Insurans
Sep 25, 2024, 8:31pm

Panduan Kecemasan : Tindakan Segera Jika Terlibat Kemalangan Di Thailand


Ingin bercuti di luar negara tetapi dengan bajet yang murah dan berbaloi? Anda boleh pilih untuk bercuti di Negara Gajah Putih iaitu Negara Thailand. Kenapa Negara Thailand wajib menjadi pilihan anda? Hal ini kerana Negara Thailand adalah negara sempadan Malaysia yang mempunyai pelbagai daya tarikan seperti makanan, tempat menarik, dan syurga shopping. Anda juga boleh berbelanja lebih di sana kerana harga barangan lebih murah dan berbaloi. 

Negara Thailand kini sangat popular dengan Seven-Eleven nya. Hal ini kerana Seven-Eleven di Negara Thailand sangat berbeza dengan negara kita. Seven-Eleven di Negara Thailand menjual pelbagai makanan dan barangan yang menarik seperti burger, air susu Meiji, Lays, sandwich, dessert, beauty drink, minuman arabus dan pelbagai barangan kosmetik. Ini membuatkan rakyat Malaysia sangat suka ke sana dan kini telah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. 

Tempat Menarik Di Thailand

Sudah menjejaki border Negara Thailand? Tetapi tidak tahu ke mana arah tujuan? Jangan risau, di sini akan mencadangkan kepada anda beberapa tempat menarik di Negara Gajah Putih itu. 

  • White Temple (Wat Rong Khun)

Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai White Temple adalah salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi. Kuil ini terletak di bandar Chiang Rai. Kuil ini menjadi tarikan kerana kecantikkan seni binanya dan tersergam indah membuatkan ramai yang terpegun melihatnya. 

  • Khlong Hae Floating Market


Pernah anda dengar tentang pasar terapung? Pasar terapung Khlong Hae ini berada di daerah Hatyai. Konsep perniagaan di sini ialah penjual menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di dalam sampan, manakala anda di darat untuk membeli nya. Ia sangat unik! Anda boleh datang merasai suasana sendiri. Pasti menjadi pengalaman yang menarik dalam hidup anda. Pasar terapung Khlong Hae beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad dari jam 3 petang hingga 9 malam. Jadi, pastikan anda datang waktu ia beroperasi.

  • ASEAN Night Bazaar Hatyai 

ASEAN Night Bazaar ini juga terletak di daerah Hatyai. ASEAN Night Bazaar ini sangat sesuai untuk anda yang peminat makanan dan shopping. Di tingkat bawah anda boleh membeli belah pelbagai barang seperti baju, seluar, tudung, kasut, aksesori dan pelbagai barangan rumah manakala di tingkat atas anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan seperti tomyam, sushi, pulut durian, pulut ayam, udang bakar serta dessert-dessert yang menarik. Anda wajib rasai sendiri makanan di sana, pasti akan merindukannya lagi. 

Cara Masuk Ke Negara Thailand

Benarkah untuk ke Negara Thailand hanya boleh menaiki kapal terbang sahaja? Tidak ya, anda juga boleh masuk ke negara Thailand dengan menggunakan jalan darat iaitu menggunakan kereta api atau menggunakan kenderaan sendiri. Bagi anda yang ingin memasuki dengan kenderaan sendiri, anda boleh melalui sempadan seperti di Negeri Kelantan, Negeri Perak, Negeri Kedah dan Negeri Perlis. 

Bagi anda yang ingin masuk ke Negara Thailand dengan menggunakan kenderaan sendiri, anda wajib memiliki insurans kenderaan dan insurans personal anda. Anda tidak boleh masuk ke sana tanpa perlindungan insurans. Hal ini kerana, jika berlaku sesuatu yang buruk seperti kecemasan atau kemalangan akan membuatkan anda susah untuk menguruskannya. Tambahan pula, penggunaan bahasa Malaysia Thailand yang berbeza membuatkan anda lebih sukar untuk berkomunikasi. Jadi, ini pentingnya perlindungan insurans untuk melindungi anda dari perkara buruk seperti kemalangan dan kecemasan. 

Cara Dapatkan Insurans Ke Negara Thailand

Bagi anda yang ingin membeli dan menguruskan insurans untuk ke Negara Thailand, anda boleh mencuba di syarikat Go Thai.My. Hal ini kerana, pihak syarikat Go Thai.My sangat bagus dan sangat sistematik pengurusannya. Mereka sangat cekap dan sangat berpengalaman dalam pengurusan insurans Thailand ini. Sudah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka sehinggakan ramai yang mengulangi menggunakan perkhidmatan mereka ketika ingin masuk ke Negara Thailand. 

Jadi kenapa anda wajib memilih Go Thai.My ini sebagai pembelian insurans anda? Hal ini kerana jika anda mengalami kemalangan atau kecemasan di dalam Negara Thailand, anda boleh terus hubungi pihak Go Thai.My untuk menguruskan urusan kemalangan anda di sana. Ini kerana pihak Go Thai. My mempunyai pasukan keselamatan yang bersedia 24 jam setiap hari untuk membantu anda. Cara menghubungi Go Thai.My juga sangat mudah iaitu dengan menggunakan hotline yang diberikan kepada anda. 

Selain itu, pihak Go Thai.My yang sudah lama beroperasi membuatkan mereka sangat cekap dan sudah menghafal selok-belok Negara Thailand. Hal ini akan memudahkan segala urusan untuk membantu anda nanti. Seterusnya, pihak Go Thai.My mempunyai kenalan dan hubungan rapat dengan penduduk tempatan dan ini  adalah salah satu cara pintas untuk membantu anda. 

Oleh itu, jika anda terlibat dengan kemalangan di Negara Thailand, anda boleh terus hubungi pihak Go Thai.My dengan menggunakan hotline yang diberi. Mereka pasti akan datang kepada anda dengan secepat yang mungkin untuk membantu anda.

Kelebihan Go Thai.My

Bagi pengetahuan anda, Go Thai.My telah beroperasi lebih 25 tahun yang membuatkan mereka sangat cekap dan efisien dalam pengurusan insurans ke Negara Thailand. Mereka telah berurusan dengan ribuan orang dari pelbagai negeri. Ini secara tidak langsung menunjukkan Go Thai.My ini adalah salah satu syarikat yang dipercayai oleh orang ramai. 

Seterusnya, segala urusan di pihak Go Thai.My juga sangat cepat dan pantas. Anda tidak perlu menunggu lebih lama atau beratur panjang ketika berurusan dengan pihak Go Thai.My. Bagi anda yang ingin cepat, anda juga boleh membeli insurans di atas talian sahaja. Anda hanya perlu memberikan beberapa dokumen dan maklumat di Whatsapp dan datang ambil sahaja semasa perjalanan untuk masuk ke sempadan Thailand. 

Kelebihan yang lain ialah pekerja nya yang ramah akan membuatkan anda lebih selesa untuk menggunakan perkhidmatan di pihak Go Thai.My. Mereka akan melayani anda dengan baik dan tidak sombong. Anda boleh bertanya apa sahaja yang anda tidak tahu atau kurang pasti, mereka pasti akan membantu menerangkan kepada anda dengan lebih dalam dan lanjut. 

Pakej-Pakej Insurans Di Go Thai.My 

Bagi anda yang pertama kali untuk ke Negara Thailand menggunakan kenderaan, mungkin anda belum arif tentang ini. Jadi, jom tengok jenis-jenis insurans yang anda perlukan semasa perjalanan anda ke Negara Thailand. Terdapat 4 jenis insurans dengan kepentingan yang berbeza iaitu:

  • Compulsory 
  • Voluntary
  • Extension 101
  • Personal travel takaful

Keempat-empat insurans ini membawa peranan yang berbeza. Jadi apakah perbezaan insurans-insurans tersebut?

  • Compulsory

Compulsory adalah insurans yang diwajibkan kepada semua orang yang ingin masuk ke Negara Thailand menggunakan kenderaan  sendiri.  Ini sudah termaktub dalam akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans ini hanya menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand. 

  • Voluntary (Takaful Pihak Ketiga)

Anda juga digalakkan untuk mengambil jenis insurans voluntary ini. Hal ini bagi mengelakkan anda dituntut secara berlebihan oleh pihak ketiga semasa berlakunya kemalangan. 

  • Extension 101

Insurans Extension 101 ini adalah kesinambungan insurans yang anda guna semasa di Malaysia. Ini merujuk kepada anda memperluaskan lagi perlindungan takaful kenderaan anda ke luar negara.  Sebagai contohnya, jika di Malaysia anda menggunakan takaful, anda boleh hubungi takaful untuk mendapatkan perlindungan luar negara semasa bercuti di Negara Thailand. 

  • Personal Travel Takaful 

Personal travel takaful ini sangat digalakkan dan boleh dikatakan perkara yang wajib anda ambil semasa bercuti di luar negara. Hal ini bagi melindungi anda dari perkara yang buruk dan kecemasan. Personal travel takaful ini melindungi dari segi kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Seterusnya, perbelanjaan perubatan juga akan ditanggung akibat dari kemalangan. 

 

Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan pakej insurans di Go Thai.My anda boleh terus hubungi mereka di talian 019-3885776. Mereka menawarkan pakej serendah RM 38 sahaja. Mereka juga mempunyai pakej basic dan premium. Apa perbezaan pakej basic dan premium? Perbezaan nya ialah pakej basic hanya melindungi anda bil-bil hospital sahaja jika berlaku kemalangan manakala pakej premium adalah perlindungan tambahan yang meliputi tuntutan kerosakan harta / kenderaan pihak ketiga sehingga THB 800,000 serta melindungi anda dari tuntutan secara berlebihan atau luar jangka. 

QnA Go Thai.My

  1. Bilakah Waktu Operasi?

  • Waktu operasi Go Thai.My pada hari Ahad hingga Khamis (6.30 pagi hingga 10.00 malam) , manakala Jumaat hingga Sabtu (6.00 pagi hingga 11.00 malam). 

     2. Cara Pembelian Pakej Insurans?

  • Untuk anda yang ingin membeli pakej insurans, anda boleh terus ke pejabat mereka atau boleh terus Whatsapp mereka di talian 019-3885776
  1. Di Mana Lokasi Go Thai.My?

  • Go Thai.My bertapak di KM 17.3, Pekan Napoh, 06000 Jitra, Kedah
  1. Jika Berlaku Kemalangan, Bagaimana Hendak Menghubungi Go Thai.My?

  • Anda boleh terus hubungi menggunakan hotline yang diberikan kepada anda semasa membeli insurans tersebut. 
  1. Bolehkah Membeli Secara Online Sahaja? 

  • Ya anda boleh membeli secara online di website mereka atau menggunakan Whatsapp sahaja.

Bagi anda yang sudah merancang percutian anda ke Negara Thailand, haruslah diingatkan agar jangan lupa membeli perlindungan insurans perjalanan anda. Ini bagi melindungi anda dari perkara buruk dan luar jangka. Hal ini kerana kita tidak akan pernah tahu bila hal buruk akan berlaku. Oleh itu, untuk anda yang ingin dapatkan pakej insurans murah dan berbaloi, dapatkan di Go Thai.My!.

 

Go Thai.My adalah penyelia insurans ke Thailand dengan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun!. Pasti anda akan berpuas hati menggunakan perkhidmatan mereka. 

Anda Mencari Khidmat Insurans Yang Mudah Untuk Pengembaraan Ke Thailand?

Jom Dapatkan Perlindungan Insurans dengan Go Thai.My hari ini!

Go Thai.My

Kembara ke Thailand Dengan Tenang

Lindungi Diri Sebelum Terlambat!
Social Media

KM 17.3, Pekan Napoh, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

Anda Mencari Khidmat Insurans Yang Mudah Untuk Pengembaraan Ke Thailand?

Jom Dapatkan Perlindungan Insurans dengan Go Thai.My hari ini!

Call Whatsapp Layari Website

Anda Mencari Khidmat Insurans Yang Mudah Untuk Pengembaraan Ke Thailand?

Jom Dapatkan Perlindungan Insurans dengan Go Thai.My hari ini!