Umum
Jun 26, 2012, 3:10pm

Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan


Jika pembaca Blog.Hariz mengikuti PH di twitter pasti tahu yang PH sejak kebelakangan ini banyak ada temujanji di Hospital Kerajaan. Semalam 25 June PH kena ambil darah. Dan pagi ini PH ada Temujanji untuk Xray buah pinggang. Habis semua depa nak check kan.

Doktor Hospital Kerajaan

Ini semua gara-gara Tahap Tekanan Darah Tinggi dan My mom push doktor suruh check secara menyeluruh. Tapi Alhamdullilah setakat ini tiada apa-apa penyakit yang negatif dan kronik. Hasil Xray sudah tahu dan tiada apa-apa pada Buah Pinggang. Cuma agak risau untuk jumpa doktor pada hari Khamis ini untuk tahu jawapan ujian darah.

Tips Temujanji Bersama Doktor

Bila sebut Hospital Kerajaan pasti semua orang cakap Hospital kerajaan mengarut, lembab, lambat, Memang murah tapi dan macam-macam lagi yang kita boleh dengar daripada mulut orang ramai kan. Dan terkadang diri sendiri pun cakap macam tu. Cuba jujur betul atau tak ?

Bila berlaku macam ini cuba tanya pada diri sendiri, mengapa Hospital Kerajaan jadi macam tu? Berapa Bayaran kita? Apa penyakit kita? Berapa ramai yang merawat di Hospital Kerajaan itu? Semua jawapan ada pada diri anda.

Sebenarnya, Mudah berurusan dengan Hospital Kerajaan ni. Sepatutnya PH akan buat xray pada 18 June 2012. Tapi terpaksa tunda pada hari ini iaitu 26 June 2012 hanya dengan 1 call sahaja. Mudah kan? Selain itu, PH cuma perlukan kurang dari 1 bulan untuk buat ujian Xray ini. Mungkin ini semua Allah Permudahkanlah Segala Urusan Aku.

Mari dekat-dekat dan ambil simpan Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan yang PH nak kongsikan.

Cuba Berlaku Jujur

Maksud PH berlaku jujur di sini ialah ceritakan perkara sebenar yang betul, Jika doktor tanya kepada anda.

Tepati Masa

Jika temujanji bersama doktor pada pukul 8pagi. Maka anda semua perlulah berada di sana lebih awal antaranya pada jam 7.45pagi. Jangan terkejut jika korang sampai jam 7.45pagi orang dah ramai. Tepati masa adalah penting.

Jangan malu bertanya

Apabila kita berurusan dengan Doktor di Hospital Kerajaan jangan malu bertanya. Malu bertanya akan sesat jalan.
Tak semua perkara kita tahu kan.

Berbaik dengan doktor

Cuba kawal emosi anda dan gunakan kelembutan kata-kata anda untuk berbaik dengan doktor. InsyaAllah semua urusan akan mudah.

Prof Hariz : Semoga tips di atas dapatlah korang pupuk dan amalkan. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: