Motivasi
Dec 16, 2015, 10:13am

Ilmu Adalah Rezeki Allah Azza Wajalla


  •  
  •  
  •  
  •  

Bukan semua orang yang menuntut ilmu itu direzekikan oleh Allah untuk menguasai ilmu. Maka sebab itu Al-quran mengajar kita supaya berdoa semoga ditambah ilmu pengetahuan.

“Katakanlah : “Wahai Allah, tambahkanlah aku ilmu!” [Surah Taha ; Ayat 114]

Maka menjadi sunnah kepada setiap orang yang menuntut ilmu. Para pelajar, selalu doa kepada Allah, supaya Allah merezekikan kepada kita ilmu.

Ilmu adalah rezeki

Berapa ramai yang pergi belajar? tetapi tidak pulang dengan rezeki ilmu. Betapa ramai yang lulus dengan baik? tapi tidak dapat menghuraikan ilmu. Berapa ramai juga yang dapat keputusan yang baik? tetapi tidak dapat mengembangkan ilmu yang ia diperolehi

Kerana ilmu adalah rezeki ! Kemampuan mengembangkan ilmu juga merupakan rezeki !

Maka doalah kepada Allah supaya rezekikan kita ilmu yang bermanfaat dan guru yang tepat saban hari !