Jika anda pemilik laptop, sudah pasti anda setuju yang komponen yang paling penting sesebuah laptop adalah skrin laptop. Betul tak? Apabila berdepan dengan masalah skrin LCD laptop pecah, penggantian atau penukaran skrin adalah solusi yang tepat untuknya. Selain itu, kesemua komponen lain laptop juga ditempatkan di dalam bingkai skrin menjadikan skrin laptop antara komponen sensitif laptop.
Untuk mengembalikan laptop anda ke tahap yang terbaik, menggantikan skrin adalah langkah pertama. Nasib baik, penukaran skrin laptop adalah salah satu prosedur pembaikan laptop yang lebih mudah dan boleh diselesaikan oleh kebanyakan juruteknik laptop/PC profesional dalam masa kurang dari satu jam, misalnya di AAF Computer Service.
Di bawah adalah isu-isu yang paling umum yang memerlukan penggantian skrin laptop.
? Laptop mempunyai skrin putih.
? Laptop mempunyai skrin gelap atau hitam apabila dihidupkan
? Mengalami skrin laptop yang berkelip-kelip atau ‘flashing’.
? Skrin laptop dengan bar/garisan menegak atau mendatar.
? Skrin laptop yang kabur atau ‘blur’.
? Mempunyai ‘dead spot’ pada skrin laptop.
? Skrin laptop rekah atau pecah secara tidak sengaja.
AAF Computer Service terkenal dengan kepakaran baikpulih membaiki semua jenis jenama laptop. Semua jenama termasuk Dell, HP, Acer, Lenovo, Toshiba, Asus, Apple Macbook dan lain-lain. Dengan pengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang elektronik, AAF Computer Service menawarkan perkhidmatan repair computer dan laptop kepada pelanggan yang memerlukan dalam harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang dijamin terbaik.
Di AAF Computer Service, team juruteknik professional mereka dapat menyelesaikan dan membaiki pelbagai kerosakan laptop dan mempunyai tempoh masa repair yang singkat dan memastikan laptop dipulangkan kepada pelanggan dalam jangka masa yang dijanjikan. Perkhidmatan baikpulih juga dilakukan dengan barangan sparepart yang mencukupi dan berkualiti. Bawa saja laptop anda ke kedai mereka di Bandar Perda, anda akan dibantu oleh team mereka yang akan memberikan anda konsultasi dan membuat checking percuma sebelum mula ‘operate’ laptop anda.
Selain masalah skrin laptop pecah, mereka mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran dalam membaikpulih isu-isu laptop seperti berikut:
? Keyboard Replacement
? Battery Replacement
? Motherboard Repair
? Chipset Level
? Shortage
? No Power
? No Display
? Upgrade – HDD/SSD
? Reformat Windows – Backup
Skrin rekah atau pecah atau rosak secara fizikal tidak boleh dibaiki. Untuk masalah ini, adalah lebih mudah untuk menggantikannya dengan skrin baharu untuk laptop anda.
Kos untuk menggantikan skrin laptop adalah sangat subjektif. Hal ini kerana terdapat banyak faktor bergantung pada kos penukaran skrin. Pertama, skrin laptop harus ditentukan sama ada ianya asli atau OEM. Kemudian, tahun ianya dihasilkan harus diketahui dan juga menentukan jenis skrin iaitu HD, FHD, Ultra-nipis, Retina, Skrin Sentuh. Setelah itu, juruteknik perlu menentukan jenis penyambung yang betul. Semua pembolehubah tersebut mempunyai julat harga yang berbeza.
Secara amnya, kos tukar skrin boleh berkisar antara RM320 – RM900.
Secara umumnya, jika kos tukar skrin adalah sekitar 50% atau kurang daripada harga pembelian laptop anda maka berbaloi untuk anda meneruskan dengan tukar skrin laptop anda yang rosak. Tambahan pula, selalunya data dalam laptop anda dan perisian yang dipasang padanya lebih berharga daripada kos laptop itu sendiri. Maka, dalam senario ini ianya lebih berbaloi untuk menukar skrin laptop walaupun kosnya melebihi separuh daripada nilai pembelian laptop.
Nama saja isu yang dihadapi oleh laptop anda, technician berpengalaman dan berkemahiran AAF Computer Service boleh bantu anda.
Untuk ready stok material, mereka juga tawarkan penukaran skrin laptop ‘on the spot’.
Sekarang anda tidak perlu risau jika laptop anda tidak dapat function macam biasa. AAF Computer Service boleh bantu anda. Mereka mempunyai segala kelengkapan yang perlu untuk menangani dan menyelesaikan masalah laptop anda.
Jika anda memerlukan tenaga mahir untuk checking laptop anda sebelum anda menghantarnya untuk servis, boleh singgah di kedai servis mereka di Bandar Perda dan Pulau Pinang. Hubungi mereka hari ini melalui WhatsApp atau ketahui lebih lanjut mengenai servis AAF Computer Service di Facebook dan di laman rasmi mereka.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
AAF Computer Service
TUKAR SKRIN LCD LAPTOP PECAH? HUBUNGI JE AAF COMPUTER SERVICE!
Beli Sekarang504 (GROUND FLOOR) KAWASAN PERNIAGAAN PERMATANG RAWA, JLN PERMATANG RAWA BUKIT MERTAJAM 14000 Pulau Pinang (HQ)