Umum
Nov 10, 2010, 12:16am

TV-Al Hijrah Segalanya Bermula Di Sini


TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. Ketua Pegawai Eksekutif TV-Al Hijrah, Bukhari Che Muda

TV Al Hijrah

TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan “Segalanya Bermula di Sini” itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah.

Al Hijrah

Frekuensi TV- Al Hijrah

Lembah Klang  – 743.25 MHz
Terengganu       – 631.25 MHz
Johor                   – 623.25 MHz
Sarawak              – 599.25 MHz
Sabah                   – 599.25 MHz

ProfHariz : Alhamdullilah Satu Medium Lagi Untuk Membawa Kita Setapak Ke Hadapan Dengan Munculnya TV-Al Hijrah

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: