Review
Sep 10, 2021, 3:01pm

8 Proses Bina Rumah Sendiri Dengan Mudah


Kini setiap keluarga mampu memiliki rumah sendiri. Akan tetapi dilema yang dilalui bagi kebanyakan orang yang pertama kali ingin membina rumah ialah tak tahu nak buat apa dan nak mula dari mana. Betul tak ? Anda dah ada sebidang tanah. Samada anda membelinya, tanah pemberian keluarga atau tanah pusaka. Kemudian apa langkah seterusnya ? Bila tak tahu nak buat apa, ramai yang telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit wang simpanan dan masa berharga anda.

proses bina rumah sendiri

8 Proses Bina Rumah Sendiri Dengan Mudah

Nak tahu apa proses yang terlibat untuk membina rumah atas tanah sendiri? Jom ikuti 8 proses bina rumah sendiri dengan mudah.

1. Geran Tanah Dan Keadaan Tanah

Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi ( suami, isteri ). Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.

tanah untuk bina rumah sendiri

Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata, berbukit, tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Selain itu, tanah anda telah dibiarkan lama tidak dibersihkan dari semak samun, hutan dan sebagainya. Jika di tanah anda ada mengalami masalah tersebut anda sepatutnya mengambil langkah sendiri. seperti menampung tanah, membersih dan membuat jalan untuk ke tanah anda. Kos-kos dari kerja tersebut daripada poket anda sendiri. Kerana kebiasaannya kontraktor Cuma sediakan rumah perkhidmatan seperti langkah awal ini tidak dalam perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, batu sempadan juga bukan kerja kontraktor anda sebaliknya adalah dari tindakan anda yang akan mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu penanda sempadan. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

2. Lantik Kontraktor Dan Peguam

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak pernah dan tidak tahu berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

lawyer urusan bina rumah

Tapi apakah tujuan melantik kontraktor dan peguam?

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

Tugas Peguam

  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

perbincangan kontraktor bina rumah

Tugas Kontraktor

  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.                                      
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Pelan Dan Reka Bentuk Rumah

mereka pelan bina rumah

Arkitek akan membuat pelan reka bentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes di mana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina ).

4. Sebut Harga

Pemaju mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.

sebutharga dan syarat pembayaran kos bina rumah

5. Proses Kelulusan Pelan

Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan reka bentuk, pemohon atau peguam atau kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

proses kelulusan pelan rumah daripada PBT

6. Proses Pinjaman Dan Gadaian

Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E ( surat setuju terima ) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

pengurusan pinjaman untuk rumah

7. Kerja Pembinaan Rumah Oleh Kontraktor Yang Dilantik

Pihak pemaju akan mula melaksanakan kerja – kerja pembinaan rumah mengikut tempoh dan masa yang telah dipersetujui oleh anda.

tapak asas pembinaan rumah

8. Serah Kunci

Rumah idaman anda siap dan sedia untuk diduduki. Namun anda harus tahu tentang grace period yang diberikan oleh pemaju sekiranya terdapat kecacatan pada rumah, hendaklah dimaklumkan kepada mereka.

serah kunci rumah baru

Hardy Construction And Trading, Kontraktor Terbaik Kelantan

Hardy Construction And Trading merupakan  kontraktor kerja pengubahsuaian serta mempunyai pekerja pengalaman serta mahir dalam bidang pembinaan rumah. Ia juga merupakan sebuah syarikat kontraktor milikan 100% bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 1965 (SSM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

hardy construction kontraktor rumah berdaftar CIDB

Kepakaran syarikat ini adalah menggandakan kebahagiaan & keceriaan keluarga dengan mereka bentuk & membina rumah impian mereka. Syarikat ini telah memainkan peranan secara aktif dalam pelbagai projek pembinaan rumah atau banglo kediaman individu termasuk ubahsuai rumah dan projek-projek pembinaan dengan mengguna pakai kaedah konvensional dan Industrialized Building System (IBS). Malah Hardy Construction And Trading juga salah satu pesaing kepada syarikat – syarikat binaan rumah yang lain seperti Zasma home, ATH Group dan RA Bina.

Kenapa Anda WAJIB Membina Dengan Hardy Construction And Trading ?

Di kesempatan ini, kami ingin menerangkan mengapa pentingnya memilih Hardy Construction And Trading sebagai kontraktor bina rumah anda. Antara kelebihan menggunakan khidmat syarikat nombor satu Kelantan ini ialah;

1. Kontraktor Yang Boleh Dipercayai

Mereka telah membina berpuluh banglo dan bangunan awam di serata Semenanjung, dengan 100% siap dan tanpa ada yang terbengkalai. Paling menarik, disebabkan lokasi tapak yang jauh dan kesibukan klien mereka, untuk beberapa projek (rumah rehat, homestay), klien hanya datang dua kali sahaja; iaitu semasa penandaan tapak rumah dan waktu serahan kunci.

proses rekaan pelan rumah

Walau bagaimanapun, kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi dalam lukisan dan perjanjian. Untuk setiap kemajuan kerja tapak kerja, supervisor mereka akan update klien.

2. Staff Yang Professional Dan Pakar Dalam Pelbagai Bidang Pembinaan

kontraktor rumah established di kelantan

Terdiri dari satu kumpulan professional yang pakar dalam pelbagai bidang pembinaan serta berpengalaman luas dalam pembinaan, operasi mereka turut dibantu dengan adanya Electrical Engineer, Mechanical Engineer, Arkitek, dan Structural Design, serta staff-staff lain yang mempunyai sijil dan kelayakan tersendiri dalam pembinaan.

3. Bantu Anda Urus Pinjaman Bank/LPPSA & Kelulusan PBT

kontraktor uruskan proses permohonan pinjaman rumah

Sebelum mula pembinaan, anda perlu untuk mendapatkan kelulusan PBT dan pinjaman terlebih dahulu. Urusan ini yang sangat leceh dan pening lebih-lebih lagi jika anda kesibukan dan tidak pernah berurusan dengan pihak mereka sebelum ini. Jika anda membina dengan syarikat ini, mereka akan membantu anda dalam urusan – urusan ini.

4. Harga Mengikut Nilaian Penilai Kerajaan Mahupun Pihak Bank

harga rumah mengikut penilai kerajaan dan bank

Sebenarnya, tidak timbul isu rumah mahal kerana mereka hanya bina rumah mengikut harga nilaian semasa. Yang menjadi perbezaan harga antara Syarikat ini dengan kontraktor lain adalah disebabkan spesifikasi rumah yang diberikan adalah berbeza. Mereka mementingkan spesifikasi rumah yang berkualiti sebagai mewakili perbezaan ciri rumah yang mereka bina berbanding kontraktor lain.

Tiada Rekod Rumah Terbengkalai Dengan Hardy Construction And Trading

kontraktor rumah dipercayai

Hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa Hardy Construction And Trading tiada rekod rumah terbengkalai sejak ditubuhkan. Untuk rekod, orang ramai boleh menyemak dengan pihak bank di Kelantan seperti Bank Islam, CIMB, Maybank, BSN, Bank Muamalat serta di bahagian pinjaman rumah kerajaan. Keyakinan tinggi pihak bank terhadap jenama Syarikat ini membolehkan pelanggan mereka mendapat nilaian rumah yang lebih tinggi.

Prosedur Tempahan Bina Rumah Melalui Tunai ( Diutamakan)

  • Closed sale dengan customer
  • Cash – pihak kontraktor akan sediakan pelan dan perjanjian.
  • tanda tangan perjanjian pertama dan 20% pembayaran
  • Dalam masa 7 hari pekerja akan masuk tapak untuk pembinaan rumah.
  • Proses pembayaran seterusnya tertakluk pada agreement setiap 20% hingga siap.
  • Jika ada sebarang penambahan boleh di buat melalui perbincangan dengan kontraktor dalam proses pembinaan.
  • Selepas siap sepenuhnya dalam masa 3 hari HCT akan serahkan kunci pada tuan rumah secara rasmi.

pakej bina rumah sendiri murah di kelantan

Prosedur Tempahan Bina Rumah Melalui Pinjaman Bank

  • Close sale dengan customer. Jika setuju, Pelanggan akan serahkan salinan kad pengenalan, slip gaji, geran tanah, dan deposit RM 1000.
  • Kontraktor akan lakar plan rumah yang telah dipilih oleh pelanggan.
  • Plan akan di hantar ke pejabat daerah bagi proses kelulusan
  • Plan yang telah lulus akan di proses untuk buat pinjaman di bank.
  • Jika pinjaman sudah mendapat kelulusan dari pihak bank, kerja – kerja pembinaan akan dimulakan.  
  • Pembayaran jadual kerja berdasarkan yang ditetapkan.

pakej bina banglo serendah RM159k di kelantan

Antara Rumah Yang Di Jalankan Oleh Hardy Construction And Trading

rumah yang dibina oleh hardy construction rumah yang dibina oleh hardy construction rumah yang dibina oleh hardy construction

Jom Bina Rumah Idaman Anda Dengan Hardy Construction And Trading

Kos bagi bahan pembinaan sentiasa meningkat setiap tahun. Jadi anda haruslah merancang kewangan dan pinjaman anda dengan berhemah agar tidak menyusahkan diri sendiri kelak. Jadi saya sarankan untuk anda yang sedang berfikir nak beli rumah atau bina rumah sendiri, buat lah sendiri lebih jimat dan berbaloi. Untuk warga di Kelantan, boleh hubungi Hardy Construction and Trading seperti di talian di bawah.

HARDY CONSTRUCTION AND TRADING | BINA RUMAH MURAH DAN KUALITI
Hotline 1:Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (016-7118949) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (019-9288156) | Tekan untuk Whatsapp

Alamat:
Hardy Construction & Trading
Lot 1738, Parit Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan

Jom Bina Rumah Idaman Anda Dengan Hardy Construction And Trading SEKARANG!

Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Nak Bina Rumah
Social Media
Jom Bina Rumah Idaman Anda Dengan Hardy Construction And Trading SEKARANG!

Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA

Call Whatsapp Layari Website

Jom Bina Rumah Idaman Anda Dengan Hardy Construction And Trading SEKARANG!

Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA