Diet Plan
Oct 21, 2013, 10:53pm

Ulasan 5 Diet Plan Paling Popular


Diet Plan

Begitu banyak pilihan diet yang berada di luar sana. Ini menyebabkan kita menjadi sukar untuk memilih “Diet Plan” yang mana sesuai dengan diri. Untuk membantu anda, Saya menyediakan ulasan 5 diet paling popular dan sama-sama kita lihat kebaikan dan keburukan diet-diet berikut.

Diet Dukan

1. Diet Dukan
Diet dukan adalah diet rendah karbohidrat(carb), tinggi protein. Tiada had berapa banyak yang anda boleh makan semasa plan empat fasa asalkan berpegang kepada kaedah-kaedah rancangan itu. Semasa fasa pertama, anda berada pada diet protein tanpa lemak yang ketat. Ini adalah berdasarkan kepada senarai 72 makanan yang agak rendah lemak dan kaya dengan protein seperti ayam, telur, ikan dan susu bebas lemak.

Perkara ini adalah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat iaitu purata dalam masa lima hari. Karbohidrat adalah dilarang kecuali sedikit “oat bran”. Diet Dukan tidak seperti Diet Atkins. Pada fasa pertama Diet Dukan mengharamkan sayur-sayuran dan amat serius untuk menyekat lemak. Seterusnya pada tiga fasa yang lain mula beransur-ansur kepada beberapa buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan akhirnya semua makanan.

Tujuannya Diet Dukan secara beransur-ansur adalah untuk menghilangkan berat badan sehingga 1kg seminggu dan untuk menggalakkan pengurusan berat badan pada jangka masa panjang. Tiada had masa untuk fasa terakhir, dimana cuma melibatkan protein seminggu sekali dan mengambil senaman.

Pro dan Kelebihan

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan cepat
  • Mudah diikuti
  • Tidak perlu kira kalori
  • Tidak ada sekatan makanan

Kontra dan Kekurangan

  • Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia.
  • Kekurangan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran pada peringkat awal diet
  • Menyebabkan sembelit.

 Diet Atkins

2. Diet Atkins
Diet Atkins adalah rendah-karbohidrat(carb), tinggi protein bagi menurunakan berat badan. Anda bermula dengan diet rendah-karbohidrat yang direka untuk “rapid weight loss”. Program ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu dan bergantung kepada berapa berat idaman anda. Semasa fasa ini, anda berada pada diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.

Diet Atkins berbeza dengan Diet Dukan. Diet Atkins membolehkan lemak yang tidak terhad dan beberapa sayur-sayuran, seperti lada, timun dan salad semasa fasa pertama. Dalam tempoh tiga fasa seterusnya, penurunan berat badan itu mungkin menjadi lebih beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan. Lebih banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkenalkan ke dalam diet anda dengan tujuan pengambilan karbohidrat yang ideal dengan anda bagi mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup. Fasa satu direka untuk membantu anda kehilangan sehingga 6kg dalam masa 2 minggu, mengurangkan kepada 1kg kepada 3 kg dalam fasa kedua.

Pro dan Kelebihan

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat
  • Menggalakan untuk mengurangkan karbohidrat yang diproses dan alkohol
  • Tidak perlu kira kalori
  • Mudah untuk lelaki

Kontra dan Kekurangan

  • Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia.
  • Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung
  • Pengambilan protein yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan tulang dalam jangka masa panjang

Diet Cambridge

3. Diet Cambridge
Plan Diet Cambridge adalah berasaskan kepada membeli dan makan pelbagai produk makanan tambahan dengan janji berat badan akan turun dengan cepat. Terdapat enam rancangan diet yang fleksibel dari 415kalori kepada 1500kalori atau lebih dalam masa sehari, ini bergantung kepada matlamat berat badan idaman anda. Terdapat juga program pengurusan berat badan jangka panjang. Sup, bubur dan shake yang boleh digunakan sebagai sumber utama pemakanan anda atau bersama makanan biasa iaitu rendah kalori. Pada program ini, anda menerima nasihat dan sokongan mengenai pemakanan sihat dan senaman daripada Cambridge

Pro dan Kelebihan

  • Keputusan berat badan yang akan turun secara mengejut dan drastik
  • Pemakanan seimbang
  • Motivasi yang berterusan
  • Pengawalan oleh consultan

Kontra dan Kekurangan

  • Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia.
  • Sukar diamalkan
  • Kos yang tinggi

Diet Slim-Fast

4. Diet Slim-Fast
Diet Slim Fast adalah diet rendah kalori dengan rancangan makanan gantian untuk orang yang mempunyai BMI 25 dan keatas. Ia menggunakan pelbagai produk Slim-Fast. Pelan ini mencadangkan tiga hari makanan ringan dari senarai yang banyak, termasuk kerepek dan coklat. Dua makanan gantian shake atau bar dan satu hidangan tetap yang perlu diambil dari senarai laman web Slim-Fast. Anda boleh kekal pada diet selagi anda mahu bergantung kepada matlamat berat badan idaman. Setelah sampai, anda dinasihatkan untuk mempunyai satu makanan gantian iaitu shake pada setiap sehinga dua makanan ringan rendah lemak dan dua
makanan yang sihat. Pelan ini direka untuk membantu anda kehilangan kira-kira 500g sehingga 1kg dalam masa 2minggu dan anda boleh mengikuti diet selagi anda mahu.

Pro dan Kelebihan

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan makanan gantian
  • Plan yang mudah
  • Tiada makanan yang dilarang
  • Penurunan berat badan tidak drastik (Tiada kendur)

Kontra dan Kekurangan

  • Mendidik orang mengubah tabiat makan
  • Risiko berat kembali semua sebaik sahaja berhenti menggunakan produk
  • Sukar mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran pada permulaan 5hari anda secara berturut-turut.

Balanced Diet

5. Balanced Diet
Jika di malaysia diet seimbang adalah diet yang disyorkan oleh Cikgu Fitness Kevin Zahri dimana diet yang membekalkan nutrien. Ia mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh badan daripada semua kumpulan makan untuk organ, tisu dan fungsi sel-sel badan. Diet ini dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci kejayaan diet ini ialah merancang keperluan kalori seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Pro dan Kelebihan

  • Meringankan masalah kesihatan seperti jantung, artritis, takan darah tinggi dan kolestrol
  • Badan yang seimbang dari mental dan fizikal
  • Menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat
  • Semua makanan boleh makan tetapi perlu di sukat.

Kontra dan Kekurangan

  • Sukat Makanan
  • Kira kalori
  • Berat lambat turun

Diet mana yang terbaik?

Saya telah mencuba Diet Seimbang dan Diet Atkins. Dan hasilnya inshaAllah akan saya kupaskan dalam artikel yang lain. Bagi saya, tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Mengikut kemampuan dan kehendak anda. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.

Tapi ingat, tiada diet yang boleh membangkang fakta berikut: Naik-turun berat badan ditentukan oleh kadar pengambilan kalori berbanding keluar. Kalau pengambilan berlebihan, maka naik-lah berat badan.

Jadilah pengamal diet yang bijaksana. Dan agak-agak apakah diet pilihan anda? Sila kongsikan.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: