Review
Jan 26, 2018, 9:14am

Tutorial Tudung Senang Pakai dan Dibentuk


Para wanita yang berhijab pasti tahu betapa pentingnya tudung di dalam kehidupan seharian mereka. Tudung merupakan salah satu pakaian yang paing penting kerana ia mempengaruhi keyakinan anda untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai. Boleh rosak mood kalau tudung tak jadi, kan? Bagi kebanyakan wanita, tudung yang dipakai juga tidak boleh sama kerana ia perlu sama dengan pakaian serta aksesori yang dikenakan. Jadi, seorang wanita akan memiliki warna dan corak tudung yang berbeza di dalam koleksi mereka.

tudung sarung instant arissa 02

Oleh itu, ramai peniaga yang mengeluarkan tudung – tudung yang mengikut fesyen terkini dan tidak lupa juga para artis yang mengeluarkan jenama tudung mereka tersendiri disebabkan oleh permintaan ramai. Namun begitu, makin ramai wanita yang menyukai cara pemakaian tudung yang mudah dan juga senang dibentuk untuk mereka melakukan aktiviti harian. Anda perlu cakna dengan material kain yang digunakan oleh tudung agar anda boleh memakai tudung yang senang dibentuk tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Tutorial Tudung Senang Pakai dan Dibentuk Mengikut Jenis Material Kain Tudung

tutorial tudung senang pakai mengikut material tudung

Anda boleh mengikuti tutorial – tutorial di bawah sekiranya anda mahukan gaya tudung yang mudah dipakai dan senang dibentuk berdasarkan material – material kain tudung agar anda boleh menggayakan tudung anda dengan selesa dan juga tampil elegan tanpa memerlukan usaha yang banyak.

  • Kapas @ Cotton

Tudung yang diperbuat daripada material kapas merupakan tudung yang mudah dibentuk dan mudah dipakai. Kain kapas selalunya dibuat tudung bawal tetapi ada juga yang dibuat bentuk shawl. Kain kapas bersifat sejuk dan anda tidak akan berpeluh apabila mengenakannya dan ia akan mudah dibentuk sekiranya ia mempunyai gred dan berkualiti tinggi. Ia mempunyai bentuk empat segi sama dan boleh dikenakan dengan pelbagai gaya.

tutorial tudung senang pakai mengikut material kain kapas

Tutorial Tudung Kapas @ Cotton

  • Letakkan shawl jenis cotton di atas kepala dan pastikan sebelah kiri adalah lebih pendek.
  • Bawa shawl kanan yang lebih panjang ke atas kepala dan pastikan terdapat lebihan di bahagian bawah.
  • Pinkan bahagian tepi shawl.
  • Aturkan bahagian bawah dan tepi agar shawl anda lebih kemas.
  • Bawa bahagian bawah ke tepi shawl yang telah dipinkan dan pin dengan menggunakan jarum peniti.
  • Kemaskan.

langkah tutorial tudung cotton senang pakai

  • Chiffon

Kain jenis chiffon adalah lebih sensitif dan bersifat licin. Jika anda mengenakan tudung yang diperbuat daripada jenis ini, anda perlu menjaganya dengan teliti kerana pergerakan yang terlalu banyak boleh merosakkan tudung anda. Anda perlu menggunakan anak tudung yang diperbuat daripada kapas sekiranya anda tidak mahu tudung jenis chiffon terlucut dari kepala anda. Pin juga diperlukan untuk kemasan. Anda boleh menggunakan tudung chiffon untuk majlis makan malam atau majlis – majlis rasmi.

langkah tutorial tudung chiffon senang pakai

Tutorial Tudung Chiffon

  • Letakkan selendang chiffon di atas kepala dan pastikan sebelah kanan adalah lebih pendek.
  • Bawa kain sebelah kanan ke kiri dan pinkan di bahagian dalam.
  • Pintalkan kain di sebelah kiri sekali dan bawa ke bahagian atas kepala.
  • Pinkan di tepi dan kemaskan selendang anda.

langkah tutorial tudung senang pakai material chiffon

  • Crepe

Kain jenis crepe adalah nipis dan juga lembut. Ia diperbuat daripada sutera dan permukaannya bergerutu. Ia dihasilakan melalui teknik alternate S dan Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Kain crepe adalah mudah dijaga dan juga tidak berkedut. Disebabkan sifatnya yang lembut dan nipis, tudung yang diperbuat daripada kain crepe adalah senang dibentuk, selesa dan juga tidak panas. Kain crepe yang terbaik adalah moss crepe kerana ia lebih sejuk, selesa, tebal tetapi masih ringan dipakai.

langkah tutorial tudung senang pakai material crepe

Tutorial Tudung Crepe

  • Lipat tudung menjadi tiga segi dan pastikan labh tudung adalah sama
  • Pinkan di bahagian dagu
  • Tarik dan silangkan kedua – dua hujung tudung tersebut
  • Pinkan di bahagian bahu.
  • Kemaskan tudung anda dan siap.

langkah tutorial tudung crepe senang pakai

  • Lycra

Tudung yang diperbuat dari kain jenis lycra pernah menjadi kegilaan ramai pada suatu masa dahulu, kainnya yang dikenali sebagai spandex bersifat elastik, kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Jadi, tudung yang diperbuat daripada lycra adalah mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaan tudung ini adalah senang kerana kain ini telah mencipa tudung tanpa pin.

langkah tutorial tudung lycra senang pakai

Tutorial Tudung Lycra

  • Letakkan shawl tersebut atas kepala dan pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek
  • Tarik bahagian yang panjang.
  • Lilit seperti biasa
  • Pinkan atas kepala.
  • Jika anda menggunakan shawl yang mempunyai bunga rose seperti di gambar , anda boleh kemaskan bunga rose tersebut di bahagian yang anda selesa.
  • Jika shawl lycra anda adalah kosong, maka kemaskan shawl tersebut mengikut keselesaan anda sendiri.

langkah tutorial tudung senang pakai material lycra

  • Satin

Tudung yang diperbuat daripada kain satin adalah agak sukar untuk digayakan. Ia mempunyai permukaan yang berkilat dan bersifat licin, mudah dijahit dan tahan lama. Meskipun ia agak sukar dipakai, namun anda akan kelihatan mewah dan juga feminin. Jika anda menggunakan shawl satin dan dililit di atas kepala, ia akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, anda perlu memasukkan kain satin sebagai salah satu koleksi tudung anda.

langkah tutorial tudung senang pakai material satin

Tutorial Tudung Satin

  • Letakkan shawl satin di atas kepala dan pastikan labuh shawl sebelah kiri adalah lebih pendek.
  • Pinkan shawl bahagian kiri di sebelah dalam.
  • Lilitkan shawl bahagian kanan di atas kepala.
  • Pinkan bahagian sisi dan kemaskan mengikut keselesaan anda.

langkah tutorial tudung satin senang pakai

Instant Arissa by Sarah Ahmad [Tudung Sarung Yang Mudah Dipakai Dan Elegan]

Peminat – peminat tudung bolehlah menambah koleksi mereka dengan membeli tudung Instant Arissa by Sarah Ahmad. Tudung sarung ini merupakan tudung yang sangat selesa dipakai serta mudah dibentuk. Apa yang lebih menyeronokkan adalah tudung ini tidak perlu dibelit kerana ia merupakan tudung sarung. Anda hanya perlu menyarung tudung ini dan boleh menjalankan aktivti harian anda dengan mudah. Meskipun ia merupakan tudung sarung, tetapi anda pasti akan tampil bergaya dengan Instant Arissa.

tudung instant shawl senang pakai

By Sarah Ahmad sedang mengadakan promosi untuk Instant Arissa jadi anda perlu merebut peluang keemasan ini dan miliki Instant Arissa dengan harga yang amat berpatutan. Anda boleh mendapatkan tudung kegemaran ramai ini dengan harga RM 120 untuk 3 helai Instant Arissa. Pasti anda tidak akan menyesal kerana tudung ini adalah amat cantik dan selesa digunakan untuk apa sahaja acara ataupun majlis.

tudung instant shawl yang senang pakai

Kelebihan – kelebihan Tudung Instant Arissa By Sarah Ahmad

Tudung Instant Arissa mempunyai pelbagai kelebihan yang pasti menambat hati para pemakai hijab dan anda boleh melihat kelebihan – kelebihan Instant Arissa seperti di bawah;

kelebihan tudung instant shawl yang senang pakai

  • Ironless

Tudung Instant Arissa tidak memerlukan anda menggosok kain tersebut kerana ianya tidak mudah berkedut. Anda boleh gumpalkan sahaja tudung ini ke dalam beg dan ambil terus dari gumpalan tersebut dan pakai. Ini amat memudahkan anda sekiranya anda tidak sempat untuk ke tempat kerja ataupun sedang bercuti.

kelebihan tudung instant shawl yang tak payah gosok

  • Warna Yang Pelbagai

Anda boleh memilih Instant Arissa daripada lebih 20 jenis warna yang pasti tidak jemu mata memandang. Jadi, anda boleh membuat koleksi anda yang tersendiri dengan Instant Arissa yang didatangkan dengan pelbagai warna ini. Bolehlah anda mendapatkan warna yang sesuai dengan pakaian dan juga aksesori anda.

kelebihan tudung instant shawl

  • Menggunakan Kain Moss Crepe

Kain moss crepe adalah material yang paling terbaik untuk dibuat tudung. Kain ini diimport untuk menghasilkan instant Arissa. Ia bersifat lembut dan sejuk serta mempunyai kain yang tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. Ia juga ringan dipakai serta tidak melekap ke kepala anda yang membuatkan anda selesa menggunakan Instant Arissa ke mana sahaja.

kelebihan tudung instant shawl crepe moss

  • Design Yang Sangat Cantik

Tudung ini menggunakan special pleated di bahagian bahu yang membuatkan rekabentuk Instant Arissa sangat cantik dan menarik untuk dipakai. Ia membuatkan tudung ini terletak dengan cantik dan tidak jatuh di bahagian bahu anda. Jadi, tudung anda akan kelihatan terletak sepanjang hari.

kelebihan tudung instant shawl crepe

  • Boleh Digayakan Dengan Pelbagai Cara

Tudung Instant Arissa boleh digayakan dengan pelbagai cara dan tidak terhad kepada satu cara sahaja. Untuk menampakkan kesan yang lebih bergaya, anda boleh mengenakan brooch kegemaran anda dan jika anda bukan peminat brooch, anda tidak perlu mengenakan sebarang brooch kerana Instant Arissa boleh digayakan dengan brooch ataupun tanpa brooch. Kedua – dua cara tetap kelihatan cantik ketika anda mengenakan Instant Arissa.

tudung instant shawl mudah dipadankan

  • Terdapat Saiz L dan XL

Untuk anda yang maukan tudung yang menutup dada, Instant Arissa adalah jawapannya. Terdapat dua saiz yang tersedia, iaitu L dan XL. Kedua – dua saiz ini boleh menutup dada jadi anda tidak perlu risau kerana saiz L sahaja sudah boleh menutup dada. Anda boleh bergaya sambil mematuhi syariah dengan tudung Instant Arissa.

tudung instant shawl saiz L XL

  • Tudung Yang Mudah Digunakan

Anda tidak lagi perlu membelit – belit tudung untuk mendapatkan gaya tudung yang elegan. Sarung sahaja tudung Arissa dan anda pasti akan kelihatan cukup bergaya. Walaupun anda hanya menyarung tudung ini, ianya amat mudah dibentuk dan boleh menjimatkan masa anda. Jadi, ianya sesuai untuk wanita bekerjaya dan juga penggemar gaya tudung yang mudah.

tudung instant shawl saiz L XL selesa

Testimoni Pengguna Instant Arissa by Sarah Ahmad

Produk yang baik pasti akan menambat hati ramai para pelanggan dan begitu juga dengan Intant Arissa.Terdapat ramai pengguna tudung Instant Arissa by Sarah Ahmad telahpun berpuas hati dan meninggalkan testimoni untuk ditatap oleh para pelanggan. Anda juga boleh melihat review dan testimoni yang telah diberikan oleh pengguna tudung ini seperti di bawah;

tudung sarung instant arissa 04 tudung sarung instant arissa 06 tudung sarung instant arissa 07 tudung sarung instant arissa 08

Suami pun memilih Instant Arissa by Sarah Ahmad kerana tudungnya yang mudah dipakai.

Miliki Tudung Instant Arissa By Sarah Ahmad Sekarang!

Untuk anda yang mahukan tudung yang selesa serta bergaya, dapatkan koleksi Instant Arissa by Sarah Ahmad dengan menghubungi media sosial dan laman web mereka seperti berikut;

order tudung instant shawl online

 

Jom Order Instant Shawl bySarahAhmad SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

7, Jalan 54 Rantau Laut Petronas, Perumahan Petronas Rantau Bukit, 24300 Kerteh, Terengganu

   
Jom Order Instant Shawl bySarahAhmad SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Instant Shawl bySarahAhmad SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: