Anda sedang merancang bercuti di negara sempadan iaitu Negara Thailand? Seronok kan dapat bercuti di negara luar dengan harga yang murah dan berpatutan. Tambahan lagi negara Thailand yang menjadi syurga makanan dan syurga membeli belah. Jadi, untuk anda yang belum pernah sampai ke negara Thailand, anda boleh rancang percutian anda sekarang.
Bagi anda yang inginkan percutian yang singkat tetapi menyeronokkan, anda boleh menggunakan jalan darat untuk masuk ke sempadan Thailand. Anda boleh melalui beberapa sempadan seperti di Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan sempadan Sungai Golok serta lain-lain lagi.
Jadi, untuk anda yang mahu bercuti menggunakan jalan darat dan ingin membawa kenderaan sendiri, anda digalakkan untuk mengambil insurans sebagai perlindungan masa depan. Hal ini kerana, kita tidak akan tahu masalah akan datang di kemudian hari seperti kemalangan atau kecemasan.
Anda yang tercari-cari tentang insurans terbaik Thailand, anda boleh mencuba di Go Thai.My. Mereka sangat cekap dan sangat efisien dalam pengurusan insurans ke Negara Thailand. Mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang insurans ke Thailand ini membuatkan mereka sangat peka dan lebih sensitif dengan keadaan sekeliling.
Selain itu, Go Thai.My juga akan menerangkan lebih terperinci kepada anda tentang satu per satu insurans ke negara Thailand. Pihak Go Thai.My sangat mesra dalam membantu anda memilih insurans perlindungan. Jadi, ini akan memudahkan urusan anda dan anda tidak akan berasa kekok sepanjang berurusan dengan pihak Go Thai.My.
Sebenarnya, pihak Go Thai.My ini mempunyai pelbagai kelebihan. Hal ini menyebabkan pihak Go Thai.My sangat dicadangkan kepada anda untuk berurusan mengenai insurans ke Negara Thailand. Antara kelebihan yang dimiliki oleh pihak Go Thai.My ialah:
Pihak Go Thai.My ini mempunyai pengalaman lebih 25 tahun yang membuatkan mereka sangat arif tentang insurans ke Negara Thailand. Selain itu, mereka juga berhubung rapat dengan kenalan di Thailand. Jadi, ini secara tidak langsung, menjadi bonus kepada anda. Hal ini diperkatakan kerana, jika berlaku kemalangan atau kecemasan di Negara Thailand, pihak Go Thai.My akan menghubungi kenalan mereka di sana untuk datang segera bagi membantu anda sementara pihak Go Thai.My tiba ke lokasi kejadian. Menarik kan? Tidak la nanti anda menunggu lama untuk dapatkan bantuan kecemasan.
Bagi anda yang ingin berurusan atau menggunakan perkhidmatan dari pihak Go Thai.My, anda tidak perlu risau kerana proses di Go Thai.My sangat cepat dan sistematik. Jadi, anda tidak perlu menunggu lebih lama ataupun perlu beratur panjang ketika ingin menggunakan perkhidmatan di pihak Go Thai.My
Selain itu, apa yang menariknya ialah anda boleh berurusan semuanya di atas talian sahaja dan memberikan dokumen yang ringkas sahaja untuk penyediaan insurans anda. Anda boleh datang pickup semasa dalam perjalanan ke border. Mudah sangat kan? Tidak perlu membazir masa menunggu lebih lama untuk urusan insurans.
Hal ini yang penting sekali, jika anda mengambil insurans dengan pihak Go Thai.My, anda boleh mendapatkan bantuan kecemasan 24 jam dari pihak Go Thai.My. Anda tidak perlu takut lagi jika apa-apa yang terjadi, anda boleh terus hubungi pihak Go Thai.My tidak kira waktu pagi, petang, malam atau tengah malam. Sebagai contohnya, jika anda berlaku kemalangan jam 3 pagi waktu negara Thailand, anda boleh terus hubungi sahaja pihak Go Thai.My. Mereka siap membantu anda bila-bila masa sahaja.
Pihak Go Thai.My juga bersifat mesra pelanggan. Dijamin anda akan merasa seronok ketika berurusan dengan mereka. Mereka sangat-sangat membantu dan tidak sombong ketika melayani anda. Anda boleh bertanya apa sahaja yang anda kurang pasti atau kurang jelas.
Bagi anda yang ingin bercuti atau mengembara ke Negara Thailand, anda perlu kenal pasti dahulu 4 jenis perlindungan takaful ke Negara Thailand ini. Pihak Go Thai.My akan memberikan penerangan jenis dan perbezaan setiap salah satu insurans tersebut. Antaranya ialah:
Compulsory insurance adalah takaful yang wajib dikenakan ke atas setiap kenderaan yang keluar masuk ke Negara Thailand. Ia terletak di bawah akta “MOTOR VEHICLE 199”. Bagi pengetahuan anda juga, jenis insurans compulsory ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat sahaja di hospital Thailand.
Jenis insurans voluntary ini juga adalah sangat digalakkan untuk anda mengambilnya. Hal ini bagi melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat dalam kemalangan. Jenis insurans ini juga dapat membantu anda menghindari dari pembayaran pampasan yang diluar jangka. Sebagai contohnya, duit kopi, duit pengurusan yang tidak sepatutnya atau kata mudah nya ialah kena “pow”.
Extension 101 ini pulak ialah insurans yang meluaskan perlindungan takaful kenderaan di Malaysia. Sebagai contohnya, jika di Malaysia anda menggunakan Hayatku Takaful, anda boleh terus hubungi agensi Hayatku Takaful untuk mendapatkan perlindungan di luar negara semasa di Negara Thailand.
Ini adalah yang paling penting sekali, anda perlu mencarum perlindungan takaful terhadap kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan atau penyakit atau kesulitan perjalanan.
Sekarang anda sudah memahami serba sedikit tentang perbezaan keempat empat jenis insurans tersebut kan? Jadi, jika anda ingin mengambil insurans di pihak Go Thai.My, anda akan diberi pilihan sama ada pakej basic atau premium. Jom kita kenal pasti harga pakej dahulu untuk pelbagai jenis kenderaan.
Bagi jenis kereta sedan harga serendah RM 38 (coverage 8 hari), RM 58 (coverage 1 bulan) dan TBA ( coverage 1 tahun) untuk pakej basic. Seterusnya untuk pakej premium bermula serendah RM 178 (coverage 8 hari), RM 235 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun). Jadi, anda boleh memilih mengikut kesesuaian berapa hari percutian anda.
Harga takaful untuk jenis kereta MPV atau SUV bermula serendah RM 48 (coverage 8 hari) , RM 78 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun) untuk pakej basic, manakala untuk pakej premium bermula serendah RM 198 (coverage 8 hari), RM 255 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun).
Harga takaful untuk pickup atau trak pula bermula serendah RM 48 (coverage 8 har), RM 78 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun) , manakala untuk pakej premium bermula serendah RM 198 (coverage 1 bulan), RM 255 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun).
Bagi van pula, pakej basic bermula serendah RM 58 (coverage 1 bulan), RM 88 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun), manakala pakej premium dimulai serendah RM 218 (coverage 8 hari), RM 275 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun).
Perbezaan antara pakej basic dengan yang premium ialah pakej basic hanya akan cover bil-bil hospital sahaja jika berlaku kemalangan manakala pakej premium melindungi tambahan meliputi tuntutan kerosakan harga atau kenderaan pihak ketiga sehingga THB 800,000 dan melindungi anda dari tuntutan luar jangka (duit pow).
Oleh itu, jika anda masih ada apa-apa pertanyaan yang belum anda kenal pasti, anda boleh terus hubungi pihak Go Thai.My. Mereka pasti akan membantu anda untuk menjelaskannya. Jadi, jangan lupa dapatkan perkhidmatan di Go Thai.My penyelia servis takaful terbaik ke Negara Thailand. Di jamin anda akan berpuas hati dan akan mengulangi perkhidmatan mereka di kemudian hari. Anda juga boleh terus hubungi mereka di talian 6019-3885776.
Jom Dapatkan Perlindungan Insurans dengan Go Thai.My hari ini!
Go Thai.My
Kembara ke Thailand Dengan Tenang
Lindungi Diri Sebelum Terlambat!