Review
Mar 16, 2018, 12:38pm

Tutorial Memakai Tudung Jenis Chiffon


  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memakai tudung chiffon dengan betul dan cantik. Memakai tudung chiffon bukanlah mudah seperti memakai tudung bawal yang hanya perlukan kita lipat dan pakai di kepala, tak kurang juga mudah seperti tudung sarung yang hanya sarung sahaja di kepala. Tudung chiffon adalah sejenis tudung yang diperbuat daripada material jenis fabrik chiffon iaitu kainnya lembut dan halus tetapi ia bukanlah licin seperti kain satin.

tutorial memakai tudung jenis chiffon

Material chiffon lebih mudah terletak di kepala dan kedudukannya tidak lari dari kepala berbanding dengan tudung jenis satin.  Anda perlu membetulkan kedudukan tudung dikepala supaya ia tidak lari dan berkedut sekiranya memakai tudung satin, tetapi dengan tudung chiffon pula, anda hanya perlu membentuk seperti anda mahukan dan pin di bahagian yang perlu. Itu sahaja, mudah kan? Yang merumitkan adalah bagaimana style atau cara anda ingin gayakannya!

Tutorial Memakai Tudung Jenis Chiffon

tutorial memakai tudung jenis chiffon

Tudung Chiffon boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan cara.  Anda memerlukan sedikit kreativiti dan idea dalam menggayakannya.  Banyak tutorial yang telah dihasilkan bagi membantu anda memilih gaya bagaimana yang anda ingin pakai dan ia juga telah menjadi trendy dalam fesyen hijab. Anda boleh ikuti tutorial-tutorial atau cara-cara memakai tudung chiffon yang pelbagai jenis ini.

Tutorial Tudung Chiffon Biasa

Tutorial Tudung Chiffon Biasa

Tudung Chiffon biasanya berbentuk panjang dan digayakan sama seperti selendang lain iaitu anda perlu pin untuk membentuk di muka tetapi pastikan bahawa bahagian kiri atau kanan haruslah lebih pendek daripada sebelahnya.  Setelah pin, bawa bahagian sisi tudung yang panjang ke sebelahnya dan pin di atasnya. Seterusnya anda boleh kemaskan di bahagian tepi tudung yang dibawa dari sudut panjang tadi. Siap!

Tutorial Tudung Chiffon Ala Instant

Tutorial Tudung Chiffon Ala Instant

Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk anda memakai tudung dengan lebih kemas dan seolah-olah memakai tudung instant.  Anda bukan sahaja kelihatan memakai tudung instant tetapi juga seperti bawal instant. Caranya amat mudah, anda hanya perlu membentuk di bahagian muka seperti tudung bawal, kemudian bawakan sisi tudung yang panjang ke atas dan pin di bahagian tepi dengan jarum supaya ia kelihatan ropol dan beralur.

Tutorial Chiffon Style Tepi

Tutorial Tudung Chiffon Ikat Tepi

Memakai tudung chiffon bukan sahaja menggunakan cara yang sama iaitu dengan pin di bahagian tengah sahaja, tetapi tutorial chiffon style tepi ini pula memerlukan anda membahagikan bahagian panjang dan pendek sisi tudung dan kemudian pin kan keduanya di bahagian belakang leher anda.  Selepas itu, tarik sisi tudung bahagian panjang ke atas kepala dan betulkan bahagian atas kepala, dahu dan bahagian tepi tudung dipakai. Pin dengan kerongsang di bahagian tepi tudung anda. Mudah, ia sangat kemas!

Tutorial Chiffon Style Tengah

Tutorial Chiffon Style Tengah

Tutorial chiffon style tengah ini sangat mendapat sambutan ramai sejak dahulu lagi hinggalah kini. Pemakaian chiffon mengikut tutorial ini menjadi seseorang yang tembam atau bermuka besar akan kelihatan lebih kecil dan tidak besar.  Tutorial ini menjadi ikutan ramai wanita terutamanya wanita Malaysia. Caranya nampak rumit tetapi sangay mudah. Anda perlu cantumkan kedua sisi tudung di belakang kepala, kemudian bawa sisi tudung yang panjang naik ke atas kepala dan betulkan. Pastikan bentuk tudung di wajah anda kemas dan cantik. Jangan lupa pin kan tudung di bahagian tepi kepala supaya tidak terjatuh tatkala ditiup angin.

Alaf Hijab – Koleksi Tudung Chiffon Terkini

Beli tudung mahal tapi tak reti nak menggayakan pun tak guna juga. Sebab itulah Alaf Hijab tampil dengan koleksi tudung beserta dengan tutorial yang bersesuaian dengan koleksi yang dikeluarkan. Di Alaf Hijab, mereka sangat memahami keperluan wanita muslimah yang mahu bergaya sealiran dengan trend semasa. Selain tudung Chiffon, Alaf Hijab juga mengeluarkan tudung satin dan bawal juga. Saya pasti anda mungkin salah seorang peminat jenis tudung ini kan? Ya lah, setiap orang ada personaliti yang ingin ditonjolkan. Betul tak?

butik alaf hijab tudung chiffon dan tutorial

Jenis-Jenis Tudung Alaf Hijab

tudung alaf hijab selangor

Mempunyai butik di Kuang, Alaf Hijab semakin ke hadapan dengan pelbagai rekaan dan corak terkini yang lebih trendy dan memahami kehendak wanita. Keluaran tudung Alaf Hijab pasti tidak mengecewakan kepada sesiapa yang memilikinya kerana ianya sangat mudah dipadankan. Jom kita lihat dulu apakah jenis tudung yang ditawarkan oleh Alaf Hijab.

Tudung Chiffon

tudung chiffon alaf hijab terbaik

Tudung menggunakan fabrik chiffon antara pilihan wanita masa kini kerana ianya sangat ringan dan selesa dipakai. Dengan cuaca yang panas di Malaysia ini, tudung Chiffon yang tidak panas ini patut menjadi pilihan tudung harian. Antara kelebihan lain tudung Chiffon adalah ianya tidak mudah berkedut. Jadi sesuai sangat untuk wanita moden yang mahu tampil cantik dengan pantas. Tak perlu risau nak kena gosok tudung dulu sebelum keluar. Pemakaian tudung Chiffon sesuai untuk mereka yang lasak dan senang dibawa ketika travel.

tudung chiffon murah alaf hijab

Koleksi tudung Chiffon Alaf Hijab direka dengan tambahan aksesori pada tudung untuk menaikkan seri si pemakai. Tudung chiffon ini juga dilengkapi dengan tag jenama Alaf Hijab yang sangat eksklusif dan mempunyai corak berbunga-bunga serta batu kecil.  Disamping itu, jahitan yang diaplikasikan pada setiap tudung adalah amat kemas dan cantik. Tudung macam inilah sesuai digayakan untuk majlis formal, majlis ringkas, keluar makan malam, berjalan-jalan serta ia juga sangat sesuai dijadikan hadiah untuk kaum ibu, isteri atau kawan-kawan anda.

Tudung Satin

tudung satin alaf hijab terbaru

Alaf Hijab juga telah memperkenalkan bawal Autumn silky satin AAA di mana ia juga diperbuat daripada material gred AAA dan mempunyai corak-corak yang sangat eksklusif berasaskan tema autumn iaitu berbunga – bunga.  Corak ini sangat menarik dengan taburan bunga autumn dan kombinasi warna menampakkan kelembutan dalam ketegasan si pemakai tudung satin Alaf Hijab ini. Kain satin ini sangat licin tetapi mudah dibentuk dan digayakan kerana kualiti materialnya sangat tinggi.

Bawal KLCC

tudung bawal klcc alaf hijab

Selain itu, Alaf Hijab juga membuat jualan tudung bawal KLCC dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.  Anda yang meminati tudung ini boleh dapatkan dengan Alaf Hijab. Warnanya tidak terhad, anda boleh memilih warna tudung kesukaan anda.  Selain daripada tudung-tudung ini, banyak lagi jenis tudung lain yang dijual di Butik Alaf Hijab.

Kelebihan Dan Ciri-Ciri Tudung Alaf Hijab

kelebihan tudung chiffon dan bawal alaf hijab

Tudung dari Butik Alaf Hijab terutamanya tudung chiffon mempunyai ciri-ciri idaman penggemar fesyen tudung muslimah.  Ia mempunyai kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri serta sangat berbaloi bagi anda untuk memakainya.

  • Material Berkualiti Tinggi

tudung material berkualiti tinggi

Alaf Hijab sangat mementingkan kualiti pada setiap tudung yang dihasilkan. Tidak kira sama ada tudung Chiffon, bawal ataupun tudung KLCC, ianya dihasilkan menggunakan fabrik dari gred yang berkualiti tinggi. Ini untuk memastikan rona warna pada tudung Alaf Hijab bukan sekadar nampak cantik pada warnanya, tetapi sangat sedap dipakai kerana kualitinya dan juga tahan lama.

  • Corak, Warna Dan Gaya Yang Menarik

corak gaya tudung yang menarik

Tudung jenis chiffon dari Alaf Hijab ini juga sangat menarik dan terkini.  Terdapat pelbagai orak, warna dan gaya yang boleh dipadankan dengan pakaian anda serta aktiviti anda. Warna tudung Alaf Hijab ini kebanyakannya adalah warna pastel dan mempunyai corak-corak edisi yang terhad.  

  • Pelbagai Jenis Tudung

butik pelbagai tudung di kuang

Terdapat pelbagai jenis tudung yang telah dikeluarkan oleh Alaf Hijab iaitu Bawal Bidang 60’, Shawl (2 meter panjang x 30cm lebar) dan shawl semi instant.  Tudung-tudung ini mendapat sambutan dan permintaan ramai terutamanya tudung jenis kain chiffon.

  • Menepati Konsep Syariah

tudung yang tutup aurat dengan betul

Pemilihan kain yang sesuai juga menjadi faktor yang mempengaruhi konsep syariah.  Tudung Alaf Hijab dilihat sebagai satu jenama yang mematuhi konsep syariah kerana kainnya tidak nipis dan tidak jarang, labuh menutup aurat malah tidak panas.  Ia sangat selesa dipakai pada tempoh masa yang panjang dan dalam apa sahaja cuaca.

  • Eksklusif dan Tag Jenama Branded

tudung dengan tag jenama yang eksklusif

Tudung Alaf Hijab juga sangat eksklusif dan merupakan tudung yang berjenama.  Ia juga dipamerkan tag jenama Alaf Hijab di bahagian tepi corak bunga. Tag jenama menunjukkan jenama dan kualiti tudung tersebut kerana anda boleh menyemak di laman sesawang.  Kualitinya sangat diyakini ramai.

Harga Tudung Dari Alaf Hijab

Dengan kualiti kain dari fabrik gred AAA yang berkualiti tinggi, Alaf Hijab tidak mahu membebankan pengemar tudung mereka. Anda boleh mendapatkan koleksi Alaf Hijab dari serendah RM49.90 sahaja dengan taburan batu dan manik yang menarik. Untuk corak yang disulam dengan bunga dan batu pula hanyalah RM69.90.  Selain tudung, Alaf Hijab juga mengadakan promosi dari semasa ke semasa untuk menghargai pelanggannya. Jadi, jangan lupa tau untuk like dan follow facebook dan instagram mereka.

Jom Dapatkan Tudung Dari Butik Alaf Hijab

Anda boleh mendapatkan tudung-tudung chiffon yang pelbagai pattern iaitu chiffon biasa dan juga chiffon instant serta pelbagai koleksi tudung lain yang menarik dan memikat hati. Gayakanlah mengikut tutorial-tutorial yang telah dikongsikan bersama Alaf Hijab. Jangan lupa dapatkan tudung-tudung chiffon dan bawal terkini di Alaf Hijab! Untuk maklumat tentang koleksi terbaru dan membeli secara online, boleh hubungi WhatsApp Alaf Hijab dan ikut facebook dan instagram untuk tutorial pemakaian tudung terbaru.

dapatkan tudung chiffon dan bawal murah dan eksklusif

ALAF HIJAB | TUTORIAL MEMAKAI TUDUNG JENIS CHIFFON Hubungi: Tekan untuk telefon (014-9385262 – Miss Yatt) | Tekan Untuk WhatsApp Facebook: ALAF Hijab Instagram: @alafhijab

Alamat: Butik Alaf Hijab KM 28.5 Jalan Kuang, Lorong Teratai, Kg.damai 48050 Kuang Selangor