Review
Mar 18, 2024, 12:48pm

Camilla Houz Melaka, Homestay Terbaik – Sea View Pantai Puteri


Sudah tiba musim cuti sekolah, jadi kemana rancangan anda untuk bercuti bersama keluarga? Luar negara atau di dalam negara? Untuk menjimatkan kos dan menyokong sistem ekonomi Negara Malaysia, anda boleh memilih tempat percutian di dalam negara Malaysia. Dari utara ke selatan mempunyai pelbagai tempat menarik dan pelbagai jenis etnik dan budaya.

Jadi, di mana tempat yang anda mahukan? Jika anda suka kan cerita-cerita sejarah atau anda merancang memberi pendedahan kepada anak-anak anda tentang sejarah Malaysia, Melaka Bandaraya Bersejarah adalah pilihan yang tepat untuk anda. Catatan kisah bersejarah yang berlaku pada masa lalu dan rekabentuk bangunan lama masih utuh di sana. Datanglah ke Melaka sebagai percutian pilihan anda sekeluarga.

Camilla Houz di Negeri Melaka

Jadi, tempat percutian sudah ada, pasti tempat penginapan pula yang menjadi masalah bukan? Jika anda keluarga yang besar, untuk memilih penginapan di hotel pasti agak susah bukan? Bajet perlu besar untuk menempah beberapa bilik hotel. Bagaimana untuk menjimatkan kos jika bercuti bersama keluarga besar? Anda boleh menempah sebiji rumah sahaja, yang memuatkan 8-10 orang dalam satu masa. Pasti dapat menjimatkan kos penginapan anda.

Antara Ciri-Ciri Camilla Houz Melaka

Mutiara Melaka Beach Resort menawarkan penginapan homestay berkonsepkan Kondominium Resort kepada anda. Unit kami iaitu Camilla Houz Melaka merupakan sebuah homestay yang cantik, bersih serta mempunyai pandangan ‘Sea View’ di ruang tamu dan bilik tidur. Anda pasti berasa puas dan teruja dengan pemandangan laut yang luas dari unit homestay Camilla Houz.

Kami sangat mencadangkan kepada anda unit Camilla Houz kerana banyak perkara menarik yang boleh anda lakukan di sini. Unit kami mempunyai 2 bilik tidur dengan katil queen dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas. Tingkap bilik yang luas berhadapan dengan lautan, anda boleh menikmati pemandangan ‘sunset’ yang sangat cantik dari homestay, sangat berbaloi untuk anda bercuti dengan tenang dan selesa malah lebih menjimatkan wang anda bagi yang bercuti bersama keluarga. Anda dapat berehat dengan selesa selepas penat berjalan seharian di Melaka.

Selain itu, ruang tamu juga dilengkapi dengan penghawa dingin. Ruang tamu yang luas dan besar ini membolehkan anda berkumpul bersama keluarga untuk menghabiskan masa bersama. Pasti dapat dijadikan memori yang terindah antara anda dan keluarga. Camilla Houz juga menyediakan ruangan makan yang selesa untuk anda makan bersama keluarga.

Untuk pengetahuan anda juga, Camilla Houz turut menyediakan ruangan dapur yang lengkap dengan perkakasan memasak. Jadi, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang inginkan percutian dengan bajet yang rendah. Anda boleh memasak di Camilla Houz danmakan bersama-sama di ruangan makan yang disediakan. Mudah bukan? Hal ini pasti akan lebih menjimatkan kos makan dan minum anda semasa bercuti di Negeri Melaka.

Selain itu juga, Resort ini menyediakan lot parking khas untuk anda. Jika anda datang dengan 2 atau 3 kenderaan, parking pelawat juga turut disediakan secara percuma di dalam dan di luar resort. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang tempat letak kenderaan anda. Kawasan Camilla Houz sangat selamat dan di kawal ketat. Jadi, ini secara tidak langsung membuktikan bahawa keselamatan di Camilla Houz sangat selamat dan di kawal rapi. 

Antara Kemudahan Lain yang Anda Dapat Nikmati

Sebenarnya, masih banyak kemudahan lain yang anda boleh nikmati ketika menginap di Camilla Houz. Antaranya ialah kolam renang yang besar dan cantik serta bersih.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pasti mereka seronok dapat bermandi-manda di kolam. Resort ini tersedia dengan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa. Anda boleh mandi di kolam ini bermula seawal pagi hingga jam 10 malam, pasti anda akan puas dengan aktiviti berenang di kolam dan jika nak bermain pasir di pantai juga tidak jauh dari kawasan Condo Mutiara Melaka Beach Resort ini, hanya berjalan kaki sahaja.

Antara kemudahan lain yang boleh anda nikmati ketika menginap di Camilla Houz ialah:

  • Gym & Cardio Room
  • Games Room
  • Kids Room
  • Sauna
  • Reading Room
  • Children Playground

Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Camilla Houz ini. Jadi, dengan menginap di Camilla Houz percutian anda dijamin tidak akan menjadi hambar dan membosankan. Tunggu apa lagi? Jom tempah sekarang sebelum penuh!.

Di Camilla Houz juga menyediakan beberapa lagi kemudahan percuma tetapi anda perlu menempahnya terlebih dahulu iaitu:

  • Open BBQ Area
  • Karaoke Room
  • Mini Theatre
  • Multipurpose Hall
  • Party Room

Wah menarik bukan? Anda boleh nikmati pelbagai kemudahan secara percuma. Tidak rugi langsung jika memilih penginapan di Camilla Houz. Hanya bayar satu harga tetapi dapat melakukan pelbagai aktiviti dan menikmati pelbagai kemudahan secara percuma. Rugi kalau tidak menginap di sini. Jom tempah sekarang!.

Feedback Camilla Houz

Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati ketika menginap di Camilla Houz ini. Anda tunggu apa lagi? Bercuti di Negeri Melaka, wajib menginap di Camilla Houz tau!.

Pening Mencari Tempat Penginapan di Melaka yang menarik?

Tempah Camilla Houz Melaka untuk Percutian Anda Hari Ini!

Camilla Houz Melaka

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Tempah sekarang
Social Media

Camilla Homestay Melaka Mutiara Melaka Beach Resort, Lot 1775, Jalan Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Pening Mencari Tempat Penginapan di Melaka yang menarik?

Tempah Camilla Houz Melaka untuk Percutian Anda Hari Ini!

Call Whatsapp

Pening Mencari Tempat Penginapan di Melaka yang menarik?

Tempah Camilla Houz Melaka untuk Percutian Anda Hari Ini!