Review
May 3, 2021, 9:23am

Bengkel Cat Kereta Terbaik Di Subang Dari RM100


Torehan, tanda dan calar pada kereta anda boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Ada yang boleh dielakkan dan ada sesetengah yang pula yang tidak dapat dipulihkan. Memang menyakitkan hati. Malangnya, kesan calar dapat menghilangkan nilai penjualan semula kereta anda dan membawa kepada masalah karat yang bermasalah, dan sering kali kos pembaikan boleh menjadi mahal. Jadi, penyelenggaraannya lebih baik dibuat dengan kadar segera tanpa dilengahkan masa.

Tetapi, sebelum itu bagaimana hendak memilih bengkel cat kereta yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pembaikpulihan kereta anda?

PERBAHARUI KERETA DENGAN BRO AUTOPAINT GARAGE

Bro Autopaint Garage merupakan bengkel yang menawarkan servis perkhidmatan mengecat kereta dan juga memperbaiki kerosakan kereta. Servis mereka tidak terhad kepada jenis kereta. Pelbagai jenis kereta dari kereta Myvi ke kereta Honda termasuk dalam servis penyelengaraan perniagaan pembaikpulihan automotif Bro Autopaint Garage. Jadi, untuk para penduduk kawasan bandar Subang, anda boleh mengunjungi Bro Autopaint Garage sekiranya anda tercari-cari bengkel cat kereta terbaik di Subang dari RM100.

Bukan banyak bengkel pembaikan kereta buka perniagaan mereka seawal-awal 9 pagi. Dengan Bro Autopaint Garage, orang ramai yang memerlukan servis mereka boleh mengunjungi premis perniagaan mereka pada waktu 9 pagi sehingga 7 petang. Tak sangka, bukan? Premis perniagaan pembaikan automotif Bro Autopaint Garage yang terletak di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 bukan sahaja menawarkan servis pembaikan yang terbaik dengan jaminan waranti malah para pelanggan boleh juga mendapatkan hasil dalam harga yang berpatutan. Selain itu, siapa yang tidak mahukan hasil pembaikpulihan kereta yang bukan sahaja berkualiti tetapi harga murah pula tu?

HASIL KERJA PROFESIONAL DAN BERMUTU TINGGI DARI BRO AUTOPAINT GARAGE

Jika dilihat daripada nama perniagaan, Bro Autopaint Garage seakan-akan beroperasi sebagai bengkel cat kereta sahaja. Perniagaan mereka sememangnya menjurus kepada bengkel cat kereta secara amnya, tetapi, pada masa yang sama, mereka juga menawarkan pelbagai lagi servis pembaikpulihan kereta. Bro Autopaint Garage sebenarnya memastikan penyelenggaraan kereta anda dilakukan secara keseluruhannya dan ini termasuk dengan pembaikpulihan dari segi:

Membuat welding
Menukar bahagian kereta yang sudah berkarat
Membantu pelanggan mendapatkan alat ganti murah (misalnya bumper dan lain-lain)

Harga servis di Bro Autopaint Garage bergantung kepada jenis kerosakan, warna dan bahan yang digunakan.

HARGA BERPATUTAN SERVIS MENGECAT BRO AUTOPAINT GARAGE

Sekiranya anda ingin mendapatkan servis untuk touch-up satu panel, harganya boleh didapati dalam lingkungan RM150 sehingga RM180. Menarik, bukan? Manakala, harga mengecat satu panel boleh didapati dalam lingkungan harga bermula daripada RM250 sehingga RM350.

Untuk servis mengecat satu kereta :

Kereta berjenis Compact (seperti Kancil, Kelisa, Axia)
– Luar Sahaja RM1400 – RM2200
– Luar Dalam RM2500 – RM3000

Sedan (seperti Persona, Honda City, Gen 2, Waja)
– Luar Sahaja RM1800 – RM2500
– Luar Dalam RM2500 – RM3000

MPV (seperti Alza, Ertiga, Naza Citra, Exora)
– Luar Sahaja RM2200 – RM2800
– Luar Dalam RM2800 – RM3500

Harga-harga yang dinyatakan seperti di atas adalah berdasarkan keadaan bodywork, bahan dan jenis clearcoat. Tambahan pula, untuk memastikan kepuasan hati, para pelanggan akan diberikan waranti tiga hingga ke lima tahun untuk ketahanan clear lacquer coat. Memang berbaloi!

Selain itu:

Coating Lampu
Clear RM150 (lampu depan sepasang)

Polish satu kereta
Bermula dari RM200 ke RM800

Smoke RM180 (lampu depan sepasang)

RAMAI YANG BERPUAS HATI, LIHAT SENDIRI TESTIMONI

Kalau anda berasa ragu-ragu, jom lihat testimoni-testimoni yang dipaparkan seperti berikut. Mereka merupakan antara pelanggan yang memilih mendapatkan perkhidmatan Bro Autopaint Garage dan berpuas hati dengan servis serta hasil yang ditawarkan. Sudah tentu setelah melihat testimoni ini anda akan berasa lebih yakin untuk melanggan kepada servis Bro Autopaint Garage.

“Sangat berpuas hati dengan hasil kerja serta harga murah. Tak sia2 mai dari jauh utk hantar cat kereta. Bukan Ipoh takde bengkel cuma harga sangat mengejutkan serta memuaskan.
Yang penting kualiti.”


“Bengkel cat kereta yang terbaik dengan harga yang berpatutan” – Abg S

Tunggu apa lagi? Jom cuba!

DAPATKAN PERKHIDMATAN BRO AUTOPAINT GARAGE DI SUBANG

Mari perbaharui kereta anda dengan servis mengecat kereta Bro Autopaint Garage yang terletak di kawasan Subang. Harga yang berpatutan untuk kualiti yang terbaik dan anda boleh dapatkannya dari RM100 sahaja.

Boleh layari laman rasmi Bengkel Cat Kereta – Bro Autopaint Garage di https://bengkel-cat-kereta-bro-autopaint-garage.business.site/?_target%3Fm=true
Ataupun terus hubungi melalui Whatsapp di nombor 0135256876 untuk membuat appointment dan Bro Autopaint Garage akan terus menghubungi anda. Sekiranya anda aktif di laman Facebook, bolehlah anda kunjungi laman Bro Autopaint Garage – Bengkel Cat Kereta di sana.

Bengkel Cat Kereta Murah di Lembah Klang

Klik butang wasap di bawah untuk pertanyaan

Bengkel Cat Kereta - Bro Autopaint Garage

Bengkel Cat Kereta Murah Shah Alam

Nak Cat Kereta
Social Media

Lot 4027,Jalan 1D Kampung Baru Subang Seksyen U6 40150 Shah Alam Selangor

Bengkel Cat Kereta Murah di Lembah Klang

Klik butang wasap di bawah untuk pertanyaan

Call Whatsapp

Bengkel Cat Kereta Murah di Lembah Klang

Klik butang wasap di bawah untuk pertanyaan