Setelah berbulan-bulan berfikir, mungkin anda sudah bersedia untuk menggunakan rangkaian kilang OEM kosmetik atau penjagaan kulit yang dapat membantu membina dan menghasilkan jenama kosmetik anda tersendiri. Tetapi di mana anda boleh mendapatkan senarai pengeluar kosmetik di Malaysia yang boleh anda percayai? Secara ringkasnya, pengeluar (manufacturer) adalah seseorang atau sesuatu syarikat yang dapat membantu membekalkan perniagaan anda dengan inventori yang anda perlukan. Ini juga merangkumi pembekal, pengedar, atau pemborong.
Ya, betul. Mencuba untuk mencari pengeluar kosmetik hampir seperti mencari rakan kongsi dalam perniagaan. Ia memerlukan ketelitian dan kajian yang sangat mencukupi supaya semuanya dipastikan berjalan lancar bagi anda membina empayar jenama kosmetik anda yang tersendiri. Sudah tentu, anda mahukan seseorang yang boleh anda percayai dan juga seseorang yang anda pasti boleh percayai. Usah risau dan fikir banyak-banyak ke mana hendak perlu mencari lagi, kerana di sini adalah panduan utama untuk anda memulakan barisan produk kosmetik anda sendiri.
Sekiranya anda ingin mempunyai rangkaian produk kosmetik mahupun penjagaan kulit anda sendiri, di bawah jenama anda sendiri, pastinya anda mungkin ingin menjadi unik dan berbeza untuk menonjol di pasaran Malaysia. Lebih-lebih lagi, dengan permintaan yang tinggi untuk produk kosmetik halal, kelainan jenama adalah antara salah satu ciri yang dicari-cari oleh pelanggan masa kini.Â
Oleh itu, terdapat beberapa langkah ataupun kriteria yang harus anda perhatikan sebelum anda memilih kilang OEM untuk pembinaan jenama kosmetik anda yang exklusif. Antara pilihan yang harus anda cari dalam pengilang OEM kosmetik termasuk:
Kebanyakan orang mengatakan bahawa selagi anda mempunyai semangat dan kecekalan, sudah tentu apa jua akan berjaya tetapi adakah itu sahaja yang anda perlukan? Sama sekali tidak, kerana semangat tanpa usaha tidak bermakna apa-apa dan hanya semangat pasti tidak dapat membayar bil anda. Memiliki semangat akan banyak membantu tetapi ia juga harus dilakukan dengan usaha yang luar biasa dan sikap serta mindset yang betul. Sekarang anda sudah mempunyai semuanya disusun, inilah masanya untuk beralih ke langkah seterusnya.
Tidak memadai hanya untuk melakukan persiapan dari segi peraturan dan prosedur perundangan serta mengendali masalah lokasi, anda juga mesti tahu dan mengenali apa yang akan menjadikan produk anda istimewa dan berbeza dari yang lain. Anda boleh membayar syarikat penyelidikan pasaran tempatan untuk membuat kerja untuk anda tetapi sudah tentu perbelanjaannya tidak akan jadi murah. Sebaliknya, anda juga boleh melakukannya sendiri dengan mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan anda secara menyeluruh. Kajian yang anda lakukan secara sendiri dapat juga memberikan anda kepuasan yang menyeluruh di samping anda mempelajari kehendak serta keperluan pasaran di Malaysia.Â
Kualiti adalah salah satu kunci terpenting dalam penghasilan produk kosmetik atau kecantikan. Kualiti penghasilan bermula dari bahan-bahan yang disertakan, sampel ujian, sehingga memilih bungkusan, semuanya mesti dilakukan dengan teliti dan dengan penuh pengawasan. Bagi memastikan semuanya sesuai dengan visi jenama kosmetik anda, anda haruslah melibatkan diri anda di setiap tahap produksi barangan kosmetik anda.Â
Hal ini boleh menelan perbelanjaan yang agak tinggi (tetapi bergantung kepada keperluan jenama kosmetik anda) kerana anda sudah pastinya mahukan semuanya berada dan dihasilkan dalam keadaan yang terbaik agar dapat meyakinkan orang. Inilah sebabnya mengapa anda harus memulakan dengan memberi tumpuan kepada satu produk dan mempelbagaikan dari sana. Walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendak semua lapisan masyarakat, tetapi apabila jenama kosmetik anda mencapai tujuannya dan penjualannya berjalan dengan baik, di situlah anda bermula.
Apabila produk kosmetik anda telah mendapat kepercayaan orang ramai dan dapat menghasilkan kadar penjualan yang baik, jangan pula berhenti di situ! Teruskan berusaha menjadi lebih baik dengan mendengar maklum balas daripada pelanggan dan memperbaiki atau menaiktaraf kualiti dan keberkesanan produk anda dari sana.
Secara keseluruhannya, dengan pengetahuan yang betul dan matlamat yang fokus, anda juga boleh menjadi founder jenama kosmetik anda sendiri yang seterusnya! Jadi, sebagai bantuan bagi memenuhi impian anda untuk menjadi founder jenama kosmetik anda, sudah tentu kilang OEM dan ODM kosmetik, Kilang Kosmetik Halal sesuai menjadi pilihan yang bernas buat anda.Â
Madani Rich & Fabulous pada mulanya diasaskan oleh dua pasangan muda suami isteri iaitu, Kapten Wan Mohd Saufiee Bin Abd Razak yang memegang tiket profesional ‘Combine Master & Chief Mate of Ship 3000GT’ atau ‘More Unlimited Trade Voyage’ dari Akademi Laut Malaysia dan diperakui oleh Jabatan Laut Malaysia. Puan Nor Farizah Aripin memegang Ijazah Sains Bioperubatan dengan penghormatan dari Management Science University (MSU), merupakan Pegawai Latihan Vokasional (VTO) tahap 3 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dari Suruhanjaya Kemahiran Malaysia.
Sejak awal dari Madani Rich & Fabulous telah berjaya menyelesaikan pelbagai jenis
projek yang merangkumi asas, latihan, pengajaran, pembekalan, perundingan, produksi,
perdagangan dan perkhidmatan. Kini, syarikat Madani Rich & Fabulous mencari peluang untuk mengambil bahagian dalam produksi HALAL, industri kecantikan dan kesihatan meliputi di semua tempat termasuk di Malaysia dan juga Asia. Mereka komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan keperluan pelanggan yang dinyatakan dalam misi dan visi syarikat mereka. Cita-cita syarikat Madani Rich & Fabulous adalah untuk mengumpulkan, membangun dan memperkukuhkan rakyat Malaysia dalam bidang dan disiplin masing-masing untuk bekerja sebagai satu pasukan dan pada masa yang sama memberi sumbangan dalam menjadikan ekonomi negara maju.
Sebagai pengilang OEM dan ODM kosmetik di Malaysia, Syarikat Madani Rich & Fabulous selain menjadi peneraju pengeluar produk-produk kosmetik halal, semulajadi dan organik, mereka juga terlibat dalam penghasilan produk-produk seperti berikut:
> Sabun Semulajadi dan OrganikÂ
> Cold Process Soap
> Minyak Essential
> Produk Penjagaan BibirÂ
> Produk SkrubÂ
> Produk Penjagaan Kulit Semulajadi dan OrganikÂ
> Produk Kosmetik Semulajadi dan OrganikÂ
> Produk AromaterapiÂ
> Produk Penjagaan RambutÂ
> Produk MekapÂ
> Hair Pomade berasaskan airÂ
> Krim dan Losyen Pelangsingan BadanÂ
> Serum MukaÂ
> Minyak dan Foam Muka SemulajadiÂ
> Produk Bahan PencuciÂ
Mulakan pembinaan jenama kosmetik anda sendiri dengan harga serendah RM3500 sahaja. Bukan itu sahaja, dengan harga RM 3500 ini sudah termasuk dengan:Â
Lain-lain harga promosi terhad untuk jenis produk yang berlainan adalah seperti berikut. Sekarang ini, bolehlah anda menjadi founder jenama kosmetik sendiri dengan barisan produk-produk kosmetik yang berlainan.Â
Sekiranya anda mencari pengilang OEM kosmetik dengan amalan pembuatan yang baik, merekalah yang terbaik! Sebagai salah satu pengeluar penjagaan kulit, penjagaan diri, dan kosmetik terbaik di Malaysia, mereka menjanjikan perkhidmatan bernilai terbaik kepada mereka yang ingin menghasilkan produk kosmetik mereka yang tersendiri. Mereka juga dapat memberikan perkhidmatan pelanggan ataupun khidmat konsultasi sekiranya syarikat anda memerlukannya. Terdapat beberapa perkhidmatan lain yang disediakan oleh kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous termasuklah:
Syarikat ini mempunyai pengalaman yang mendalam dan lama dalam bidang pengilangan dan pembekalan serta dalam membantu pengeluaran label peribadi dari awal perbincangan, menghasilkan formula, menyiapkan sampel, hingga proses pembungkusan. Syarikat Madani Rich & Fabulous mempunyai pengalaman kerja dengan banyak klien yang telahpun mengaut keuntungan yang tinggi seperti DNS Beauty Solution, HA & OM Enterprise, DZInfinity Enterprise, CA Successful Trading, MAE Beauty Shoppe dan banyak jenama kosmetik lain. Oleh itu, tidak perlu pening kepala anda fikir banyak-banyak. Ia adalah sangat mudah untuk berniaga dengan mereka kerana langkah-langkahnya hanya meliputi:
Sebenarnya anda tidak perlu susah-susah hendak membina kilang, pekerja dan makmal semua itu sebab kilang OEM iaitu kilang kosmetik halal yang akan sediakan kesemuanya. Janji produk yang anda ingin pasarkan dan yang dihasilkan lulus ujian makmal, lulus R&D dan ada kelulusan KKM. Yang paling penting, kesahihan halal kilang kosmetik halal ini adalah yang boleh dipercayai dan sah kerana syarikat Madani Rich & Fabulous merupakan syarikat yang beroperasi di bawah Melaka Halal Hub di mana ia merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Hanyalah semudah satu, dua, tiga, dan empat! Jadi tunggu apa lagi? Hubungi mereka di sini sekarang untuk memulakan perjalanan untuk merealisasikan impian perniagaan membina empayar jenama kosmetik anda yang tersendiri!
Boleh jadi founder jenama sendiri sepantas 14 hari. Bina produk kosmetik OEM jenama sendiri di kilang kosmetik halal Madani Rich & Fabulous dengan berkunjung ke kilang kosmetik halal mereka di JC 3285, Jalan MHH F 2/5, Kilang Kembar (Inkubator), Melaka Halal Hub Fasa 2, 77300 Serkam, Melaka. Tambahan pula, kilang mereka juga sedang mengadakan harga promosi untuk sesiapa yang ingin membuat produk kosmetik jenama sendiri dengan harga lebih murah dan MOQ serendah 300. Promosi terhad hanya untuk bulan Januari. Jadi, kenalah cepat-cepat!Â
Kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kilang kosmetik halal ini, boleh layari laman FB (Kilang Kosmetik Halal) dan IG (kilangkosmetikhalal) mereka. Boleh juga Whatsapp mereka di talian seperti berikut untuk mendapatkan khidmat konsultasi mengenai produk jenama anda tersendiri secara percuma. Hubungi mereka sekarang!Â
Whatsapp:
http://www.wasap.my/601163066369+saya+nak+jadi+founder – Liyna
http://www.wasap.my/601116396969+saya+nak+jadi+founder – Tina
http://www.wasap.my/601163396969+saya+nak+jadi+founder – Shah
http://www.wasap.my/60127569699+saya+nak+jadi+founder – EJ
http://www.wasap.my/60102566369+saya+nak+jadi+founder – Tiqa
http://www.wasap.my/60169866369+saya+nak+jadi+founder – Wani
http://www.wasap.my/60146417112+saya+nak+jadi+founder – Bella
Segala maklumat mengenai produk di telegram kami:
https://t.me/joinchat/RSA_Avw42t8K7DRb
Peluang jangan dilepaskan!
Kilang Kosmetik Halal
Boleh Jadi Founder Jenama Kosmetik Sendiri, Jaminan Halal 100% Bumiputera
Nak Jadi Founder