Islam
Nov 20, 2010, 11:27pm

Uncle Seekers Yang Berani Kerana Benar ?


Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Al-Attas.. Sejak kebelakangan ini Uncle Seekers sering kali disebut dengan cerita yang didedahkan olehnya iaitu Cinta Syuhhh.. Kejayaan hanya milik orang yang berani dan berusaha keras.. Adakah Uncle Seekers berani kerana benar takut kerana salah ? yang diajukan oleh Sumijelly di sini..

UncleSumber Gambar : Uncle Seekers

Sedar atau tidak kita semua pasti akan ada sifat-sifat berani. Apa yang membezakan kita adalah Sifat Berani Yang Negatif atau Sifat Berani Yang Positif..

Sifat Berani Yang Negatif disini bermaksud sifat berani yang patut ditakut atau melanggar syariat dan peraturan yang baik.. Ataupun Berani yang merugikan diri sendiri dan sesama manusia.. Ataupun Berani yang Negatif ini perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melanggar peraturan lalu lintas, berani menyakiti hati orang lain..

Sifat Berani Yang Positif pula adalah sifat-sifat yang diamalkan akan beroleh kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain dan digalakkan oleh islam. Dengan kata lain berani kepada suruhan Allah SWT dan takut melakukan yang salah atau maksiat. Sebagai contohnya, Berani beramal dengan sifat-sifat terpuji..

Takabur (Sombong) : Satu sifat yang sangat dicela dan dikutuk oleh ajaran Islam. Sifat ini sudah ada sejak Nabi Adam a.s dicipta lagi. Antara sifat yang dimiliki oleh orang yang takabur ialah mudah marah dan kasar, sering menghina, mencaci, jarang sekali berterima kasih dan memuji kelebihan orang lain, pantang menerima kritikan dan saranan, tidak suka bermusyawarah, tidak mahu mengaku kesalahan atau kekurangan dan sering dengki dengan orang lain dan antara kata-kata yang berunsur takabur ialah “Kalau aku kata hitam, hitamlah………” dan “Kalau tidak kerana aku………”.

Sabda Rasullullah SAW ( riwayat Muslim ) :
“Tidak akan dimasukkan ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat takbur”.

Berani Mengkritik Secara Menyenangkan : Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya mencari-cari kesalahan. Kalau anda tidak tahu bagaimana sebaiknya untuk melakukannya, lebih baik anda diam. Orang yang mengkritik pada masa kritik diperlukan, dan memberinya secara jitu, jarang kita temui. Mereka inilah memang pemimpin sejati. Ramai di antara kita lebih senang mengkritik semasa pemimpin tidak berada disisi mereka.

  • Kritiklah di bawah empat mata dan jangan sekali-kali mengkritik di depan orang ramai.

Video Klip Uncle Seekers

Wallahualam bissawab

Laman Blog Uncle Seekers : http://uncleseekers.blogspot.com/

ProfHariz : Orang yang berjaya tidak pernah mempunyai perasaan takut kepada kegagalan. Bahkan kegagalan merupakan pelajaran terbaik bagi mereka.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: