Suatu kerisauan kepada ibu bapa yang baru menerima bayi adalah risiko terkena demam kuning atau dikenali juga sebagai jaundis. Boleh dikatakan kebanyakkan daripada bayi yang lahir pada hari ini akan terkena demam kuning ini. Demam kuning merupakan keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kuning dan mempunyai tahap bacaan tertentu bagi membezakan tahap yang normal atau sebaliknya.
Setiap bayi baru yang dilahirkan akan diambil dan diuji terlebih dahulu untuk memastikan bayi tersebut mendapat demam kuning ini atau tidak. Sekiranya bayi tersebut mempunyai paras bacaan yang merbahaya, bayi akan diwadkan untuk proses rawatan penurunan bacaan demam kuning ini. Proses ini memerlukan ibu berpisah dengan bayi buat sementara waktu kerana doktor dan jururawat hospital akan melakukan tugas mereka terhadap bayi yang demam kuning ini.
Ketika inilah, emosi ibu akan sikit terganggu kerana terpaksa berjauhan dengan bayi untuk seketika. Andai anda ibu buat anak yang pertama, anda boleh menempah wad ibu sekiranya ada kekosongan. Namun, sekiranya anda masih mempunyai anak lain di rumah, pasti sukar untuk anda tinggal di hospital dengan lebih lama.
Demam kuning disebabkan oleh bilirubin yang berlebihan di dalam darah bayi. Bilirubin ini merupakan sejenis bahan kimia semula jadi yang ditapis oleh hati dan disingkirkan melalui air kencing serta najis. Amat penting bagi anda mengetahui jenis-jenis demam kuning ini. Terdapat beberapa jenis demam kuning yang biasa berlaku pada kebanyakkan bayi. Antaranya adalah :
Demam kuning normal disebabkan hati bayi yang baru lahir tidak mampu untuk memproses sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Ia biasanya berlaku pada 2 ke 4 hari yang pertama dan mula baik sepenuhnya dalam tempoh satu hingga ke dua minggu.
Demam kuning pra-matang disebabkan hati bayi yang baru lahir masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% hingga 2% kes ibu yang menyusu. Ia disebabkan oleh bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Demam kuning susu ibu boleh bermula seawal hari ke 4 hingga hari ke 7 dan akan menghilang selepas tempoh 3 hingga 10 minggu.
Bayi yang mempunyai tahap bacaan demam kuning yang tinggi akan diletakkan di bawah terapi lampu yang dikenali sebagai fototerapi. Alat fototerapi ini berfungsi bagi merendahkan paras bilirubin seterusnya mengurangkan kuning yang dialami oleh bayi.
Kini, anda juga mampu mengurangkan demam kuning bayi anda dengan servis sewaan fototerapi ini. Menariknya, anda sudah tidak perlu meninggalkan bayi anda di hospital kerana anda boleh kurangkan demam kuning bayi hanya di rumah anda sahaja. Jom ikuti artikel ini selanjutnya untuk penerangan yang lebih jelas.
Daripada anda mencuba kaedah tradisional yang belum pasti kesannya, lebih baik anda cuba fototerapi ini yang sememangnya sudah terbukti dapat menurunkan paras demam kuning bayi 70% lebih cepat. Dengan membuat sewaan BiliBlue Home Phototherapy, anda boleh menurunkan paras demam kuning bayi anda hanya di rumah anda sahaja.
Untuk pengetahuan anda, fototerapi jenama Bilibed ini telah digunakan di seluruh dunia bagi ibu bapa yang mahu merawat masalah demam kuning ini sendiri di rumah. Untuk servis sewaan ini, mereka sudah mempunyai pengalaman selama 3 tahun dan hampir 500 orang bayi telah berjaya turunkan paras demam kuning dengan menggunakan fototerapi jenama Bilibed ini.
Penggunaan lampu biru BiliBlue Home Phototherapy adalah sangat terang dan silau. Namun, dengan adanya baby suit ini, nyalaan lampu biru akan terhad kepada badan bayi anda sahaja. Ini akan memberi kesan yang lebih baik dan cepat untuk menurunkan paras demam kuning bayi anda.
Lampu biru BiliBlue Home Phototherapy ini merupakan jenama Medela Bilibed yang mempunyai teknologi dari Switzerland serta digunakan meluas di seluruh dunia. Anda boleh menggunakan fototerapi ini dengan berkesan dan selamat kerana ia telah mendapat pengiktirafan ISO 13485 : 2003, ISO 9001 : 2008 serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bayi anda tidak memerlukan penutup mata kerana cahaya lampu biru datang dari bahagian bawah fototerapi. Ini dapat mengelakkan risiko masalah pada retina mata bayi yang disebabkan silau lampu biru ini.
Demam kuning ini perlu dirawat dengan kadar yang segera. Dengan ini, penghantaran BiliBlue Home Phototherapy ini akan dilakukan selepas 3 jam anda membuat tempahan. Penghantaran dilakukan ke seluruh kawasan di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bagi menyakinkan anda betapa pentingnya untuk anda menyewa BiliBlue Home Phototherapy ini, jom lihat 5 sebab mengapa anda memerlukannya.
Ibu yang baru melahirkan pasti tidak dapat bergerak dengan banyak kerana risau risiko koyakan pada jahitan bersalin atau rahim yang baru melahirkan bayi. Dengan adanya fototerapi di rumah, ibu tidak perlu ke hospital untuk susukan bayi malah ibu akan dapat menyusu bayi setiap satu jam seperti yang disyorkan.
Berbeza dengan rawatan di hospital di mana bayi hanya memakai pampers sahaja untuk melakukan proses penurunan paras demam kuning di bawah lampu biru ini. Tetapi dengan BiliBlue Home Phototherapy, anda boleh pakaikan Baby Suit untuk bayi supaya lampu biru lebih fokus pada badan bayi sahaja.
Pengendalian BiliBlue Home Phototherapy sangat mudah dan cepat. Ibu yang berpantang sendiri boleh melakukannya kerana anda hanya perlu tekan suis sahaja. Proses pemasangan dan cara penggunaan akan dilakukan semasa penghantaran dilakukan nanti.
Ibu yang sudah mempunyai anak yang lain pasti gusar dan khuatir sekiranya perlu berada di hospital untuk tempoh yang lebih lama. Namun, dengan adanya servis sewaan fototerapi ini dirumah, ibu dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang lain juga.
Ibu yang baru melahirkan perlu melalui proses urutan badan supaya dapat membantu proses pengeluaran susu ibu. Selain itu, tukang urut juga akan membantu ibu untuk mengembalikan kembali tenaga serta memperbaiki urat saraf ibu yang telah mengembang selama mengandungkan bayi. Dengan teknik rawatan demam kuning di rumah, ibu dapat menikmati pantang dengan lebih sempurna dan ia sangat bagus untuk proses pemulihan sistem dalaman si ibu.
Berikut adalah kadar yang dikenakan untuk sewaan lampu phototherapy beserta dengan caj penghantaran yang dikenakan. Kadar yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan pastinya melegakan ibu yang sedang berpantang di rumah.
BiliBlue Home Phototherapy pasti menjadi keperluan untuk bayi yang mengalami masalah demam kuning seawal usia yang baru lahir atau bayi yang sudah beberapa hari keluar daripada wad. Anda sebagai ibu bapa boleh menggunakan rawatan alternatif di rumah dengan menggunakan BiliBlue Home Phototherapy ini. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi info di bawah ini.
BILIBLUE HOME PHOTOTHERAPY – TURUNKAN PARAS DEMAM KUNING
Hotline: Tekan untuk telefon (012-6025277) | Tekan untuk WhatsApp
Website: http://www.bilibluephototherapy.com
Hubungi talian +60126025277 atau tekan butang untuk WhatsApp
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang