Catur bukanlah satu permainan yang mudah, ia memerlukan strategi dan otak yang cerdas untuk mengawal permainan dari pihak lawan. Walaupun ia terlihat mudah hanya mengawal buah catur, tetapi ia sangat sukar apabila anda tidak tahu cari permainan yang sebenar. Permainan catur ini sebenarnya berasal dari Negara India dan tersebar ke Negara Eropah dimana peraturannya diubahsuaikan dalam keadaan terkini. Kini, permainan catur sangat popular.
Permainan catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikan 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap. Jadi, adakah anda sudah handal bermain catur ataupun masih dalam tahap belajar menguasai ilmu catur? Susah bermain catur? Sebenarnya, permainan catur ini tidaklah susah seperti yang di jangka, ia hanya memerlukan teknik dan strategi yang betul sahaja. Nak belajar teknik dan strategi yang mudah untuk permainan catur? Jom lihat di bawah.
Hai semua, untuk anda yang ingin belajar cara teknik dan strategi yang mudah untuk permainan catur, anda boleh menyertai kelas Akademi Catur Ariez Azman ini. Pernah dengar tentang Akademi Catur Ariez Azman? Akademi Catur Ariez Azman ditubuhkan pada tahun 2018 dan adalah sebuah kelas catur yang dijalankan melalui atas talian atau bersemuka. Bermula dengan hanya 10 pelajar sahaja dan kini telah berkembang pesat dengan melatih lebih 500 pelajar. Sepanjang hampir 6 tahun dalam bidang melatih permainan catur, Akademi Catur Ariez Azman telah melahirkan ramai pemain berstatus juara negeri serta cemerlang di peringkat Kebangsaan. Jadi, untuk anda yang tercari-cari kelas terbaik permainan catur, anda boleh mendaftarkan diri di Akademi Catur Ariez Azman sekarang!.
Di Akademi Catur Ariez Azman mempunyai pelbagai jenis kelas yang diadakan seperti:
Setiap kelas yang diadakan adalah berbeza, jadi anda boleh memilih jenis kelas yang sesuai untuk anda. Jom kita lihat satu persatu perbezaan kelas di Akademi Catur Ariez Azman.
Akademi Catur Ariez Azman juga mengadakan kelas persediaan MSSD 2025 kepada peserta yang terlibat. Kelas ini diadakan bagi memantapkan lagi persediaan ke MSSD 2025. Kelas ini terdapat 6 seri kem yang diadakan setiap Selasa bermula jam 5.30 pm hingga 10.00 malam. Yuran yang dikenakan hanya RM 35 per sesi. Pengisian kelas ini adalah perbincangan topik opening, middle game dan endgame. Selain itu praktikal 2 game juga diadakan ( kawalan masa 45 minit ) setiap siri serta sesi analisa bersama coach Ariez Azman.
Hub catur ACAA Negeri Kelantan juga diadakan dan dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta merupakan persediaan awal untuk kejohanan Catur MSSD 2025. Hub catur di Negeri Kelantan mempunyai pelbagai tempat, antaranya ialah:
– Setiap Jumaat pagi 8.30 pagi hingga 10.30 pagi & 10.30 pagi hingga 12.30 pm
– Setiap Jumaat pagi 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
– Setiap Sabtu petang 2 petang hingga petang
– Setiap Jumaat pagi & petang 9 pagi hingga 11 pagi
– Setiap Jumaat pagi 9 pagi hingga 10.30 pagi & 10.30 pagi hingga 12 tengahari
– Setiap Jumaat petang 5 petang hingga 6.30 petang
Bagi kelas catur online personal ini terdiri dari beberapa pakej iaitu pakej gold RM200 sebulan, pakej diamond RM350 sebulan dan pakej platinum RM450 sebulan. Setiap pakej yang ditawarkan adalah berbeza. Jadi, anda boleh terus hubungi Mr. Ariez Azman untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kelas catur personal one by one ini diadakan dalam bentuk bersemuka dan online. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM 380 sebulan. Kelas ini terhad kepada 2 pelajar sahaja satu kumpulan.
Akademi Catur Ariez Azman juga menjalankan program intensif cuti sekolah one-to-one. Jadi, kepada anak-anak anda yang bosan tidak tahu nak buat apa masa cuti sekolah, boleh lah menyertai program permainan catur ini. Yuran yang dikenakan juga agak berbaloi iaitu RM 280 sahaja sebulan. Kelas ini akan dijalankan untuk penilaian tahap pelajar, sparring & analisa permainan dan cadangan sistem opening yang sesuai.
Bagi anda yang inginkan suasana belajar yang lebih selesa dan premium, anda boleh sertai kelas catur berkumpulan premium ini. Yuran dikenakan hanya RM 150 sahaja. Kelas diadakan di kafe-kafe sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah. Makanan dan minuman juga diberikan secara percuma sahaja.
Jadi, untuk anda yang inginkan ilmu penguasaan catur yang lebih mendalam dan ingin menjadi pemain catur yang handal dan bijak menguasai permainan catur, anda boleh sertai Akademi Catur Ariez Azman sekarang. Dijamin anda akan berpuas hati.
“Anak saya kini lebih fokus dalam pembelajaran sekolah sejak mula bermain catur di ACAA. Jurulatihnya sangat mesra dan profesional. Sangat disyorkan!.” – Puan Aina, Ibu kepada pelajar.
“Saya tidak pernah menyangka catur dapat menjadi begitu menarik. Teknik yang diajarkan benar benar membuka mata saya kepada strategi yang lebih mendalam. Terima kasih, ACAA”. – Amsyar, pemain kompetitif.
“Anak saya mengidap Autisme. Terima kasih ACAA kerana membantu Aisy untuk lebih fokus”- Puan Suraya
Jom ramai-ramai sertai Akademi Catur Ariez Azman ini. Dijamin seronok dan berpuas hati. Anda boleh mendaftar dengan langkah mudah iaitu:
Whatsapp/Number Telefon: 6017-9808962
Sosmed Rasmi: Ikuti kami di Facebook, Tiktok, dan Instagram melalui https://linktr.ee/ariezcatur
Jangan buang masa lagi tau, jom sertai sekarang Akademi Catur Ariez Azman. Dijamin anda akan mendapat pengalaman dan pembelajaran yang penuh menarik tentang ilmu catur ini.
Mulakan Langkah Anda dengan Akademi Catur Ariez Azman!
Akademi Catur Ariez Azman
Kelas Catur Online & Bersemuka
Sertai kami hari ini!