Negara Gajah Putih ini sangat hangat diperkatakan di dalam kalangan rakyat Negara Malaysia. Malahan menjadi ikutan untuk bercuti di dalam Negara sana. Apa keistimewaan Negara Gajah Putih ini? Keistimewaan nya ialah tempat nya yang cantik, budaya nya yang berlainan, makanan yang sedap dan makanan yang baharu dan unik. Jadi, anda wajib merasakannya sendiri.
Masakan yang terkenal di sana adalah tomyam. Jadi, jika anda berada di Negara Thailand, anda wajib mencuba masakan panas mereka iaitu tomyam. Rasanya sangat lah tidak sama di Malaysia. Masakan panas tomyam mereka sangat cukup rasa dan rasanya sangat lah sempurna sehingga membuatkan anda teringat-ingat dan boleh menjadi gila bayang. Selain dari masakan panas tomyam, anda juga boleh merasai masakan mee celup mereka. Pasti anda akan menyukainya.
Oleh itu, anda yang belum sampai ke Negara Thailand, haruslah cepat-cepat merancang percutian anda ke sana. Kini, sempadan Malaysia-Thailand setiap hari dibanjiri oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke sana. Jadi anda bila lagi? Jom bercuti ke luar negara dengan harga yang murah dan berpatutan.
Takut perbelanjaan besar? Harus menempah tiket penerbangan? Eh anda tidak perlu risau, anda juga boleh ke Negara Gajah Putih ini dengan menggunakan jalan darat iaitu dengan melalui sempadan Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan sebagainya. Jimatkan? Boleh membawa kenderaan sendiri untuk bercuti tanpa perlu memikirkan kos sewa pengangkutan. Tidak tahu cara nak masuk ke Negara Thailand dengan menggunakan kenderaan sendiri? Jom kita lihat langkah-langkah untuk membawa kenderaan ke Negara Thailand.
Bagi anda yang pertama kali untuk membawa kenderaan ke Negara Thailand, anda hanya perlu mengikut tiga langkah penting sahaja iaitu:
Ini adalah perkara yang paling penting sekali, ke mana sahaja untuk ke luar negara pastilah perlu mempunyai pasport (pass perjalanan). Anda juga perlu memastikan pasport anda masih valid lebih 6 bulan dari tarikh luputnya. Anda juga perlu memeriksa terlebih dahulu adakah nama anda disenarai hitam atau tidak oleh pihak Imigresen untuk ke luar negara. Jika anda membuat semakan status nama anda, anda boleh membuat di liputan ini https://sspi.imi.gov.my//SSP1/.
Bagi anda yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Negara Thailand, anda perlu mempunyai geran yang original. Jika tiada geran yang original, anda perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) dahulu untuk minta salinan. Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50 tau untuk dapatkan salinan daripada JPJ ini.
Anda wajib membeli insurans kereta tau untuk masuk ke Negara Thailand ini. Ada beberapa jenis insurans ini dan berbeza fungsinya. Bila sudah settle dan siap cop pasport, anda boleh terus ke kaunter khas kemasukan kereta. Di sini, anda wajib serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kenderaan (Thailand). Apabila selesai ketiga-tiga langkah ini, anda boleh meneruskan perjalanan anda ke dalam sana. Selamat bercuti!.
Anda akan diperkenalkan dengan 4 jenis insurans jika anda ingin membawa kenderaan ke dalam Negara Thailand. Keempat-empat jenis insurans ini memiliki peranan dan fungsi yang berbeza. Jom kita kenal pasti satu per satu.
Compulsory adalah takaful yang wajib anda ambil. Hal ini kerana compulsory insurance adalah takaful yang wajib di kenakan ke atas kenderaan yang keluar masuk ke Negara Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand.
Jenis insurans voluntary ini pula, amat digalakkan untuk anda mengambilnya. Hal ini bagi melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat kemalangan di dalam Negara Thailand. Jenis insurans ini juga membantu anda menghindari dari membayar pampasan yang di luar jangkaan.
Extension 101 ialah meluaskan perlindungan takaful kenderaan anda di Malaysia. Sebagai contohnya, jika di Malaysia anda menggunakan Hayatku Takaful, anda boleh hubungi agensi Hayatku Takaful untuk mendapatkan perlindungan luar negara semasa di Negara Thailand.
Jenis personal travel insurans ini juga sangat penting untuk anda. Hal ini kerana untuk memberi perlindungan takaful terhadap kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan atau penyakit dan kesulitan perjalanan.
Jadi, anda sudah faham kan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis insurans ke Negara Thailand ini. Oleh itu, di mana tempat yang selamat dan mudah untuk berurusan tentang pembelian insurans ke Negara Thailand ini?
Pernah dengar tentang Go Thai.My? Go Thai.My adalah salah satu syarikat yang menguruskan segala urusan insurans kenderaan ke Negara Thailand. Mereka sudah lama bertapak dalam industri insurans dan membuatkan mereka mempunyai pelbagai pengalaman. Hal ini secara tidak langsung, membuktikan perkhidmatan mereka boleh dipercayai dan perkhidmatan mereka terbaik sehingga mereka dapat bertahan dalam industri insurans ini.
Jika anda ingin membeli pakej insurans di GoThai.My, anda akan diberi pilihan dengan pakej basic dan pakej premium. Perbezaan pakej basic dan pakej premium ialah pakej basic hanya akan cover bil hospital sahaja jika berlaku kemalangan, manakala pakej premium pula adalah perlindungan tambahan yang meliputi tuntutan kerosakan harta atau kenderaan pihak ketiga sehingga THB 800,000 dan melindungi anda dari tuntutan luar jangka (duit pow). Oleh itu, anda boleh memilih sama ada ingin yang pakej basic atau pakej premium.
Di sini akan menyenaraikan senarai harga mengikut jenis kenderaan anda. Jadi, anda boleh siap modal yang diperlukan.
Bagi kereta sedan, harga takaful bermula serendah RM 38. Jom lihat keseluruhan harga untuk kereta sedah
-RM 38 (coverage 8 hari)
-RM 58 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage 1 tahun)
-RM 178 (coverage 8 hari)
-RM 235 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage 1 tahun)
Bagi insurans untuk MPV dan SUV pula bermula serendah RM 48. Jom lihat keseluruhan harga untuk MPV dan SUV.
-RM 48 (coverage 8 hari)
-RM 78 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage 1 tahun)
-RM 198 (coverage 8 hari)
-RM 255 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage 1 tahun)
Bagi jenis kenderaan seperti van pula harga insurans bermula serendah RM 58. Di bawah adalah senarai harga penuh.
-RM 58 (coverage 8 hari)
-RM 88 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage t tahun)
-RM 218 (coverage 8 hari)
-RM 275 (coverage 1 bulan)
-TBA (coverage 1 tahun)
Oleh itu, di atas adalah senarai harga tetap yang ditawarkan oleh pihak Go Thai.My kepada anda. Jadi, anda boleh memilih dan membeli mengikut keperluan dan kesesuaian anda.
Sebenarnya, banyak sebab kenapa anda perlu memilih Go Thai.My berbanding yang lain. Salah satu sebabnya ialah mereka mempunyai pengalaman lebih 25 tahun yang membuatkan mereka sangat cekap dan efisien dalam pengurusan insurans ke Negara Thailand ini. Ini secara tidak langsung, urusan pembelian dan pemprosesan insurans anda menjadi lancar dan tanpa gangguan.
Selain itu, prosesnya sangat mudah dan anda tidak perlu beratur atau menunggu lebih lama. Anda boleh berurusan dengan mereka di atas talian menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja. Selepas berbincang dan bersetuju, anda boleh menghantar beberapa dokumen untuk pemprosesan insurans dan anda boleh datang pick up semasa perjalanan ke sempadan. Mudah kan? Tidak perlu tunggu lama dan membuang masa.
Anda sudah tahu belum? Jika anda membeli insurans bersama Go Thai.My, anda akan diberi keistimewaan iaitu bantuan kecemasan 24 jam. Menarik kan? Kini, anda tidak perlu risau lagi, jika anda ada apa-apa berlaku kecemasan atau kemalangan, terus sahaja hubungi Go Thai.My. Pasti mereka akan segera membantu anda.
Seterusnya ialah, pekerja-pekerja di Go Thai.My sangat mesra pelanggan. Mereka tidak sombong dan akan melayani anda sehingga anda berpuas hati. Ini akan memudahkan urusan anda ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Pasti tidak akan kekok dan merasa selesa ketika berurusan.
– Pejabat Go Thai.My terletak di Pekan Napoh, Kedah
Alamat: KM 17.3, Pekah Napoh, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
-Berikut adalah waktu operasi bagi pejabat Go Thai.My
Ahad hingga Khamis bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam
Jumaat hingga Sabtu bermula dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam
Jadi, untuk anda ingin masuk ke Negara Thailand menggunakan kenderaan, jom dapatkan insurans di Go Thai.My. Di jamin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka kepada anda. Jangan fikir-fikir lagi, jom lah ke luar negara dengan harga murah dan berpatutan. Jom cuba dan mencari pengalaman baru. Baru lah menarik hidup anda nanti!. Jangan lupa, nak membeli insurans haruslah di Go Thai.My.
Jadi Tunggu Apa Lagi? Jom Dapatkan Perkhidmatan Insurans Di Go.Thai, Penyedia Insurans Terbaik Anda!
Jom dapatkan perlindungan insurans dengan Go Thai.My hari ini!
Go Thai.My
Kembara ke Thailand Dengan Tenang
Dapatkan sekarang sebelum terlambat!