Aktiviti menjahit adalah hobi yang dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan anda. Menjahit boleh menenangkan dan terapeutik dan boleh menjadi kaedah positif untuk menguruskan tekanan. Belajar menguruskan tekanan boleh mengakibatkan kegelisahan dan perasaan negatif berkurang.Â
Lebih-lebih lagi, mempunyai hobi dapat membuat anda merasa tenang dan bahagia ketika anda menghabiskan masa lapang dengan cara yang produktif dan kreatif. Menjahit juga boleh menjadikan minda anda aktif ketika anda terus belajar atau semasa anda menjalankan projek baru. Memiliki minda yang aktif menjaga otak anda sihat dan cergas
Kepada para peminat menjahit dan juga untuk yang berminat untuk mendalami kemahiran menjahit, Kedai Jahitan Liana menawarkan kelas jahitan di mana anda boleh mengasah kepakaran menjahit dengan cara belajar menjahit yang mudah. Tenaga pengajar di Kedai Jahitan Liana merupakan seorang yang berpengalaman mengajar dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen selama 10 tahun.
Antara kemahiran menjahit yang boleh anda pelajari di sini adalah cara jahit pelbagai fesyen, cara membuat pola dan juga kaedah menjahit teknik-teknik asas kepada yang baru bermula. Jika anda langsung tidak mempunyai pengalaman menjahit pun tidak mengapa, di kedai jahitan Liana anda akan didedahkan dengan cara menjahit step by step.
Anda boleh belajar ikut pakej yang ditawarkan di Kedai Jahitan Liana. Semua peralatan seperti alat jahit, kain, nota dan sijil diberi percuma. Tambahan pula, anda boleh membuat bayaran secara ansuran 3 kali bayaran dan boleh pilih fesyen yang hendak dijahit. Terdapat banyak pilihan dan tawaran menarik.
Kedai Jahitan Liana menawarkan dua jenis pakej mengikut keperluan bajet dan kesesuaian anda.
Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 3,499 dan anda akan berpeluang belajar menjahit cara mudah untuk 10 fesyen pakaian wanita serta pakaian lelaki. Sijil juga akan diberi. Dalam pakej A, anda boleh belajar menjahit tudung secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen).
Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 5,999 di mana anda boleh mempelajari cara jahitan untuk 20 fesyen pakaian wanita dan pakaian lelaki. Sijil akan diberi sebagai tanda pengiktirafan anda. Dalam pakej B, anda boleh belajar menjahit tudung dan baju kanak-kanak secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen + belajar jahit baju kanak-kanak perempuan satu fesyen).
Mengenai pembayaran yuran kelas, di Kedai Jahitan Liana, tiada masalah jika anda hendak membuat pembayaran secara ansuran. Anda boleh bayar secara ansuran dalam kadar 3 kali atau 4 kali pembayaran untuk Pakej B manakala 2 atau 3 kali bayaran secara ansuran untuk Pakej A.
Berikut merupakan maklumat waktu kelas jahitan Liana:
Sesi kelas terdapat dalam dua waktu iaitu sesi pertama pada waktu pagi dan sesi kedua pula di waktu petang. Kelas jahitan Liana dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Khamis.Â
Kelas pagi akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 petang. Waktu rehat selama sejam bermula dari pukul 1 petang sehingga 2 petang. Sesi kelas petang bermula selepas waktu rehat iaitu pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Durasi setiap kelas adalah selama 3 jam. Masa yang panjang untuk anda segala asas-asas jahitan.Â
Siapa kata belajar menjahit ini susah? Tengoklah sendiri, ramai orang seronok belajar menjahit di Kedai Jahitan Liana. Anda pun boleh belajar menjahit dengan mudah di sini. Banyak jenis teknik-teknik asas yang boleh dipelajari.
Kemudian, boleh pula menggayakan baju jahitan sendiri! Boleh belajar macam-macam stail baju yang diingini. Kalau tak percaya, lihatlah sendiri!
Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner, bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana. Boleh terus pergi ke Kedai Jahitan Liana di 3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor ataupun yang tinggal berjauhan boleh hubungi mereka di maklumat seperti berikut:
Email:Â kursusjahitltc123@gmail.com
Tel: 016-7831120 / 0183989748
Whatsapp:Â 0167831120
bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana
Liana Training Center
SENANGNYA MENJAHIT - JOM BELAJAR DI KEDAI JAHITAN LIANA
Daftar Kelas Jahit Liana