Umum
Sep 1, 2011, 8:58pm

Tragedi Aidilfitri Kisah Menyayat Hati 2011


  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat rakan blogger, pembaca-pembaca, Members master degree, pelawat-pelawat blog.hariz. Bagaimana dengan Aidilfitri 2011 ini ? Banyak dapat duit raya? Masih di kampung? sudah abis pusing kampung beraya dengan keluarga, sanak saudara, sahabai handai, marka-marka ampa semua ? Kalau yang masih belum lagi,anda semua masih sempat kerana Syawal kan sebulan.

Kisah Menyayat Hati 2011

Di dalam suka pasti ada duka bukan? Aidilfitri 2011 kali ini disambut serba biasa. Mungkin umur sudah semakin meningkat, badan semakin melebar dan ketinggian semakin bertambah inci demi inci. Muka daripada jambu semakin bertambah kachak… #TipuDiSitu Kuih Raya dirumah pun dah nak nampak bekasnya. Kawan-kawan yang datang ke rumah pun Alhamdullilah.. CEQ ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca semua Tragedi Aidilfitri yang kiranya agak menyayat hati untuk tahun ini.

Tragedi Aidilfitri 2011

Tragedi Aidilfiti untuk tahun 2011 ini amat sedih, hiba, berhingus, dan touching-touching sikit, Sebab ape? Duit raya tahun ini dapat cuma RM50 setelah dikira-kira berulang kali secara bertubi-tubi. Siap suruh adik kirakan.. Ternyata hanya RM50. Untuk tahun sebelum-sebelum ini dapat lah jugak angka ratus-ratus kan.. Apakah ini telah menunjukkan aku sudah semakin tua dan tidak layak untuk menerima duit raya? Errrrrrrr… Sedih Bak Ang!

Aku kan masih pelajar sepatutnya layak kot dapat duit raya ratus-ratus. Ada tak sesiapa yang nak bagi kat CEQ duit raya? Ohh Kisah Menyayat Hati aku untuk Aidilfitri 2011 ini sangat tragis kan? 3hb dah nak bertolak ke Melaka. Tiket pukul 11malam.. Lagi Sedih 🙁 Tak puas lagi duduk di Pulau Mutiara ini..

ProfHariz : Pasti ada Tragedi Aidilfitri yang menyayat hati rakan-rakan semua bukan? Mari kongsi rasa