Review
Mar 22, 2018, 3:10pm

Zurich Takaful Pengendali Takaful Terbaik Malaysia


perlindungan takaful untuk keluarga terbaik

Pelan perlindungan insurans takaful yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berbeza adalah hampir sama sahaja secara asasnya kerana kerangkanya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mungkin akan ada sedikit perbezaan jika syarikat-syarikat penyedia menyediakan beberapa tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain, namun kerangka asasnya akan tetap sama. Jadi, memang sukar untuk memilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

Faktor Yang Perlu Ambil Perlindungan Insurans atau Takaful?

skim takaful terbaik untuk kakitangan kerajaan dan swasta

Bagi mereka yang belum, atau sedang merancang untuk mengambil perlindungan insurans atau takaful, boleh mengambil kira faktor-faktor yang berikut:

Tahap Pendedahan Kepada Risiko

tahap pendedahan kepada risiko menentukan jumlah sumbangan takaful

Hakikatnya, semua orang terdedah kepada risiko kematian, kelumpuhan atau kecacatan dan diserang penyakit. Cuma yang membezakan adalah tahap pendedahan atau kebarangkalian untuk mengalami risiko-risiko tadi. Jadi, sebelum mengambil perlindungan insurans atau takaful, boleh kenalpasti dulu bagaimana tahap pendedahan atau kebarangkalian untuk mengalami risiko-risiko di atas. Dengan itu, bolehlah dipilih manfaat atau risiko mana yang perlu diberi keutamaan untuk dilindungi.

Penanggung Nafkah Keluarga

penanggung keluarga bertanggungjawab untuk menyediakan takaful untuk keluarga

Perlindungan insurans atau takaful Anak-anak kecil, lelaki bujang, wanita bujang, surirumah yang tidak bekerja; jika mereka bukan penyumbang nafkah dalam keluarga, mereka sebenarnya tidak perlukan perlindungan insurans atau takaful pun. Jika perlukan perlindungan pun, mungkin sekadar manfaat minimum atau untuk kegunaan mereka sendiri sahaja seperti kad perubatan stand-alone yang boleh digunakan untuk menampung kos rawatan jika mereka jatuh sakit. Berbeza pula bagi penanggung nafkah keluarga. Tidak kira bujang atau berkahwin, suami dan isteri; asalkan sahaja mereka menyumbang nafkah dan menanggung perbelanjaan keluarga, maka digalakkan perlindungan insurans atau takaful yang menyeluruh ke atas mereka.

Kemampuan Kewangan

kemampuan untuk membayar takaful mengikut bajet

Apabila mengambil perlindungan insurans atau takaful, sudah tentu memerlukan kepada bayaran samaada secara bulanan, tahunan mahupun lump-sum sekaligus.Bayaran ini perlulah disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan jika tidak mahu polisi perlindungan yang diambil terbatal. Oleh itu, perlulah bersedia untuk memberikan komitmen membayar caruman yang ditetapkan. Di sinilah perlunya membuat kira-kira terlebih dahulu, pastikan komitmen bayaran yang akan dikenakan adalah dalam lingkungan kemampuan kewangan semasa. Ambil perlindungan insurans atau takaful, janganlah berlebihan sampai membebankan anda sendiri. Tetapi, janganlah pula menjadikan ketidakmampuan ini sebagai alasan untuk tidak mengambil sebarang perlindungan.

Aset Atau Harta Yang Dimiliki

aset yang ada diambil pengiraan takaful

Untuk faktor asset atau harta yang dimiliki ini, perlu dilihat daripada dua perspektif; satu jika anda mempunyai harta yang banyak, dan satu lagi perspektif jika anda mempunyai harta yang sedikit. Jika punyai aset yang banyak terutamanya rumah, kereta dan perniagaan, perlindungan insurans atau takaful diperlukan untuk melindungi nilai aset tersebut.

Hutang Yang Ditanggung

hutang yang ditanggung juga diambil kira untuk tujuan takaful

Perlindungan insurans atau takaful Jika berhutang dengan institusi kewangan seperti bank, mungkin tiada masalah sebab memang diwajibkan mengambil perlindungan insurans atau takaful untuk melindungi hutang tersebut. Tetapi, jika ada berhutang dengan orang lain atau mana-mana pihak dalam jumlah yang besar, digalakkan untuk mempunyai perlindungan insurans atau takaful atas diri sendiri. Apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, pampasan yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar baki hutang yang masih ada. Mungkin ada yang pertikaikan, jika mampu bayar untuk insurans atau takaful setiap bulan, lebih baik duit itu digunakan untuk bayar hutang secara ansuran. Jika hutang tadi tidak sempat dibayar habis akibat kematian atau ada musibah, pampasan daripada insurans atau takaful yang diambil boleh menjadi backup untuk melunaskan hutang tersebut.

Zurich Takaful Pengendali Takaful Terbaik Malaysia

Zurich Takaful merupakan satu syarikat yang berasaskan patuh syariah sepenuhnya. Produk Zurich Takaful juga berasaskan konsep takaful yang diluluskan oleh panel syariah yang profesional.

perlindungan zurich takaful terbaik malaysia

Kami di Zurich Takaful sentiasa menawarkan produk terbaik dan bertepatan dengan keperluan dan kemampuan rakyat Malaysia. Syarikat kami Zurich Takaful sudah menerima banyak anugerah di peringkat nasional kerana memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan selain menawarkan produk yang sangat berkualiti kepada semua pelanggan.

Apa Maksud Takaful Dan Insuran?

Insurans bermaksud pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

pelan takaful terbaik malaysia

Maksud Takaful pula adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan ( Tabarru ), anda memeterai kontrak ( Aqad ) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain , sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh , pemegang polisi ( anda ) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Plan Yang Terdapat di Zurich Takaful

pelan takaful zurich terbaik di malaysia

Terdapat pelbagai plan yang ditawarkan di Zurich Takaful. Antaranya ialah;

MEDICA 2015

Memperkenalkan MEDICA2015 – pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit.

pelan medica 2015 zurich takaful terbaik

 

MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat. Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5, 000, yang mana akan dibayar sekiranya berlaku kematian atas semua sebab.

PATINA 2016

Persediaan untuk sesuatu yang tidak dijangka Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Begitu juga dengan kehidupan seseorang itu, ia boleh berubah tanpa diduga.Persiapkan diri anda untuk penyelesaian kewangan terbaik ketika berurusan di saat-saat yang tidak diduga dan membebankan dengan PATINA2016.

pelan patina 2016 zurich takaful yang terbaik

PATINA2016 adalah satu pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri Standalone yang direka khas untuk memenuhi keperluan perlindungan anda. Ia menyediakan faedah perlindungan 24 jam untuk kematian akibat semua sebab dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Produk mampu milik ini dilengkapi dengan beberapa pelan untuk dipilih, bergantung kepada umur, jantina, dan kelas pekerjaan.

Takafulink Hajj

?Takafulink Hajj adalah Pelan Caruman lazim Takaful Keluarga yang berkaitan pelaburan yang berakhir pada umur 80 tahun bagi Orang Yang Dilindungi. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan kedua-dua perlindungan dan juga manfaat pelaburan. Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit dari mana-mana Dana Syariah Zurich Takaful mengikut dana pilihan anda. Takafulink Hajj telah dipakej bersama dengan manfaat tambahan Perlindungan Khusus (MTKP).

zurich takafulink hajj

Nilai Sijil Zurich Takafulink Hajj adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Shariah Zurich Takaful yang telah dipilih oleh anda.  Dengan Takafulink Hajj, terdapat 3 pilihan yang tersedia untuk pelanggan iaitu Takafulink dengan Tempoh Fleksibel, Takafulink Hajj dengan kadar kenaikan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi dan Takafulink Hajj dengan kadar penurunan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi.

TERM 80 (TT80)

Kekayaan datang dengan pelbagai cara dan bentuk, tetapi keluarga sudah tentunya satu anugerah yang menjadi keutamaan setiap ketua keluarga. Bayangkan betapa bahagianya anda apabila pulang ke rumah untuk bersama anak-anak anda yang selesa bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mereka tersenyum gembira menyambut kepulangan anda. Hidup ini penuh dengan cabaran. Anda telah menempuh segala dugaan hidup, dan anda sedar bahawa dalam dunia yang fana ini, tiada apa yang pasti. Hanya satu kesilapan kecil dan segala-galanya boleh musnah. Sudah tiba masanya untuk anda merancang perlindungan masa depan anda dan orang tersayang. Sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku, anda telah bersedia menghadapinya dengan Pelan Takaful Term 80.

pelan takaful zurich term 80

Takaful Term 80 adalah pelan yang dirangka khusus untuk menangani kemungkinan-kemungkinan tersebut. Dengan perlindungan kewangan yang mencukupi dan fleksibiliti berlandaskan prinsip syariah, anda boleh mendapatkan ketenangan fikiran sekiranya kejadian tidak diduga berlaku. Bertindaklah sekarang dan lindungi keluarga tersayang dengan Pelan Takaful Term 80 untuk mengurangkan kesan buruk daripada sebarang dugaan hidup.

Takafulink Wanita

akafulink Wanita adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang berakhir pada Orang Yang Dilindungi – 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan. Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah Zurich Takaful mengikut dana pilihan anda. Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI).

pelan takafulink wanita untuk perlindungan takaful terbaik

Nilai Sijil Takafulink Wanita adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Syariah Zurich Takaful yang telah dipilih oleh anda. Dengan Takafulink Wanita , terdapat 3 pilihan yang tersedia untuk pelanggan, Takafulink Wanita dengan Tempoh Fleksibel, Takafulink Wanita dengan kadar kenaikan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi dan Takafulink Wanita dengan kadar penurunan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi.

Takafulink

Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Zurich Takaful Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.

takafulink takaful terbaik malaysia

Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda menjamin masa depan yang anda impikan serta perlindungan kewangan yang anda perlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Kini, Zurich Takaful Menjadi Pilihan Nombor 1 di Malaysia

Tidak percaya? Anda boleh saksikan gambar dibawah, di mana mereka telah memilih untuk jadikan Zurich Takaful sebagai sebahagian dari mereka.

testimoni peserta zurich takaful malaysia pelan terbaik testimoni peserta zurich takaful malaysia pelan terbaik testimoni peserta zurich takaful malaysia pelan terbaik testimoni peserta zurich takaful malaysia pelan terbaik

Jom Lindungi Diri Anda Dan Keluarga Anda Sekarang

Sekiranya anda berada di sekitar Negeri Kedah, anda boleh mendapatkan khidmat dari En. Faiz Ahmad untuk mendapatkan sebutharga bagi sumbangan penyertaan pelan takaful dari Zurich Takaful. Hubungi beliau dengan saluran seperti di bawah ini ye.

ENCIK FAIZ AHMAD | CONSULTANT ZURICH TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
Hubungi: Tekan untuk telefon (0192401078) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat:
Zurich Takaful Malaysia Berhad(731996-H)
(Formerly known as MAA Takaful Berhad)
No 1&2, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: