Review
Apr 9, 2021, 2:57pm

Perkhidmatan Cuci Dalaman Kereta Serendah RM90 Di Selangor


Terdapat beberapa sebab untuk menjaga kebersihan bahagian interior kereta anda. Antaranya adalah ia dapat meningkatkan nilai penjualan semula kenderaan, mencegah karat, melindungi cat dan kemasan, dan menghilangkan alergen dari sistem pengudaraan kereta anda. Tetapi, satu sebab yang tidak sering kita dengar ialah kereta yang bersih memberikan sejumlah faedah psikologi kepada diri kita.

Kajian mendapati bahawa ruang yang rapi – rumah, pejabat dan juga kenderaan anda – dapat membantu mengagumkan minda, menghilangkan tekanan, meningkatkan prestasi, dan membantu anda berasa lebih bertenaga dan lebih bahagia. Betul, kereta yang bersih boleh mempengaruhi cara anda berfikir!

Jadi, kenapa tidaknya anda dapatkan perkhidmatan cucian bahagian dalaman kereta yang berkualiti dan juga yang menawarkan servis pada harga yang termurah?

Servis Cuci Dalaman Kereta Master Clean Services Serendah RM90

Master Clean Services merupakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan cucian dalaman kereta, cuci sofa, tilam dan karpet rumah dan pejabat. Master Clean Services berpusat di Ampang dan pada kebiasaannya akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Oleh itu, jika anda dari atau berada di sekitar kawasan Selangor, bolehlah menempah perkhidmatan Master Clean Services. Apa sahaja kotoran di kusyen kereta anda sama ada tertumpah kuah rendang, terjatuh sambal nasi lemak, tumpahan air minuman, anak kecil terkencing di dalam kereta, apa jua pun, Master Clean Services akan berupaya untuk membersihkan kusyen kereta anda sampai kelihatan bagaikan baru. Tambahan pula, harga yang ditawarkan memang murah dan mampu milik, jarang untuk kita mendapat harga sebegitu, iaitu RM90 untuk perkhidmatan cucian dalam kereta mengikut saiz kenderaan anda. 

Sekiranya anda ingin tempat duduk kereta atau kusyen anda selalu berada dalam keadaan baik, anda mesti akan memerlukan perkhidmatan Master Clean Services penampilan terbaik bahagian interior kereta anda. Sememangnya kepada anda yang ingin mengekalkan penampilan bahagian dalaman kereta yang sempurna, perkara paling penting yang harus dilakukan adalah menjaga kebersihannya.

Perkhidmatan Profesional Master Clean Services Untuk Kereta Anda

Dengan Master Clean Services, anda boleh menikmati perkhidmatan mencuci bahagian interior kereta di mana kereta anda akan kelihatan baru seperti baru dibeli. Master Clean Services menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti mencuci sofa, karpet serta tilam. Perkhidmatan ini ditawarkan di mana-mana sahaja anda berada di sekitar Selangor di mana servis dilakukan di mana pelanggan berada, sama ada di rumah, di ruang pejabat dan sebagainya. Tidak kira kereta jenis apa-apa pun sama ada kereta kecil, kereta jenis sedan, MPV, SUV, van, 4×4 dan lain-lain semuanya boleh dicuci seatnya dengan harga yang sangat berbaloi dengan servisnya Antara keistimewaan menarik Master Clean Services adalah:

  • Tidak perlu cabut seat kenderaan anda
  • Akan siap bersih dalam tempoh 1-2 jam 
  • Satu hingga dua jam pengeringan jika pengudaraan baik

Bahan kimia yang digunakan memang dirumus khas untuk menjaga fabrik kereta daripada rosak. Mereka akan mencuci bukan sahaja kusyen kereta tetapi juga di bahagian panel pintu, bumbung serta bonet kereta.

Lihat Testimoni Pelanggan : Memang Berbaloi!

Bukan senang untuk mendapatkan testimoni baik daripada para pelanggan. Rata-ratanya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta kualiti kerja yang tinggi oleh Master Clean Services. Tetapi bagi lebih yakinkan anda antara berikut adalah testimoni-testimoni daripada pelanggan yang telah mencuba perkhidmatan daripada Master Clean Services. 

“Servis terbaik harga berpatutan… sgt berpuas hati… nora bg 5 bintang… well done… semoga bisnes kalian bertambah maju…”

“Tq ya dek… bersih… bau pun sedap!”

“Memang terbaik… keluar segala harta-harta karun dalam cik bibah tu… Hantar car wash pun belum tentu clear macam ni… kotoran bekas sisa minuman yang tumpah habi dicuci… lepas nie tak pening nak tinggalkan cik bibah ke carwash mana untuk cuci seat… whatsapp sahaja brader nia akan datang rumah…”

“Harga pasti memuaskan bila tengok hasilnya… berbaloi… luar cantik dalam kereta harus la cantik…”

Perkhidmatan Termurah Dan Berkualiti Dengan Servis Cuci Master Clean Services

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur hanya pada harga bermula RM90. Boleh juga lihat testimoni pelanggan dan servis-servis mereka di laman Facebook dan Instagram. Tempah perkhidmatan mereka sekarang untuk kereta anda kelihatan seperti baru dibeli. Boleh hubungi mereka ataupun Whatsapp di talian seperti berikut:

0169277805 – Luqman 1 

01133542076 – Luqman 2 

0183671735 – Nurul

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90

Master Clean Services

Perkhidmatan cuci kusyen kereta/sofa/tilam dan lain-lain

Nak Cuci Kereta
Social Media

Ampang, Selangor

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90

Call Whatsapp

Dapatkan perkhidmatan cuci kusyen kereta terbaik di Kuala Lumpur

Hanya pada harga bermula sebanyak RM90