Review
Apr 25, 2022, 10:14pm

Hibah AIA Patuh Syariah Mampu Milik


Sekiranya anda sudah mendirikan rumah tangga, anda sudah tentu mengetahui tentang komitmen – komitmen yang anda perlu buat apabila anda telah bertukar status kepada isteri atau suami orang. Banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan terutamanya jika anda merupakan ketua keluarga dan pemberi nafkah untuk pasangan dan anak – anak anda. Jadi, apa yang akan berlaku kepada mereka sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda? 

Sudah tentu anda mahukan pasangan dan anak – anak menjalani kehidupan yang selesa meskipun anda tidak lagi mampu untuk memberikan sebarang pendapatan kepada mereka. Jadi, anda boleh mendapatkan pelan hibah takaful agar dengan wang pampasan yang diberikan, orang tersayang dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu memikirkan tentang masalah kewangan untuk diri mereka dan anak – anak.

Pelan Hibah Takaful AIA Patuh Syariah

Bagi anda yang mahu mendapatkan hibah takaful yang patuh syariah, anda boleh mendapatkan pelan hibah takaful AIA yang mampu milik. Anda hanya perlu memberikan caruman serendah RM48/bulan dan anda akan diberikan pampasan sehingga RM500,000. Mereka menawarkan pelan – pelan hibah takaful yang patuh syariah dan bebas dari riba (faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi). Jadi, anda boleh mencarum dengan yakin. 

Terdapat pelbagai lagi jenis pelan yang ditawarkan oleh AIA selain dari pelan hibah takaful. Pelan – pelan lain tersebut termasuklah pelan simpanan, pelan insurans berkumpulan, pelan medikal dan medical card. Jadi, anda bukan sahaja boleh melakukan pelan hibah takaful dengan mereka, anda juga boleh mendapatkan pelan – pelan lain yang bersesuaian dengan caruman bulanan yang murah dan mampu milik. 

Jenis Pelan Hibah Takaful AIA

Terdapat pelbagai jenis hibah takaful AIA yang anda boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Berikut adalah jenis – jenis hibah takaful untuk anda;

  • Pelan Hibah Komprehensif A-Life Legasi

A – Life Legasi memberikan perlindungan kematian yang unik, pelaburan patuh shariah dan fungsi infaq atau wakaf kepada organisasi pilihan anda. Minimum perlindungan adalah RM350,000. Ia sesuai diambil oleh peniaga, usahawan, pekerja sektor swasta dan kerajaan. 

Perlindungan hibah A-Life Legasi;

  • 100% pampasan sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK).
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia akibat kemalangan.
  • 200% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kerjakan umrah atau haji.
  • 300% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan ketika menggunakan pengangkutan awam atau kematian akibat kebakaran di pawagam, hotel atau mana mana bangunan awam.
  • 600% pampasan sekiranya meninggal dunia ketika kemalangan akibat bencana alam.
  • Extra 100% jika anda mengambil polisi untuk anak anda DAN berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda, tambahan 100% nilai pampasan kepada Dana Pelaburan Peserta sebagai simpanan pendidikan anak anda.

  • Pelan Hibah A-Life Kasih 

Pelan hibah takaful A-Life Kasih adalah pelan hibah takaful yang lebih murah dan berbaloi. Ia sesuai diambil sekiranya anda memerlukan hibah untuk diberikan kepada waris atau pasangan. 

Pihak AIA memberikan sehingga 200% pampasan kepada nama yang dicarum, berikut adalah peratus pampasan yang diberikan;

Berikut adalah perlindungan yang diberikan;

  • 200% pampasan kematian akibat kemalangan
  • 100% pampasan hilang upaya
  • 100% pampasan kematian 
  • 100% pampasan penyakit kritikal 

  • Pelan Hibah A-Life Ikhtiar

Pelan ini adalah pelan hibah takaful keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda. 

Berikut adalah perlindungan yang diberikan dengan pelan hibah takaful A-Life Ikhtiar;

  • 100% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh apa-apa sebab.
  •   200% dari amaun perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku kematian berpunca dari kemalangan.
  • Amaun tambahan RM5,000 untuk faedah badal Haji/perbelanjaan pengebumian. 
  • 100% amaun perlindungan untuk hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Pelan Hibah Takaful AIA?

Jadi, apa kelebihan pelan hibah takaful dari AIA berbanding hibah – hibah yang ditawarkan oleh syarikat lain? Berikut adalah kelebihan pelan takaful hibah AIA;

  • Pampasan yang tinggi 

Dengan pelan hibah takaful AIA, pampasan yang diberikan kepada penama hibah adalah minimum RM50,000 hingga RM500,000, jadi sekiranya anda merupakan seorang suami yang mahu meninggalkan kehidupan selesa kepada isteri dan anak – anak anda setelah anda tiada nanti, pastikan anda mendapatkan pelan hibah takaful dari AIA. Pelan ini sangat membantu sekiranya isteri anda merupakan suri rumah tangga dan perlu membayar bil – bil dan urusan anak – anak. 

  • Bayaran bulanan yang rendah

AIA sudah semestinya akan membantu anda untuk mendapatkan pelan hibah takaful yang mampu milik agar para suami dapat meninggalkan sesuatu kepada isteri dan anak mereka suatu hari nanti. Dengan harga serendah RM48 sebulan, anda akan memberikan pampasan sehingga RM500,000 kepada mereka. 

  • Pampasan cepat dicairkan 

Pampasan yang diberikan akan cepat dicairkan seawal 5 hari waktu bekerja. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda hanya meninggalkan hibah sahaja kepada anak isteri kerana pihak AIA akan memastikan wang akan cepat masuk ke dalam akaun bank penama. Ia adalah lebih baik berbanding harta pusaka dan faraid kerana ia membuatkan pusaka dan faraid boleh membuatkan duit di dalam bank anda dibekukan. 

  • Pelan Untuk Suami Isteri 

Syarikat AIA telah memberikan satu jenis pelan yang sangat unik berbanding syarikat lain. Mereka memberikan pelan hibah suami isteri sekaligus di dalam satu pelan tanpa perlu mengambil pelan yang berbeza. Pelan ini dipanggil pelan A-Plus ProtectSpouse-i). Jadi, tidak perlulah anda mengambil pelan yang berbeza untuk pasangan anda lagi!

  • Pelan Hibah Patuh Syariah

Pelan hibah takaful AIA sudah semestinya mematuhi syariah dan akan memberikan anda pampasan yang tidak diambil melalui riba dan cara yang haram. Pampasan yang diberikan kepada penama adalah di dalam bentuk yang suci dan bebas dari sebarang riba. Anda akan mencapai matlamat kewangan anda dengan menggunakan pelaburan yang patuh syariah. 

Bagaimana Pelan Hibah Takaful AIA Adalah Pelan Patuh Syariah? 

Terdapat pelbagai sebab yang membuatkan pelan hibah takaful AIA patuh syariah. Berikut adalah sebab – sebabnya;

  1. Mengamalkan konsep semangat ta’awun iaitu bekerjasama dan tolong menolong serta tabarru’ iaitu derma di antara peserta takaful. Ia membolehkan penama hibah takaful AIA menerima wang pampasan yang patuh syariah. 

  1. Tidak menggunakan sebarang konsep perjudian, faedah dan ketidakpastian. Pencarum dari hibah takaful AIA tidak dikenakan sebarang faedah ketika mencarum dan ini membuatkan pampasan yang diterima adalah suci dan bersih dari sebarang perkara yang membuatkan ia haram dari segi agama. 

  1. Al – Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW adalah panduan kepada konsep takaful yang ditawarkan oleh AIA kepada setiap pelanggan. Ia juga sesuai dengan garis panduan yang diberikan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Malaysian Takaful Association (MTA). 

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA Patuh Syariah Hari Ini!

Quotation/ Sebut Harga Percuma! : 

https://takafulhayat.com/quotation-sebutharga-takaful-percuma/

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA Patuh Syariah

Hari Ini!

Hibah Takaful AIA

Hibah RM48/bulan

Beli Sekarang
Social Media
Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA Patuh Syariah

Hari Ini!

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Pelan Hibah Takaful AIA Patuh Syariah

Hari Ini!