Review
Sep 14, 2017, 6:02pm

Vendor Butik Di Johor Bahru Classy Boutique


  •  
  •  
  •  
  •  

Perniagaan butik vendor kini menjadi semakin popular serta merupakan antara pilihan utama para peniaga terutama sekali bagi golongan wanita. Objektifnya tidak lain dan tidak bukan adalah bagi membantu peniaga baharu dan sedia ada memasarkan produk mereka selain menggunakan platform atas talian. Butik vendor kebiasaannya dibuka oleh seorang peniaga yang juga merupakan pemilik butik tersebut dan membawa masuk produk-produk peniaga lain ke dalam butiknya.

vendor-boutique-malaysia

Kewujudan peniaga kecil dan baharu atas talian (online) bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga merupakan antara penyebab utama mengapa butik vendor semakin popular dan dikenali.

Classy Boutique, Vendor Butik Di Johor Bahru

vendor-boutique

Memulakan perniagaan secara langsung dan juga atas talian sejak dari tahun 2012, Mizzha Collection And Enterprise lantas mengorak langkah mengembangkan perniagaan mereka apabila membuka Classy Boutique pada tahun 2016 bagi menampung permintaan yang tinggi dari kalangan pelanggan dan juga pemilik produk.

Terletak di Aras Bawah, No 47 Jalan Setia Tropika 1/25 Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Classy Boutique beroperasi pada setiap hari seawal jam 9.30 pagi sehingga 10.30 malam.

missha-boutique

“ YOUR SATISFACTION OUR QUALITY ”

Dengan menggunakan slogan Your Satisfaction Our Quality, Classy Boutique menyediakan pelbagai kelebihan bagi anda sebagai pemilik produk mahupun pembeli.

Kelebihan Menjadi Vendor Di Classy Boutique

Classy Boutique memberikan lebih banyak keistimewaan kepada peniaga-peniaga yang berminat untuk menjadi vendor di bawah bumbung Classy Boutique. Bagi anda yang masih mencari butik yang sesuai untuk meletakkan produk anda, keistimewaan yang ditawarkan oleh Classy Boutique pastinya tidak mungkin dapat di tolak begitu sahaja.

daftar-vendor-percuma

Dengan menjadi vendor di Classy Boutique, pendaftaran adalah PERCUMA buat anda. Tiada caj yang akan dikenakan bagi anda yang berminat untuk menjadi vendor di Classy Boutique. Hanya komisyen dikira bagi setiap barang jualan mengikut jenis produk.

Selain daripada itu, anda juga bakal mendapat keahlian secara automatik sekiranya anda menjadi vendor bagi produk barangan kosmetik dan juga produk kecantikan. Menarik bukan?

barangan-di-missy-boutique

Ada di antara rakan-rakan anda yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan? Apa kata anda jemput rakan-rakan anda sekali untuk turut serta sebagai vendor di Classy Boutique, sudah pasti banyak kelebihan dan manfaat yang anda dapat apabila bersama Classy Boutique dibawah satu bumbung.

Lokasi Classy Boutique Di Johor Bahru Yang Strategik

Classy Boutique terletak di kawasan yang strategik dan berdekatan dengan bangunan-bangunan agensi kerajaan dan swasta. Dengan pelanggan sedia ada di sekitar kawasan butik mereka, sudah pasti ianya merupakan bonus bagi anda sebagai vendor yang bernaung di bawah Classy Boutique.

kawasan-strategik

Untuk lebih spesifik lagi, lokasi Classy Boutique terletak berhampiran dengan :-

  • Bangunan imigresen Johor Bahru (KDNK)
  • Bersebelahan kedai cuci kereta AGW Carwash
  • Dobi automatik Happy laundry
  • Kedai gunting rambut FARAFA
  • Restoran Mustika Zam-Zam dan juga Restoran Minang

Harga Pemborong Produk Termurah Di Pasaran Hanya di Classy Boutique

Untuk pengetahuan anda, Classy Boutique juga merupakan pemborong bagi produk suppliment dan kosmetik. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM3.00 sahaja yang merangkumi pelbagai jenis produk kosmetik dan kecantikan.

Bagaimana Hendak Mendapatkan Harga Pemorong?

Sebagai pelanggan Classy Boutique, anda diberikan keistimewaan untuk mendapatkan harga produk secara borong dengan hanya mengeluarkan yuran keahlian sebanyak RM8.00 sahaja untuk sekali pendaftaran dan terus melayakkan anda menikmati harga pemborong ataupun promosi Kemerdekaan.

produk-di-classy-boutique

Bukan itu sahaja, Calssy Boutique juga turut menyediakan khidmat Cash On Delivery (COD) untuk anda yang membuat pembelian RM 80.00 dan keatas didalam satu resit bagi pembeli yang tinggal di sekitar Johor Bahru.

Bagi anda yang membeli melalui atas talian pula, pihak Classy Boutique turut menyediakan khidmat pengeposan produk pada setiap hari, ini bermakna segala produk tempahan anda akan tiba terus kepada anda dalam masa yang singkat.

pos-setiap-hari

Dan yang lebih menarik lagi mengenai mereka ini, semua pembeli yang mendaftar sebagai ahli akan dimasukkan ke dalam group WhatsApps untuk sebarang kemaskini produk dan harga terbaru dari pihak Classy Boutique.

Saya pasti tiada butik vendor lain yang mampu menawarkan keistimewaan kepada ahli mereka sebagai mana Classy Boutique tawarkan.

Variasi Produk Di Classy Boutique Johor Bahru

Classy Boutique sedia menawarkan kepada anda kepelbagaian produk yang ada di butik mereka. Dengan kepelbagaian produk yang anda di Calssy Boutique, anda kini tidak perlu lagi mencari produk di lokasi-lokasi yang berbeza, semuanya anda boleh temui di butik mereka. Selain harga murah dan mampu milik, ianya juga dapat menjimatkan masa anda.

Antara produk-produk yang boleh anda dapati di Classy Boutique ialah seperti:-

Produk Kesihatan Terbaik Di Classy Boutique Johor Bahru

produk-kesihatan

Bagi anda yang mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik, pelbagai produk kesihatan turut disediakan di Classy Boutique. Sudah pasti jika anda berdaftar sebagai ahli mereka, harga yang ditawarkan semestinya menjimatkan anda.

Produk Kecantikan dan Kosmetik Termurah di Johor Bahru

produk-kecantikan

Apabila bercerita tentang kecantikkan, sudah pasti ramai wanita di luar sana yang ingin tampil anggun dan menawan tidak kira untuk bakal suami, suami mahupun rakan-rakan di pejabat, Classy Botique sedia membantu anda mendapatkan produk-produk kecantikkan termurah yang ada di Johor Bahru.

Koleksi Pakaian Lelaki dan Juga Perempuan

pakaian-lelaki-wanita

Pelbagai pilihan pakaian juga turut ditawarkan di sini. Anda boleh memilih pelbagai jenis rekaan menarik dan terkini yang disediakan oleh pihak Classy Boutique. Bagi anda yang menjalankan perniagaan pakaian, sudah pasti anda wajib turut serta sebagai vendor di Classy Boutique. Tiadai sewaan rak dan tempat dikenakan untuk anda, semuanya adalah percuma.

Aneka Makanan dan Minuman Turut Dijual Di Classy Boutique

aneka-makanan

Bukan hanya membabitkan produk kecantikan, kosmetik, kesihatan dan juga pakaian, malah mereka juga turut menyediakan pelbagai jenis aneka minuman dan makanan. Sebagai pemilik Classy Boutique, Mizzha Collection And Enterprise faham benar akan ragam orang membeli belah. Sudah pasti ada yang haus dan lapar apabila terlalu asyik membeli sehingga lupa untuk menjamu selera. Tidak perlu pening mencari kedai makan, semuanya ada disediakan di Classy Boutique.

Pelbagai jenis Kek, makanan ringan, minuman, mee segera Samyang yang viral pada masa kini, semuanya ada di Classy Boutique, sebut sahaja, pasti semuanya ada.

Pelbagai Jenis Aksesori Di Classy Boutique

pelbagai-aksesori

Apa lagi yang ada? Ya, ada lagi, bagi mereka yang gemarkan aksesori kanta lekap, ianya turut dijual di sini di samping alatan kosmetik yang pelbagai jenis dan saiz. Anda pengusaha makanan? Kek coklat? Ianya satu berita baik buat anda. Classy Boutique sentiasa mengalu-alukan kerjasama anda untuk menjadi sebahagian daripada vendor yang ada di Classy Boutique.

Peluang anda kini terbuka luas untuk terus mengembangkan perniagaan. Siapa sangka perniagaan anda nanti akan lebih maju dan semakin dikenali dengan kerjasama yang dijalinkan bersama Classy Boutique Johor Bahru.

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian dan juga maklumat lanjut anda boleh menghubungi Classy Boutique di :-

CLASSY BOUTIQUE JOHOR BAHRU

Telefon: 012-7818780 | Link WhatsApp

Facebook: @mizzhacollectionsandenterprise Instagram:  @classyboutiquebymizzha Wechat: miszhacollections

Alamat: Aras Bawah, No 47 Jalan Setia Tropika 1/25, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru.

Waktu Operasi: 9.30 pagi – 10.30 malam / setiap hari

Nak jadi vendor di Classy Boutique?

Sila telefon ke +60127818780 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak jadi vendor di Classy Boutique?

Sila telefon ke +60127818780 atau WhatsApp SEKARANG!