan oleh 9 bank dan koperasi terpilih.
Dokumen yang anda perlu sediakan adalah borang bank, salinan IC dan slip gaji 3 bulan terkini. Sama ada pekerja swasta panel mahupun kerajaan, dokumen yang diperlukan adalah sama sahaja. Melalui Azura Consultancy, anda akan mendapat maklumat tentang kelulusan pinjaman dalam tempoh 1-3 hari sahaja. Tempoh pembiayaan adalah dari satu hingga 10 tahun. Yang paling menarik, tiada sebarang penjamin ataupun cagaran diperlukan untuk memohon pinjaman ini!
i-Financehub sangat menekankan etika ketelusan dalam setiap amalan dan praktis di semua peringkat selain memastikan kepuasan pelanggan dengan servis terbaik setiap masa kepada pelanggan.
Anda memerlukan pinjaman peribadi dengan mudah dan segera? Azura Consultancy sedia untuk membantu anda memudahkan kelulusan pinjaman bank anda! Ketahui dengan lebih lanjut di laman rasmi i-Financehub. Jika anda mempunyai persoalan tentang servis mereka dan ingin menyemak kelayakan anda, anda boleh berbuat demikian di sini.
Selamat mencuba!
Hubungi Azura Consultancy sekarang. Tekan Wasap button tu jer.
Azura Consultancy
Pinjaman Peribadi Segera Dipercayai di Selangor
Nak Buat Loan