Review
Apr 25, 2022, 9:19pm

Pelan Hibah Takaful AIA Serendah RM48/bulan


Kita semua mempunyai orang tersayang di dalam kehidupan kita yang kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka agar mereka dapat menjalani urusan seharian dengan selesa. Terutamanya jika anda adalah ketua keluarga, apakah anda sudah memberikan yang terbaik untuk anak – anak dan isteri anda ketika anda hidup? Bagaimana pula jika anda sudah meninggal dunia? Sudahkah anda bersiap sedia untuk mereka menjalani kehidupan tanpa anda? Bagaimana pula dengan pengurusan kewangan mereka jika anda tiada lagi di situ untuk membantu?

Pelan Hibah Takaful AIA Serendah RM48/bulan

Soalan – soalan ini perlu membuatkan anda memberikan persediaan untuk memastikan isteri dan anak – anak anda cukup makan dan pakai serta mempunyai tempat tinggal apabila anda telah tiada lagi di dunia ini. Anda boleh mengambil pelan hibah untuk memberikan pampasan kepada isteri dan anak – anak anda agar mereka dapat kehidupan yang selesa sama seperti ketika anda masih ada di dunia ini. Pastikan anda mendapatkan pelan hibah yang bersesuaian dengan bajet anda dan pampasan yang banyak.

Pelan Hibah Takaful AIA Serendah RM48/bulan

Pelan Hibah Takaful AIA Untuk Orang Tersayang

Jika anda sedang mencari pelan hibah takaful yang boleh dipercayai untuk anak – anak dan isteri, anda boleh melanggan pelan hibah takaful dari AIA. Mereka merupakan syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia dan memberikan pampasan yang tinggi kepada pelanggan dengan harga serendah RM48/bulan. Bagi anda yang tidak mahu membayar jumlah yang tinggi setiap bulan, pelan hibah takaful AIA adalah jawapannya.

Pelan Hibah Takaful AIA Serendah RM48/bulan

Sekiranya anda memilih perlindungan ini, pelan ini akan membayar semua baki hutang pinjaman bank anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Isteri dan anak – anak anda tidak akan terbeban dengan hutang yang ditinggalkan.


Jenis Pelan Hibah Takaful AIA

Terdapat pelbagai jenis hibah takaful AIA yang anda boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Berikut adalah jenis – jenis hibah takaful untuk anda;

1 – Pelan Hibah Komprehensif A-Life Legasi

A – Life Legasi memberikan perlindungan kematian yang unik, pelaburan patuh shariah dan fungsi infaq atau wakaf kepada organisasi pilihan anda. Minimum perlindungan adalah RM350,000. Ia sesuai diambil oleh peniaga, usahawan, pekerja sektor swasta dan kerajaan.

Perlindungan hibah A-Life Legasi;

  • 100% pampasan sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK)
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia akibat kemalangan.
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kerjakan umrah atau haji.
  • 300% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan ketika menggunakan pengangkutan awam atau kematian akibat kebakaran di pawagam, hotel atau mana mana bangunan awam.
  • 600% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan akibat bencana alam.
  • Extra 100% jika anda mengambil polisi untuk anak anda DAN berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda, tambahan 100% nilai pampasan kepada Dana Pelaburan Peserta sebagai simpanan pendidikan anak anda.


2- Pelan Hibah A-Life Kasih
Pelan hibah takaful A-Life Kasih adalah pelan hibah takaful yang lebih murah dan berbaloi. Ia sesuai diambil sekiranya anda memerlukan hibah untuk diberikan kepada waris atau pasangan.

Pihak AIA memberikan sehingga 200% pampasan kepada nama yang dicarum, berikut adalah peratus pampasan yang diberikan;

Berikut adalah perlindungan yang diberikan;

  • 200% pampasan kematian akibat kemalangan
  • 100% pampasan hilang upaya
  • 100% pampasan kematian
  • 100% pampasan penyakit kritikal


3- Pelan Hibah A-Life Ikhtiar
Pelan ini adalah pelan hibah takaful keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda.

Berikut adalah perlindungan yang diberikan dengan pelan hibah takaful A-Life Ikhtiar;

  • 100% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh apa-apa sebab.
  • 200% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian berpunca dari kemalangan.
  • Amaun tambahan RM5,000 untuk faedah badal Haji/perbelanjaan pengebumian.
  • 100% amaun perlindungan untuk hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).


Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Pelan Hibah Takaful AIA?

Jadi, apa kelebihan pelan hibah takaful dari AIA berbanding hibah – hibah yang ditawarkan oleh syarikat lain? Berikut adalah kelebihan pelan takaful hibah AIA;

1- Pampasan yang tinggi
Dengan pelan hibah takaful AIA, pampasan yang diberikan kepada penama hibah adalah minimum RM50,000 hingga RM500,000, jadi sekiranya anda merupakan seorang suami yang mahu meninggalkan kehidupan selesa kepada isteri dan anak – anak anda setelah anda tiada nanti, pastikan anda mendapatkan pelan hibah takaful dari AIA. Pelan ini sangat membantu sekiranya isteri anda merupakan suri rumah tangga dan perlu membayar bil – bil dan urusan anak – anak.

2 – Bayaran bulanan yang rendah
AIA sudah semestinya akan membantu anda untuk mendapatkan pelan hibah takaful yang mampu milik agar para suami dapat meninggalkan sesuatu kepada isteri dan anak mereka suatu hari nanti. Dengan harga serendah RM48 sebulan, anda akan memberikan pampasan sehingga RM500,000 kepada mereka.

3 – Pampasan cepat dicairkan
Pampasan yang diberikan akan cepat dicairkan seawal 5 hari waktu bekerja. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda hanya meninggalkan hibah sahaja kepada anak isteri kerana pihak AIA akan memastikan wang akan cepat masuk ke dalam akaun bank penama. Ia adalah lebih baik berbanding harta pusaka dan faraid kerana ia membuatkan pusaka dan faraid boleh membuatkan duit di dalam bank anda dibekukan.

4 – Pelan Untuk Suami Isteri
Syarikat AIA telah memberikan satu jenis pelan yang sangat unik berbanding syarikat lain. Mereka memberikan pelan hibah suami isteri sekaligus di dalam satu pelan tanpa perlu mengambil pelan yang berbeza. Pelan ini dipanggil pelan A-Plus ProtectSpouse-i). Jadi, tidak perlulah anda mengambil pelan yang berbeza untuk pasangan anda lagi!

5 – Pelan Hibah Patuh Syariah
Pelan hibah takaful AIA sudah semestinya mematuhi syariah dan akan memberikan anda pampasan yang tidak diambil melalui riba dan cara yang haram. Pampasan yang diberikan kepada penama adalah di dalam bentuk yang suci dan bebas dari sebarang riba. Anda akan mencapai matlamat kewangan anda dengan menggunakan pelaburan yang patuh syariah.

Apakah Kelebihan Hibah Berbanding Wasiat?

Berikut adalah sebab kenapa anda perlu memberikan hibah kepada anak isteri anda berbanding wasiat;

1- Penama adalah penerima mutlak
Apabila anda memberikan hibah kepada nama yang ditulis, penama tersebut adalah penerima mutlak hibah yang telah diberikan. Jika jumlah hibah tersebut adalah RM50,000, maka hibah yang akan diterima oleh penama tersebut adalah RM50,000 juga dan tidak kurang sesen pun. Malah, tiada orang lain yang boleh masuk campur apabila jumlah hibah tersebut diberikan kepada penama itu.

2 – Pampasan tidak perlu melalui proses faraid dan wasiat
Pampasan yang diberikan melalui hibah tidak akan melalui proses faraid dan wasiat. Anda jangan lupa, walaupun wasiat telah diberikan penama, ia tetap perlu dibahagikan melalui proses faraid. Jika anda menyayangi isteri dan anak – anak anda, gunalah proses hibah untuk memudahkan urusan mereka apabila anda telah tiada nanti.

3 – Mengelakkan konflik keluarga
Jika kita menyebut tentang wang dan harta, sudah semestinya akan terjadi juga konflik dengan keluarga terutamanya jika melibatkan jumlah yang sangat besar. Hibah boleh mengelakkan sebarang konflik keluarga kerana ia tidak boleh dipertikai dan penama akan dapat pampasan penuh dengan lebih cepat.

4 -Penama boleh diletakkan nama sesiapa sahaja

Jika anda mempunyai nama orang lain selain dari isteri dan anak kandung seperti anak tiri, kawan – kawan, pusat tahfiz dan NGO, anda juga boleh memberikan penama hibah kepada mereka. Hal ini kerana, penama hibah tidak memerlukan sebarang ikatan kekeluargaan untuk anda memberikan hibah tersebut.

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA Hari Ini!

Quotation/ Sebut Harga Percuma!:

https://takafulhayat.com/quotation-sebutharga-takaful-percuma/

 

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA

Hibah Takaful AIA

Hibah RM48/bulan

Beli Sekarang
Social Media
Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA