Umum
Nov 11, 2010, 3:00pm

UPSR 2010 48,327 Calon Peroleh Semua A


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam semua,

Tahniah kepada semua adik-adik yang menduduki UPSR 2010 yang berjaya mendapat Keputusan Cemerlang Semua A.. Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu..

Menurut laporan Berita Harian Online..

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ahafar Mahmood berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2010 di sini, sebentar tadi. Seramai 486,321 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

ProfHariz : Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A takpe PMR dan SPM masih ada 🙂