Apa itu takaful? Apa kepentingan takaful? Kenapa perlu langgan takaful? Itu adalah soalan soalan yang lazim yang selalu di tanya oleh pelanggan yang sebelum melanggan takaful. Takaful ialah salah satu bentuk insurans Islam yang mematuh syariah dan prinsip islam. Kepentingan takaful ialah untuk melindungi anda dari musibah yang berlaku tanpa dapat anda bendung. Apabila terjadi sesuatu musibah seperti berlaku kecelakaan, rumah terbakar atau sakit yang perlukan kos yang tinggi, anda boleh claim insurans yang anda carum setiap bulan.
Jika anda seorang yang amat mementingkan perlindungan untuk diri anda dan keluarga, maka anda perlu mendapatkan insurans takaful kerana malang tidak berbau. Namun, anda perlu bijak dalam memilih syarikat insurans yang ditawarkan kerana syarikat – syarikat ini mempunyai polisi tersendiri yang memerlukan anda untuk sampai ke tahap tertentu sebelum anda boleh claim insurans yang ditawarkan. Berikut adalah tips – tips yang anda perlu ikuti sebelum anda memilih syarikat insurans untuk perlindungan anda, keluarga dan pasangan.
Bagi anda yang gemar berboros dan tiada duit simpanan, anda boleh mencarum dengan takaful bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Seperti kita tahu bahawa malang tidak berbau, jadi anda perlulah membuat penyediaan lebih awal untuk masa akan datang. Apabila musibah datang, anda tidak perlu gelabah lagi untuk menghadapinya apabila anda mempunyai caruman takaful.
Selain itu, bagi menjimatkan perbelanjaan duit anda, anda perlulah bersiap – siap dalam menimbangkan bajet perlindungan takaful anda, agar anda tidak terlebih berlanja dan tiada duit bulanan untuk mencarum takaful.
Bagi anda yang ingin melanggan takaful, anda perlulah mengikut kewangan anda. Jangan semata – mata melanggan takaful kerana ejen cantik, kerana ejen baik atau ejen suka memberi hadiah. Hal ini salah. Anda patut berfikir semula, apakah tujuan anda mencarum takaful. Untuk keselamatan dan perlindungan bukan? Jadi anda perlu bijak dalam memilih pelan insurans anda.
Sebelum membuat pencaruman, anda perlu mengira semula berapa gaji anda, agar tidak menjadi beban kepada anda nanti. Jangan mencarum takaful lebih 10% untuk diri sendiri. Ia akan menjadi overpaid untuk anda. Anda perlu berbincang dan mengambil nasihat serta berunding sebelum membuat caruman. Pastikan anda, tidak tertipu oleh mana – mana ejen takaful!
Pada permulaan caruman takaful, anda perlu mengisi borang maklumat diri anda. Pada maklumat diri itu, anda perlu jujur dan jangan sembunyikan apa – apa sahaja tentang anda terutamanya tentang masalah kesihatan anda untuk mendapatkan caruman yang rendah setiap bulan. Apabila disoal tentang diri oleh pihak takaful, anda juga perlu jujur bagi memudahkan urusan dalam caruman.
Kenapa anda perlu jujur? Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, dan anda ingin claim takaful anda tetapi telah didapati berlaku ketidakjujuran dalam maklumat diri, anda tidak akan dapat claim apa – apa atas sebab berlaku penipuan dalam caruman. Jadi rugi bukan? Oleh itu, lakukanlah dengan jujur untuk mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul.
Dalam mencarum insurans, pastikan anda tidak tanda tangan pada borang yang kosong bagi mengelakkan anda ditipu. Pastikan sebelum anda tanda tangan semak dahulu semua maklumat di dalam borang tersebut. Selain itu, pastikan juga anda benar – benar faham dengan segala maklumat bagi mengelakkan berlaku kecelaruan dalam caruman dan penipuan. Pastikan semua dengan lebih teliti.
Sebelum caruman, pastikan anda benar – benar faham dengan segala syarat dan polisi takaful tersebut supaya senang di kemudian hari untuk claim takaful anda. Selamat Berjaya dalam memilih pelan takaful!
Perkara pertama yang anda patut lakukan sebelum mencarum takaful ialah jangan malas untuk membuat perbandingan pelan takaful. Di Malaysia, terdapat lebih pada 10 syarikat takaful, jadi anda perlu membuat perbandingan dahulu polisi – polisi syarat bagi memilih yang terbaik untuk dijadikan caruman untuk masa hadapan. Anda perlu lebih cekap dalam memilih bagi mengelakan berlaku penipuan.
Kenapa perlu membuat bandingan? Kerana setiap syarikat tidak sama dengan pelan yang ditawarkan. Ada yang harganya jauh lebih murah, sederhana dan jauh lebih mahal. Oleh itu, anda perlu rajin membuat perbandingan bagi mengelakkan anda rugi dalam mencarum apabila ada lagi syarikat takaful yang menawarkan pelan yang lebih murah.
Syarikat – syarikat insurans di Malaysia, sebenarnya pelan insurans yang ditawarkan lebih kurang sama sahaja, yang berbezanya hanya harga sahaja. Jadi, di dalam setiap pelan insurans yang di tawarkan adalah tidak akan sempurna semuanya. Setiap syarikat akan memiliki kelebihan dan kekurangan dalam setiap polisi – polisi pelan insurans yang ditawarnya.
Jadi, anda perlu merujuk pakar insurans dahulu sebelum membuat caruman agar caruman yang anda lakukan mencapai tahap objektif yang anda mahukan. Pelan yang anda carum, perlulah sesuai dengan apa yang anda mahukan.
Selepas anda membuat permohonan dalam caruman takaful untuk diri anda, anda perlu lebih peka bagaimana polisi takaful anda supaya anda mudah dalam urusan masa akan datang. Sebaik sahaja anda mendapat polisi, anda perlu lebih rajin membaca dan lebih mengkaji sesuatu polisi bagi mendapat maklumat lebih teliti dan difahami.
Polisi – polisi takaful perlu anda tahu lebih teliti kerana untuk memudahkan anda untuk melakukan caruman dengan mudah dan tidak mudah ditipu oleh pelan – pelan takaful yang disediakan. Jadi anda perlu jadi rajin bagi mendapatkan segala info tentang polisi syarikat takaful yang anda ingin carum.
Jika anda mahukan takaful hayat yang terbaik, anda perlu melanggan dari Takaful Ikhlas kerana ia menawarkan pelan yang amat sesuai untuk anda dan keluarga dengan harga yang berpatutan. Pelan yang ditawarkan adalah seperti di bawah;
Takaful Ikhlas 165 adalah takaful insurans hayat tanpa riba yang telah membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan institusi masyarakat dan keluarga sejak tahun 2009 lagi. Takaful insurans 165 bersedia membantu mengubah kehidupan anda dan keluarga untuk lebih baik dengan menawarkan konsultant atau perunding risiko yang bertanggungjawab membantu suami isteri yang mencari perlindungan keluarga dan anak-anak untuk masa depan tanpa sebarang riba dengan plan perlindungan yang terbaik.
Plan Takaful Ikhlas yang ditawarkan adalah sangat murah dan berpatutan. Anda yang mempunyai pendapatan serendah RM 1000 juga mampu untuk memilikinya. Takaful Ikhlas ini bernilai dari RM 37 untuk sebulan dan pengiraannya adalah berdasarkan kadar umur dan jumlah pendapatan. Sekiranya anda berada dalam lingkungan 30 tahun dan bergaji RM 1000, kadar insurans ikhlas adalah dalam RM 45 untuk sebulan. Ini bermakna hanya 5% sahaja dari gaji anda yang digunakan untuk membayar takaful dan menyelamatkan keluarga anda.
Ikhlas takaful pula menawarkan RM200,000 kepada keluarga anda sebagai pampasan sekiranya sesuatu berlaku kepada anda walaupun anda hanya membayar RM45 setiap bulan. Berbaloi dan lebih untung, keluarga anda juga mendapat perlindungan yang cukup. RM200,000 secara sekaligus (lump sum) akan anda terima sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan tidak upaya kekal. Dengan pembiayaan bulanan serendah RM37 untuk sebulan bagi anda yang berumur 20 sehingga 30 tahun, anda mampu memberikan yang terbaik untuk keluarga anda.
Anda akan menerima pampasan sebanyak RM 200,000 sekiranya anda di isytiharkan lumpuh atau tidak boleh bekerja. Tanpa sumber pendapatan daripada anda, mungkin isteri dan anak-anak anda terpaksa bekerja keras bagi membiayai kos sara hidup, perubatan dan lain-lain lagi. Ketika itu, anda tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan nasi sudah pasti menjadi bubur.
Ahli keluarga atau waris anda akan menerima 100% Amaun Perlindungan asas dan manfaat pampasan sekiranya orang yang dilindungi atau anda yang mendaftar takaful Ikhlas meninggal dunia secara semulajadi atau akibat kemalangan. Ia akan dilindungi ketika sijil takaful masih berkuat kuasa.
Hilang upaya menyeluruh kekal adalah sesuatu yang membuatkan anda tidak berupaya melakukan apa-apa malah terpaksa bergantung hidup kepada keluarga anda. Dengan manfaat Takaful Ikhlas, anda akan menerima 100% daripada Amaun PErlindungan asas sehinggalah mencapai umur 70 tahun pada hari lahir yang akan datang.
Bagi anda yang berumur 50 tahun ke bawah, anda berhad untuk mendapatkan had tanpa pemeriksaan perubatan. Ia tertakluk kepada Perlindungan Takaful maksimum sehingga RM 500,000 dengan syarat anda haruslah mempunyai kesihatan yang baik.
Operasi perniagaan dan pengurusan Takaful Ikhlas adalah berdasarkan prinsip syariah. Konsep Takaful Ikhlas sangat adil dan saksama kerana mereka berpegang kepada falsafah “Kemudahan Berurusan” dengan semua komuniti.
Takaful Ikhlas merupakan pilihan semua pengguna kerana ia amat diyakini dan dipercayai masyarakat sejagat. Takaful Ikhlas Berhad (593075 U) yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad ini adalah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Anda akan menerima manfaat kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah keluarga dan penyakit yang dihadapi. Ia boleh digunakan untuk menampung kos pembedahan dan perubatan, membiayai hutang piutang anda yang ditinggalkan dan lain-lain lagi.
Plan takaful Ikhlas amat murah dan berpatutan dimana anda hanya perlu memperuntukkan serendah RM 37 sahaja untuk sebulan bagi mendapatkan manfaat-manfaat yang mampu membantu anda dan keluarga pada masa hadapan. Dengan gaji serendah RM1000, anda juga layak memiliki plan Takaful Ikhlas ini.
Anda berpeluang dibantu oleh seorang perunding Takaful Ikhlas yang sangat berpengalaman, pakar dan terlatih bagi membantu menyediakan takaful plan dan menguruskan takaful yang anda miliki untuk lebih mudah dan berjalan lancar. Selain itu, perunding takaful Ikhlas juga sentiasa akan menjawab persoalan dan masalah anda mengenai takaful hayat ini.
Sekiranya anda tidak tahu untuk memilih pakej takaful yang sesuai, hubungi perunding takaful Ikhlas yang berdaftar. Dapatkan banyak maklumat lebih lanjut tentang kelebihan pakej Medical Card Takaful Ikhlas ini. Hubungi menerusi telefon atau WhatsApp sekarang!
TAKAFUL IKHLAS – INSURANS UNTUK MASA DEPAN ANDA
Hotline: Tekan untuk telefon (013-7686482) | Tekan untuk WhatsApp
Hubungi +60137686482 atau tekan butang untuk WhatsApp
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang