Umum
Jun 21, 2010, 7:30pm

UPSR, PMR dimansuhkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Hariz.
pada entri kali ini Hariz tidak mahu berbicara dengan panjang lebar.
Cuma ingin berkongsi pendapat dengan semua pihak sama ada anda seorang guru,
pelajar pensyarah, ibu bapa, kakitangan awam dan sebagainya berhubung
keratan akhbar Berita Harian Online..
UPSR, PMR Mungkin Dimansuhakn:Muhyidin”
MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana
aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan
sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat
dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau
perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,”
katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di
Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata
peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi
sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja
dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

“Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan
dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya,” katanya.

Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu
ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar
iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki
institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun
hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat
penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam,
guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah
menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain,
serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana
jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat
bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti
adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di
Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA
Maka timbulah persoalan disini adakah Wajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)
dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dimansuhkam?

Pada pendapat saya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
ini dimakansuhkan adalah satu cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan.
Namun ada baik dan buruknya. Oleh itu, pihak kementerian haruslah membuat kajian
dengan teliti sebelum sesuatu keputusan itu dibuat agar tidak merugikan mana-mana pihak.
kerana masa interview kerja majikan tidak akan bertanya mengenai
peperiksaan UPSR dan PMR, malah apa yang ditanya hanyalah sijil SPM, STPM atau pun Sijil dari
Institusi Pengajian Tinggi..


Menurut pendapat Tuan Valentine Deli dalam forum engkabang.net, beliau berkata,
“jika UPSR dan PMR dimansuhkan, peperiksaan serupa boleh dilakukan diperingkat sekolah
dengan menggunakan kertas soalan yang disediakan oleh LPM bagi menentukan
hala tuju dan siapa yang berkelayakan memasuki SBP (sekolah berasrama penuh).
Buat tapisan bagi yang berprestasi tinggi.”

Ini baru cadangan sahaja. Apa-apa pun mestilah ada pro dan kontranya..
Bagaimana pula dengan pandangan / komentar anda?

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: