Review
Apr 26, 2014, 8:05pm

Token Tunai Bersama Denaihati


  •  
  •  
  •  
  •  

Aku seorang blogger sepenuh masa. Senang nak sebut tetapi untuk melaksanakannya bukan mudah. Bila sebut sepenuh masa disini seperti anda yang bekerja sepenuh masa bangun seawal 6pagi dan pukul 8 sudah mula drive keluar untuk mencari sesuap nasi. Balik pula pada jam 6petang. Apa yang anda rasa? Pasti pelbagai kan. Nak marah, nak itu dan ini. Hmmm. Pernah tak anda idamkan kerja dari rumah, semuanya anda yang uruskan sendiri. MashaAllah.

Berbalik kepada aku seorang blogger sepenuh masa, jika ditanya kepada saya, “Apa yang kamu nak jadi nanti” Secara terus terang, saya mahu bekerja sendiri, mahu menjadi seorang blogger sepenuh masa sebagai kerjaya sebaik sahaja habis praktikal di Bandar Metropolitan. Tetapi bagaimana mahu mula?

Apa yang selalu orang cakap, nak jadi kerja sepenuh masa ini anda harus jana pendapatan untuk bayar elektrik, bil air, rumah sewa, bil internet, duit kereta, duit belanja dan hulur sikit pada ibu dan bapa dan simpan sikit untuk masa depan. Bila dicongak-congak kurang-kurang RM3000 sebulan itu baru boleh panggil kerja sepenuh masa yang berjaya. InshaAllah coming soon.

Contest Mudah Denaihati Dapat Token Tunai

Token Tunai Bersama Denaihati? Macam mana tu. Mudah ke? Saya yakin dan pasti ramai betul yang dah kenal dengan denaihati. Jika masih belum kenal anda boleh lihat di DENAIHATI kerana banyak dah artikel yang saya buat dan ceritakan tentang denaihati. Baiklah, denaihati kan terkenal dengan tagline Hidup Untuk Memberi, betul tak? Bagus. Jadi dari 2010 sehingga kini Denaihati memang suka memberi dengan mengadakan contest-contest mudah ringkas sehingga susah. Dan sejauh mana Token Tunai denaihati membantu seorang blogger part time menjadi full time.

Token Tunai

Anda nampak 26 March, 9 April dan 18 April. Itu adalah hasil daripada Token Tunai Denaihati dan Alhamdulillah, boleh dikatakan bulan April pendapatan saya RM200 datangnya daripada Denaihati Network. Untuk anda yang berminat nak dapat token tunai apa lagi jom saya mengajak anda untuk sama-sama Follow Group Denaihati Network dan alert dengan post Denaihati ilhamku. InshaAllah peluang kepada semua. Walaupun bukan RM2000 tetapi RM200 pun duit juga kan 🙂

Berikut adalah contest terbaru yang bagi saya sangat mencabar ;

Cabaran kepada Rakan Blogger yg free hujung minggu ini. Mudah je :

1. Buat satu entri bebas sepanjang 350 perkataan dengan memasukan 10 entri blog Denaihati tahun 2012 – 2013 yang paling banyak dapat komen. (jangan lupa letak jumlah komen di hujung setiap entri pilihan). 2. Tajuk bebas tapi mesti ada perkataan “Denaihati” 3. PM url entri ke fanpage Denaihati Network ingat ya PM dan JANGAN tinggalkan url entri diruang komen di bawah ni. 4. Sebarang soalan boleh ditanya di bawah ni. 5. 20 entri paling awal yg cukup syarat akan dapat token tunai. 6. Tutup pada 11.59 pm, 28/4/2014 (Isnin) Sumber : Cabaran Kepada Rakan Blogger

Terus terang saya katakan, ini adalah pengalaman buat contest Token Tunai Bersama Denaihati yang paling mencabar, saya berada di PC bermula jam 6petang 25 April sehingga 6pagi 26April dan saya tidur kemudian sambung lagi petang sehingga artikel ini dipublish. Semoga usaha saya ini berbaloi-baloi untuk terus kekal menjana duit bersama Token Tunai Denaihati. (Teringin sangat nak jadi Team Denaihati, agak-agak ada peluang untuk saya tuan haji?). 10 Entri Paling Banyak Komen Denaihati 2012 – 2013 Terus terang saya katakan, strategi denaihati memang hebat dan luar biasa. Cuba bayangkan bagaimana anda nak pengaruh orang untuk buat 1 artikel dan mendapat komen sehingga hampir 4000 ? MashaAllah sangat luar biasa. Cuba lihat dan baca 10 entri paling banyak komen denaihati 2012 – 2013.

Jadi tunggu apa lagi jom sama-sama mengejar untuk jana duit bersama denaihati iaitu Token Tunai Bersama Denaihati memang benar-benar berhasil. Cuma perlu usaha yang kuat dan gigih. InshaAllah Terima kasih semoga artikel ini layak dan menang. Boleh saya kongsikan lagi payment bersama Token Tunai Bersama Denaihati 🙂