Hijab ataupun Tudung adalah salah satu pelengkap pakaian wanita khususnya bagi kaum muslimah. Pada masa kini, meskipun mempunyai batas-batas dalam syariat bergaya namun dalam peredaran dan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin menular membolehkan mereka untuk tampil lebih anggun, cantik dan trendy. Permintaan tudung juga semakin tinggi di pasaran kini. Sebagai wanita, fesyen adalah satu kemestian juga, lantaran itu walaupun dengan bajet yang terhad, wanita masih lagi mencari tudung shawl murah sebagai alternatif.
Dewasa ini, tudung atau shawl versi moden telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dikalangan kaum wanita. Pelbagai jenis tudung dan shawl telah diperkenalkan oleh pengusaha dan syarikat-syarikat tempatan bagi mendapat tarikan mengikut kehendak pelanggan. Terdapat pelbagai jenis tudung di pasaran pada hari ini seperti bawal, shawl, wide shawl, semi-instant dan instant shawl.. Terkini instant shawl 2 muka.. Jika diperhatikan, setiap jenis tudung tersebut mempunyai peminatnya yang tersendiri..
Perkembangan dalam perusahaan pengeluaran tudung juga turut memberikan kesan kepada rekaan fesyen – fesyen tudung yang terdapat di pasaran pada masa kini. Ia juga turut mendapat sambutan yang hangat pada masa kini dengan penglibatan selebriti – selebriti terkenal yang mula membuat penghijrahan dari tidak bertudung dengan mula memakai tudung bagi menutup aurat serta penglibatan selebriti secara langsung dalam perusahaan pengeluaran tudung dan selendang ini.
4 Fesyen Tudung Yang Paling Popular Di Malaysia
Kebanyakan fesyen tudung dan shawl masa kini direka untuk memudahkan pemakaian berbanding rekaan lama yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyudahkan pemakaiannya.. Perkembangan positif ini memberikan kesan kepada perkembangan fesyen pemakaian wanita Muslimah yang dipelbagaikan dengan koleksi rekaan tudung mengikut trend kini dan cita rasa wanita masa kini mengikut peringkat umur. Berikut adalah antara fesyen tudung yang paling popular di Malaysia..
Tudung Bawal
Meskipun dunia berhijab kini semakin meningkat permintaannya, terdapat ramai wanita di Malaysia memilih fesyen yang lebih konvensional dan mudah apabila bertudung. Majoritinya menjadikan tudung bawal sebagai tudung kegemaran mereka apabila tampil pada setiap hari meskipun terdapat lambakan fesyen tudung dari masa ke semasa. Kenapa? Kerana tudung bawal adalah tudung yang sangat mudah digayakan..
Terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran iaitu seperti cotton, satin, sutera dan terbaru penggunaan kain crepe. Sama ada bawal kosong, bercorak sehinggalah kepada tudung bawal yang mempunyai taburan batu Swarovski juga menjadi pilihan. Apa yang pasti, tudung bawal digemari dan disukai ramai kerana sangat praktikal untuk digayakan baik untuk ke tempat kerja mahupun di pakai ke mana sahaja.
Shawl/Selendang
Tidak dapat disangkal lagi bahawa, selendang atau lebih dikenali dengan panggilan shawl adalah diantara hijab yang paling digemari oleh kaum wanita di Malaysia. Dengan menggayakan shawl, dapat menimbulkan ciri-ciri kemas pada seseorang individu dan yang menariknya lagi dapat dipakai dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai. Terdapat banyak tutorial yang boleh anda rujuk di social media seperti Instagram, facebook, Youtube dan pelbagai medium lain bagi memudahkan anda untuk tampil cantik seiring dengan masa…
Shawl terdiri daripada material seperti kain cotton, chiffon, sutera, satin dan juga kain crepe. Salah satu sebab kenapa ramai wanita yang menggemari shawl adalah kerana boleh dipakai dengan kemas walaupun tidak digosok khususnya design pashmina, chiffon dan shawl arab.
Tudung Sarung
Tudung sarung atau lebih dikenali sebagai tudung ekspress adalah tudung yang paling mudah dipakai kerana hanya perlu sarung tanpa perlu dipin. Kebanyakan yang menggunakan tudung jenis ini adalah golongan wanita yang sedikit berumur seperti ibu-ibu, dan yang lebih berusia. Ini adalah kerana ianya lebih mudah digayakan dengan cepat.
Terdapat pelbagai jenis tudung sarung di pasaran pada hari ini. Ada yang mempunyai awning lembut pada bahagian muka dan juga ada yang keras. Bukan setakat itu sahaja, tudung sarung telah dipelbagaikan designnya supaya nampak lebih menarik dan eksklusif seperti tudung 1 layer, 2 layer, 3 layer dan sebagainya..
Tudung Eyelash Hem
Tudung dengan jahitan tepi eyelash hem telah diperkenalkan dari sebuah jenama Duck dan menjadi ikutan pelbagai butik dan kedai kerana designnya yang sangat kemas. Tudung dengan jahitan ini menjadi kegilaan pelbagai lapisan wanita baik dari yang muda sehingga yang berusia kerana mampu menimbulkan ciri eksklusif kepada si pemakai.
Terdapat banyak lagi sebenarnya fesyen tudung di Malaysia.. Tetapi ini adalah antara yang paling popular menjadi pilihan kaum wanita.. Jadi yang mana satu pilihan anda? Tak kisahlah yang mana menjadi pilihan anda.. Yang penting, haruslah memastikan tudung yang dipakai dapat memberikan keselesaan yang maksimum semasa menggayakannya.
Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Tidak dinafikan kini terdapat pelbagai jenama tudung di pasaran dengan harga yang pelbagai mengikut jenama yang dijual.. Meletakkan kedudukan jenama sebagai penanda aras kehidupan seseorang rasanya sudah tidak relevan lagi pada masa kini kerana kini bukan mereka yang kaya sahaja mampu bergaya dengan pelbagai barangan dan aksesori berjenama, sebaliknya golongan biasa dan kebanyakan juga sudah mampu menggayakan jenama pilihan.
Pada masa kini, kehidupan menjadi lebih mudah dengan perkembangan teknologi. Media sosial menjadi medium tengah yang menghubungkan pembeli dalam talian dengan penjual mahupun pembekal secara terus. Ini menjadikan pelbagai koleksi berjenama boleh dibeli dengan harga yang lebih murah, malah ada yang terus menerus dari kilang.
Cantik tidak semestinya mahal. Mahal tidak semestinya berjenama. Alah membeli menang memakai. Sebaiknya, inilah yang harus dititikberatkan dalam proses membeli. Hidup ini memang perlu dilengkapi pelbagai keperluan. Jadi, disini saya ingin kongsikan dengan anda semua online shop yang menjual tudung dan shawl murah serendah RM28 dengan koleksi yang menarik..
PS Scarf Menjual Tudung Dan Shawl Murah
“Start Awesome Day With Our Design” merupakan motto bagi PS Scarf.. Di PS Scarf anda boleh mendapatkan pelbagai design shawl terkini dari material kain yang berkualiti tinggi.. Tudung dan shawl yang mereka jual dijamin keselesaannya.. Design tudung dan shawl mereka bercirikan modern, famous dan trendy.
Tudung dan shawl PS Scarf dihasilkan dari material heavy chiffon dan dull satin… Koleksi tudung dan shawl dibawah label PS Scarf seperti Bawal Heavy Chiffon, Shawl Heavy Chiffon, Bawal Dull Satin Diamond, Sarema Reben Ton dan keknis Wideshawl… Antara ciri-ciri tudung dan shawl yang dikeluarkan oleh PS Scarf adalah :-
- Modern
- Cantik
- Kain lembut
- Sejuk dan selesa
- Eksklusif
- Mudah dibentuk
Koleksi Tudung Dan Shawl PS Scarf
Sarema Reben Tone – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Tudung bereben seperti Sarema Reben Tone ini semakin mendapat tempat dihati peminat tudung pada hari ini.. Selain nampak comel, ia juga mengikut syariat dengan menutup keseluruhan bahagian dada.. Sambil bergaya sambil kita menutup aurat.. Itu lebih baik kan? Bermaterialkan heavy chiffon dan berawning lembut.. Padanan yang sangat sesuai… Tudung Sarema Reben Tone ini didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik.. Anda boleh memilih warna kesukaan anda kerana warna yang ada semuanya menarik dan cantik..
Bawal Dull Satin Diamond – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Bawal Dull Satin Diamond ini sudah semestinya materialnya dari kain Dull Satin.. Dihiasi dengan diamond sebagai pelengkap gaya memberikan anda nampak lebih anggun apabila mengenakan tudung bawal ini… Nak eksklusif dan elegent.. Didatangkan dalam 16 warna yang menarik dan cantik.. Ini membuatkan anda rambang mata untuk memilih warna yang ada.. Pastikan Bawal Dull Satin Diamond ini berada dalam koleksi peribadi anda..
Bawal Heavy Chiffon – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Permintaan tudung bawal semakin tinggi pada masa kini dek kerana pemakaiannya yang sangat mudah dan tidak cerewet.. Malah boleh digayakan dalam pelbagai gaya yang menarik.. Bawal Heavy Chiffon ini didatangkan dalam warna pastel dan nude.. Sekiranya anda adalah peminat bawal dan warna lembut, ini adalah pilihan tepat buat anda.. Bermaterialkan Heavy Chiffon membuatkan si pemakai nampak lebih ayu dan sopan.. Jangan risau, bawal ini mudah dibentuk…
Shawl Heavy Chiffon – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Material shawl ini adalah dari kain Heavy Chiffon… Shawl Heavy Chiffon ini juga mudah dibentuk dan sangat lembut kainnya.. Shawl ini sangat selesa dipakai.. Kainnya lembut dan tidak panas.. Dengan 8 warna yang cantik, anda boleh bergaya ke majlis-majlis mahupun ke pejabat.. Anda boleh menggayakan shawl ini dalam pelbagai fesyen mengikut tutorial yang boleh dilihat di youtube atau media sosial yang lain.. Anda pasti akan kelihatan lebih menarik dan anggun..
Keknis Plain Wideshawl – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Shawl keknis sangat popular dikalangan mereka yang gemar memakai shawl.. Dengan ukuran 2 meter x 0.7 meter memudahkan anda untuk menggayakannya dalam pelbagai gaya.. Meterial shawl ini adalah dari heavy chiffon georgette dengan kemasan jahitan baby seam membuatkan shawl ini nampak cantik.. Koleksi tudung ini didatangkan dalam 7 warna pilihan.. Anda pasti sukakan shawl keknis plain ini..
Testimoni Pelanggan PG Scarf – Tudung Shawl Murah Serendah RM28
Ramai yang telah memiliki koleksi tudung dan shawl dari PG Scarf ini.. Dan ramai juga yang berpuashati dengan kualiti kain dan designnya.. Jom kita lihat apa kata pelanggan mereka..
Selain untuk memenuhi gaya, penyesuaian pemakaian tudung dan shawl turut menggalakkan penghijrahan wanita Islam dengan menggalakkan mereka menutup aurat. Setiap rekaan tudung dan shawl mempunyai cara – cara dan pemakaiannya yang tersendiri mengikut rekaan yang ditetapkan oleh pereka dan pengeluar produk tersebut.
Sebagai seorang wanita muslimah, tidaklah salah jika ingin bergaya. Fesyen bertudung dan menutup aurat adalah perkara yang berjalan seiringan. Tidak ada masalah sekiranya seorang wanita muslimah berfesyen dalam bertudung dalam masa yang sama mereka masih mengikut tuntutan yang ditetapkan dalam agama islam. Di samping itu juga, wanita muslimah yang sangat peka terhadap fesyen terkini haruslah menjaga tatasusila sebagai seorang wanita islam walaupun mereka sangat menggemari dan mengikuti fesyen bertudung yang terkini.
Jom Beli Tudung Dan Shawl Murah Di PG Scarf
Bagi anda yang ingin bergaya dengan koleksi tudung yang cantik tetapi inginkan tudung dan shawl pada harga yang rendah, PG Scarf mampu menunaikan hasrat anda kerana PG Scarf menawarkan tudung dan shawl dengan harga yang berbaloi-baloi… Jom beli tudung dan shawl murah di PG Scarf sekarang juga dengan harga serendah RM28 sahaja.. Rugi kalau tak grab tau..!! Anda pasti berpuashati dengan kualiti tudung mereka meskipun harga yang ditawarkan adalah pada harga yang rendah… Harga rendah tak semestinya kualitinya juga rendah tau.. Belum cuba belum tahu.. So, apa tunggu lagi.. Jom beli sekarang..
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :
TUDUNG DAN SHAWL MURAH PG SCARF
Hubungi: Tekan untuk telefon (011-10646842) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: @PGSCARF6842