Semakin hampir ke hujung tahun ni, ada plan nak ambil cuti panjang untuk melancong belum. Bagus juga dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang di samping melegakan stres kerja yang tak berkesudahan. Jika anda merancang percutian tenang dan aman bersama keluarga atau travel solo mahupun dengan pasangan anda, Pulau Langkawi adalah destinasi percutian yang sesuai untuk anda.
Ada beberapa cara tertentu untuk travel ke Langkawi. Yang pertama, anda boleh memasuki Langkawi melalui pengangkutan udara. Kedua, anda boleh membeli tiket feri di Jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah dan travel melalui feri kira kira 1 jam setengah menerusi Kuala Kedah dan sekitar 1 jam menerusi Kuala Perlis. Ketiga, anda juga boleh membawa masuk kenderaan sendiri namun anda harus mengikut prosedur yang telah ditetapkan serta akan dikenakan sejumlah bayaran juga.
Tetapi, sekiranya anda sedang merancang percutian dan cara travel yang lebih mudah dan jimat, anda boleh menempah kereta sewa sepanjang percutian anda di Langkawi. Bagi anda di luar sana yang tidak pasti untuk memilih servis kereta sewa, teruskan membaca di bawah dan ketahui kenapa servis kereta sewa JT TRAVEL & TOURS paling berbaloi untuk ketentuan bajet anda.
Agensi kereta sewa yang paling dipercayai di Langkawi iaitu Syarikat Langkawi JT Travel & Tours Sdn Bhd terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pulau Langkawi berikutan tawaran servis kereta sewa mereka yang pelbagai jenis pada kadar bayaran sewa yang sangat murah.
Selain itu, anda boleh mengharapkan servis yang membantu melancarkan trip anda di Langkawi di mana kereta yang anda sewa akan terus dihantar ke lokasi anda sejurus anda sampai di jeti atau lapangan terbang Langkawi. Dengan JT Travel, pengembaraan percutian anda akan menjadi lebih privasi dan menepati keselesaan anda. .
Salah satu sebab utama yang menonjolkan keistimewaan servis Langkawi JT Travel adalah kesanggupan mereka untuk mengutamakan keperluan pelanggan mereka yang datang bercuti di Langkawi atas urusan yang berbeza. Sebagai contohnya, ada yang datang berdua untuk menikmati percutian bulan madu, ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang dengan rakan-rakan serta ada juga yang datang dalam rombongan yang besar.
Bagi memastikan keperluan setiap individu dipenuhi dan terjaga, JT Travel mempunyai pelbagai jenis kereta sewa yang boleh membantu memenuhi setiap keperluan perjalanan anda di Langkawi. Langkawi JT Travel mempunyai lebih 25 jenis pilihan kereta sewa untuk anda pilih mengikut bajet dan keselesaan anda. Antara jenis kenderaan yang tersedia untuk anda termasuk:
Motosikal atau skuter menjadi antara pilihan kenderaan orang ramai untuk travel khususnya bagi yang tidak gemar untuk menempuh kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, kadar bayaran adalah lebih murah berbanding kereta.
Kereta jenis ini sesuai untuk anda jika anda lebih terikat pada percutian bajet namun mahukan kebebasan untuk ke destinasi menarik di Langkawi. Anda boleh menempah kereta compact misalnya Perodua Viva, Suzuki Alto, Perodua Myvi, Mitsubishi Mirage, Perodua Axia dan Honda Jazz dengan JT Travel.
Jika anda mahukan ruang penumpang dan ruang bagasi yang lebih luas dan selesa, maka anda boleh pilih kereta sedan JT Travel seperti Proton Saga FLX, Nissan Sentra, Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, Volkswagen Polo, dan Honda Civic.
Bagi mengelakkan kepenatan yang melampau ketika bercuti, anda boleh sewa kenderaan jenis MPV daripada JT Travel. Antara kereta MPV yang mereka tawarkan adalah Nissan Grand Livina, Toyota Avanza, Perodua Alza, Nissan Serena dan Toyota Innova.
Van lebih sesuai bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Langkawi bersama rombongan rakan pejabat, keluarga yang besar atau bersama rakan-rakan. Dengan Langkawi JT Travel, anda boleh menempah van 14-seater misalnya Nissan Urvan, Kia Pregio dan Toyota Hiace dalam harga mampu milik sahaja.
Teringin untuk merasa percutian yang mewah ala selebriti? JT Travel juga menyediakan pilihan kereta mewah seperti Toyota Camry, Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire.
Untuk maklumat pakej harga setiap kereta sewa, anda boleh klik di sini.
Pilih dan tempah kereta sewa bajet dan premium untuk percutian anda di Pulau Langkawi pada harga yang terendah di pasaran. Gerenti puas hati punya! Hubungi mereka sekarang melalui talian WhatsApp untuk urusan booking slot dan pertanyaan.
Tempah hari ini untuk nikmati tawaran promosi menarik. Pasti berbaloi!
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
JT Travel & Tours
Jom Dapatkan Kereta Sewa Langkawi
Beli Sekarang