Hai semua, kini dah menjadi trend bukan? Bercuti di negera sempadan Malaysia iaitu Negara Thailand. Hampir setiap hari imigresen di sempadan Malaysia-Thailand dibanjiri oleh rakyat Negara Malaysia untuk bercuti di Negara Gajah Putih itu. Tidak dinafikan, negara sempadan iaitu Negara Thailand mempunyai pelbagai tarikan seperti makanan, tempat bergambar malahan harga jauh lebih murah dari negara sendiri. Jadi, kini memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk kesana demi menikmati sendiri keindahan tempat dan keenakan makanan di Negara Thailand.
Cara masuk ke Negara Thailand sebenarnya banyak, anda bukan sahaja perlu menaiki kapal terbang, menggunakan jalan darat juga boleh. Anda boleh melalui pelbagai sempadan seperti Wang Kelian (Perlis), Bukit Kayu Hitam (Kedah), Padang Besar (Perlis) dan sebagainya. Jadi, manakah pilihan pengangkutan anda ke Negara Thailand?
Bagi pengetahuan anda, anda juga boleh membawa kereta sendiri untuk masuk ke Negara Thailand, tetapi di ingatkan kepada anda untuk mengambil insurans bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku tanpa perlindungan. Jadi, untuk anda yang berniat untuk membawa kereta masuk ke Negara Thailand, jom kita lihat insurans yang terbaik untuk anda.
Pernah anda dengar tentang Go Thai.My? Go Thai.My adalah sebuah syarikat yang menguruskan segala urusan kenderaan dan insurans personal untuk masuk ke Negara Thailand. Go Thai.My ini sangat terkenal dan sudah lama bertapak dalam dunia insurans membuatkan mereka sangat cekap dan efisien dalam menguruskan segala urusan insurans kepada anda. Jadi, apa yang perlu hanya siapkan dokumen ringkas untuk syarikat Go Thai.My sediakan insurans kepada anda.
Bagi anda yang ingin masuk ke Negara Thailand dengan menggunakan kereta sendiri, anda perlu mengetahui dulu jenis-jenis insurans yang perlu anda ambil. Jadi, jika anda berurusan dengan syarikat Go Thai.My, pekerjanya akan menerangkan kepada anda satu per satu kepada anda. Jom kenali dahulu serba sedikit tentang insurans untuk masuk ke Negara Thailand ini. Go Thai.My mempunyai 4 jenis insurans untuk masuk ke Negara Thailand iaitu:
Keempat-empat jenis insurans ini adalah mempunyai peranan yang berbeza dan tidak sama sekali. Jadi, anda perlu mengambil keempat-empat insurans ini bagi memberi lindungan kepada anda dan kenderaan anda.
Apa perbezaan kepada keempat-empat insurans ini? Compulsory insurance adalah insurans yang diwajibkan kepada semua yang ingin memasuki Negara Thailand menggunakan kenderaan sendiri. Ia adalah di bawah akta “ MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Compulsory insurance hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand. Oleh itu, jika berlaku kemalangan di dalam Negara Thailand, anda tidak perlu risau lagi kerana Compulsory insurance akan melindungi anda.
Jenis insurans yang kedua pula ialah Voluntary (3rd party insurance). Anda juga sangat digalakan untuk mengambil insurans Voluntary (3rd party insurance) ini. Ini kerana bagi mengelakkan anda dituntut secara berlebihan oleh pihak ketiga ketika berlaku kemalangan di dalam Negara Thailand. Sebagai contoh, anda terlanggar kereta penduduk tempatan Negara Thailand, jadi dia telah membuat tuntutan melebihi RM 10 ribu ringgit, sangat banyak bukan? Sehingga tidak masuk akal dengan tuntutannya. Jadi, dengan adanya insurans voluntary (3rd party insurance) ini anda tidak perlu risau lagi.
Extension 101 pula adalah jenis kesinambungan insurans kenderaan anda yang digunapakai di Malaysia. Ini bermaksud meluaskan perlindungan takaful kenderaan di Malaysia. Jadi jika di Malaysia anda menggunakan Hayatku Takaful, anda boleh hubungi agensi Hayatku Takaful untuk mendapatkan perlindungan luar negara semasa di Negara Thailand.
Seterusnya, insurans yang perlu anda ambil ketika ingin bercuti di Negara Thailand adalah personal travel takaful. Insurans ini memberi perlindungan kepada kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan, perbelanjaan dan perubatan. Segala hal di atas akan ditanggung akibat kemalangan atau penyakit. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika tiba-tiba anda sakit atau kemalangan di Negara Thailand.
Di Go Thai.My, terdapat dua pakej insurans kereta iaitu basic dan premium dengan permulaan harga serendah RM 38 sahaja. Jom kita lihat satu per satu tentang insurans kereta yang disediakan oleh Go Thai.My.
Bagi kereta jenis sedan juga mempunyai dua jenis insurans iaitu basic dan premium. Harga untuk basic bermula RM 38 (coverage 8 hari), RM 58 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun). Insurans basic ini hanya cover bil hospital sahaja jika berlaku kemalangan. Seterusnya, pakej premium (compulsory + voluntary). Harga premium bermula RM 178 (coverage 8 hari), RM 235 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun). Pakej premium ini melindungi tambahan tuntutan kerosakan harta/kenderaan pihak ketiga sehingga THD 800,000 dan melindungi anda dari tuntutan luar jangka.
Bagi MPV dan SUV, harga permulaan bagi pakej basic ialah RM 48 (coverage 8 hari), RM 78 (coverage 1 bulan), dan TBA (coverage 1 tahun). Bagi pakej premium pula RM 198 (coverage 8 hari), RM 255 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun).
Harga pakej basic insurans untuk van pula bermula RM 58 (coverage 8 hari) , RM 88 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage 1 tahun). Bagi premium pakej pula bermula RM 218 (coverage RM 218), RM 275 (coverage 1 bulan) dan TBA (coverage RM 1 tahun).
Jadi, jika anda mengambil insurans bersama Go Thai.My, anda boleh menghubungi terus kepada Go Thai. My jika berlaku kemalangan. Hal ini kerana, Go Thai. My mempunyai pasukan bantuan kecemasan 24 jam. Jadi, anda tidak perlu takut lagi jika berlaku kemalangan, anda boleh terus hubungi Go Thai.My untuk dapatkan pertolongan. Pasukan mereka akan membantu anda menguruskan urusan kemalangan di sana.
Segala proses insurans di Go Thai.My sangat mudah dan cepat. Anda tidak perlu menunggu lebih lama dan beratur panjang. Hal ini kerana pihak Go Thai.My sangat cekap dan sangat sistematik dalam menguruskan urusan insurans kepada anda.
Pihak Go Thai.My memang sangat memudahkan urusan anda ke Negara Thailand. Anda boleh Whatsapp beberapa dokumen dan maklumat sahaja untuk pihak Go Thai.My sediakan insurans anda. Jadi, nanti semasa perjalanan, anda boleh terus pickup tanpa menunggu lebih lama.
Pada pengetahuan anda juga, pihak Go Thai.My ini telah menguruskan insurans lebih 25 tahun. Jadi, ini membuatkan mereka sangat cekap dan lebih tahu selok-belok dalam negara Thailand. Bonus juga kerana mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan kenalan di Thailand. Ini secara tidak langsung dapat membantu sebarang masalah semasa di sana.
Jadi, kepada anda yang mempunyai rancangan ke Negara Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri sangatlah diingatkan untuk mengambil insurans sebagai perlindungan sendiri. Hal ini kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kemalangan dan kecemasan di negara luar bukanlah perkara biasa, ia sangat berbahaya kepada anda untuk menguruskan nya sendiri. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk mengambil insurans perlindungan ini.
Pihak Go Thai.My sentiasa bersedia untuk membantu anda dan bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jadi, jika anda anda apa-apa pertanyaan lanjut atau ada kekeliruan, anda boleh terus hubungi pihak Go Tha.My. Mereka bersedia membantu anda apa-apa dan bila-bila masa sahaja.
Jom dapatkan perlindungan insurans dengan Go Thai.My hari ini!
Go Thai.My
Kembara ke Thailand Dengan Tenang
Dapatkan sekarang sebelum terlambat!