Umum
Oct 12, 2010, 9:07am

Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut


Assalamualaikum,

Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nantikan kebanyakan umat manusia dengan peristiwa-peristiwa menarik seperti perkahwinan, pernikahan dan juga
aktiviti-aktiviti bersosial semasa keluarga.. Tetapi tidak pada 12 nyawa dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 7 buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau Negeri Sembilan semalam.

Difahamkan tragedi ngeri ini berlaku pada 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita. Setakat
tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Kenderaan yang terbabit dalam kemalanagan itu ialah sebuah bas express Delima,
sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas express Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. “Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. -Kosmo

Sumber Kosmo dan Google… Untuk melihat gambar lagi korang boleh ke Amazing Nara.. Disini profhariz.com sediakan video Kemalangan Ngeri 10.10.10 di kawasan kemalangan yang dirakamkan oleh pengguna jalan raya..

ProfHariz : Salam Takziah daripada profhariz.com kepada mereka yang terlibat dalam Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya. Al-fatihah

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: