Review
Sep 28, 2020, 12:03pm

Tips Pilih Baju Raya Untuk Yang Plus Size


Apabila setiap kali tiba waktu untuk mencari baju bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, ia akan menjadi satu perkara yang agak susah bagi yang berbadan besar dan berat badan yang tidak ideal. Susah untuk mencari baju raya bukanlah hanya dari segi saiz semata-mata, tetapi juga melibatkan dengan warna dan juga design seperti yang kita nak mengikut citarasa kita.

tips pemilihan baju raya untuk plus size

Pada zaman 2020 ini terdapat pilihan baju raya yang banyak dan boleh dibeli secara online. Tetapi kebanyakannya adalah jenis yang ‘ready to wear’ dan jarang-jarang baju raya ditempah sendiri. Jika ditempah sendiri mungkin akan memakan kos yang tinggi selain dari masa untuk baju disiapkan mungkin akan memakan masa yang lama. Jadi, macam mana nak pilih baju raya kalau kita kurang yakin dengan bentuk badan kita?

Pemilihan baju mengikut kesesuaian bentuk badan memang penting. Selalu cakap pasal orang kurus je kan? Jarang kita nampak tips kat luar sana yang berkongsi pasal macam mana orang chubby nak bergaya. Untuk anda yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan sedih-sedih sebab di sini ada tips yang boleh anda gunakan untuk pilih baju raya bagi yang plus size.

1. Warna Pakaian

pemilihan warna baju untuk wanita plus size

Individu yang berbadan tinggi dan gempal sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna yang terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.

pakaian lebih gelap untuk elakkan bentuk badan menonjol

Elakkan pakai baju yang berwarna terang juga sebab baju yang terang ni selalunya menonjolkan bahagian-bahagian yang hendak kita sembunyikan. Contohnya, bahagian perut. Tapi jika hendak pakai baju warna lembut/pastel pun boleh juga asalkan bajunya macam labuh di bahagian yang tertentu. Sebagai contohnya, di bahagian pinggul dan paha. Bagi yang mempunyai badan gempal dan rendah, warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai untuk anda.

2. Pemilihan Fabrik Yang Sesuai

pakaian lebih gelap untuk elakkan bentuk badan menonjol

Material penting bukan sahaja penting untuk anda selesa tetapi juga bagi memastikan tiupan angin memberikan bayangan cantik pada baju anda. Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size dicadangkan untuk memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Walaupun anda muslimah yang menutup aurat, mungkin anda mahukan baju yang tidak terlalu menonjolkan bentuk badan. Jadi, pilih baju daripada material kain yang tidak melekap atau berat. Elakkan memakai kain jenis lycra. Anda boleh pilih material daripada crepe ataupun cotton yang tidak jarang. Kain ini jenis ringan, beralun dan tidak melekap.

3. Corak Pakaian

Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar. Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Reka bentuk dan perincian halus dan rumit adalah lebih sesuai untuk anda. Baju dengan leher ‘V’ lebih sesuai kerana memberi kesan langsing serta-merta.

corak pakaian untuk wanita plus size

Untuk memastikan anda kelihatan bergaya dan yakin, anda boleh cuba memilih corak baju yang polos dengan warna yang anda gemari. Tak kisahlah gelap atau cerah. Tetapi kalau nak pilih baju yang bercorak, anda dinasihatkan pilih baju yang tak terlampau sarat dengan corak. Pilih baju yang mempunyai motif kecil. Seperti bunga atau polka dots yang kecil. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.

4. Saiz Baju Yang Sesuai

pemilihan saiz baju yang sesuai

Walaupun anda memakai baju plus size. Tidak semestinya saiz anda tak perlu double check. Kadang-kadang ukuran saiz setiap butik atau baju adalah berbeza. Untuk ini, anda disarankan untuk mencuba sendiri pakaian yang anda ingin beli. Anda boleh tanyakan ukuran untuk setiap saiz baju yang anda ingin beli. Dengan ini, tidak adalah baju anda nanti terlebih besar atau terlebih kecil. Cakap tentang pilihan saiz, anda harus pilih yang sesuai mengikut bentuk badan dan keselesaan anda. Jadi, ia adalah amat penting untuk anda ketahui saiz ukuran badan anda.

pelbagai pilihan koleksi pakaian plus size

Ramai wanita plus size cenderung untuk menutup lebihan lemak pada bahagian tubuh dengan memakai baju longgar atau pakaian besar. Sebenarnya, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih besar. Justeru, pakai pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jangan amalkan pembelian baju yang tidak padan dengan saiz anda dan sentiasa pastikan anda tidak membeli pakaian terlalu kecil saiz atau terlalu besar. Pilih pakaian yang mempunyai getah di bahagian pinggang supaya menampakkan kelangsingan badan.

5. Potongan Baju

potongan baju untuk wanita plus size

Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder dapat memberikan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar. Pilihlah sama ada bukaannya yang hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang. Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancispolos, di mana hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat. Bentuk baju straight cut mungkin bukan pilihan potongan baju yang sesuai untuk anda. Sebaliknya, anda boleh cuba potongan A cut kerana ianya lebar di bawah. Bukan sahaja ia dapat memberi sillhoute cantik apabila anda berjalan tapi boleh juga memberikan anda kebebasan dan keselesaan ketika berjalan.

Fesyen Baju Raya Moden Yang Sepadan Untuk Plus Size

Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda semasa beraya. Berikut merupakan cadangan fesyen baju raya yang sesuai untuk digayakan oleh semua yang plus size di luar sana. Mana tahu, ini mungkin memberi inspirasi untuk anda memperagakan fesyen busana baju raya yang unik dan anggun.

1. Kurung Peplum

baju kurung peplum untuk wanita plus size

Rekaan baju ini lebih tertumpu pada bentuk pinggang serta jahitan pleated itu sendiri dengan tujuan untuk menyerlahkan bentuk pinggang yang ramping. Baju ini direka untuk menyembunyikan segala bentuk perut kamu yang sebenar. Sebelum membeli pastikan kamu mencuba terlebih dahulu bagi memastikan saiz dan kesesuaian mengikut bentuk badan kamu.

2. Kurung Baby Doll

baju kurung peplum untuk wanita plus size

Kurung ini sebenarnya diilhamkan dari dress anak patung dan kemudiannya dijadikan trend kurung moden. Potongan bentuk yang kembang di pinggang hingga ke bawah akan menutup segala kekurangan kamu di situ termasuk juga di pinggul. Kurung jenis ini juga membolehkan pergerakan anda menjadi lebih selesa dan tidak terbatas. Pilih dan padankan dengan warna kegemaran anda.

3. Kurung Pahang

baju kurung pahang untuk plus size

Kurung Pahang adalah baju kurung panjang yang banyak digayakan oleh wanita secara umum. Baju ini dihasilkan berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan. Anda juga boleh mengayakannya dengan pilihan kain yang tersendiri. Pakaian ini memiliki karakter tersendiri serta dapat menyerlahkan lagi gaya anda untuk tampil lebih elegan.

4. Kurung Slit

baju kurung slit

Fesyen slit dengan sedikit perincian alunan pada sisi dapat mencipta penampilan yang menarik. Dipadankan pula bersama skirt pleats yang sedang trending. Jangan lupa untuk memilih gabungan warna lembut. Ya, warna gelap dapat mencipta ilusi kurus tetapi warna lembut akan menyerlahkan lagi sisi feminin anda.

5. Kurung Moden

baju kurung moden untuk plus size

Gaya kurung moden seperti ini sangat popular pada masa kini. Selain dari jahitan dan potongan, banyak aspek yang diberi perhatian terutama untuk wanita gemuk supaya nampak kurus. Pemilihan fabrik jenis kapas kanvas dapat memberi keselesaan di samping memberikan kelembutan pada kulit anda. Elakkan memakai fabrik jenis melekat kerana ia akan menonjolkan lagi tubuh anda yang gempal. Untuk pemilihan corak, pilih corak bunga kecil atau corak menegak.

6. Kurung Pario

baju kurung pario

Pastikan baju menutupi kawasan pinggul anda untuk mencipta ilusi kurus. Kain pario juga dapat membuatkan kaki kamu kelihatan lebih kurus dari sebenar. Terutamanya bila kamu bergambar dengan menyilang satu kaki ke depan. Untuk baju kurung seperti ini, anda bebas memilih warna kesukaan anda dan padankan dengan citarasa fesyen moden anda!

Koleksi Busana BySerra Eksklusif Sesuai Dipakai Untuk Semua Acara Majlis

koleksi byserra sesuai untuk semua majlis

Koleksi busana dari Byserra kelihatan manis untuk dipakai bukan sahaja untuk Hari Raya tetapi pada bila-bila masa sahaja, tidak kira majlis atau acara. Dengan reka bentuk potongan yang unik, menjadikan anda tampil lebih cantik. Semua pakaian dalam koleksi Byserra mempunyai keistimewaan tersendiri. Koleksi – koleksi yang dijual di Butik BySerra semuanya berkualiti tinggi dan selesa dipakai oleh semua dari pelbagai peringkat umur. Mempunyai potongan baju yang cantik, ringkas namun tetap nampak elegan.

butik pakaian sendondon ibu anak byserra

Butik Byserra merupakan butik pakaian yang menampilkan pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa. Jom cuci mata dengan koleksi anggun dan terkini Byserra.

Pelanggan Butik BySerra: Lihat Testimoni

Maklum balas pelanggan adalah sangat penting untuk apa saja bisnes yang dijalankan. Hal ini kerana testimoni atau maklum balas pelanggan menunjukkan keberkesanan sesuatu produk dan perkhidmatan sesuatu perniagaan. Lihat testimoni para pelanggan Byserra yang telah tertarik dengan koleksi busana Melayu moden Byserra.

testimoni butik byserra cyberjaya

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.

testimoni pelanggan byserra butik muslimah

“Wah..ada potongan harga la..nk kena walk in ni”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

sekeluarga memilih butik byserra

Antara para pelanggan yang telah mengunjungi Butik Byserra di Cyberjaya dan telah membeli pakaian daripada koleksi menarik mereka. Wajah-wajah yang gembira dan puas hati dengan pembelian serta perkhidmatan mesra yang diberikan di Butik Byserra.

Ready To Wear Byserra. Jom Dapatkan Sekarang!

tampil menawan dengan koleksi butik byserra

Untuk sebarang pertanyaan harga dan pembelian, anda boleh kunjungi Shopee Butik Byserra atau Whatsapp ke nombor +0194491676. Atau jika anda mahu lihat sendiri koleksi yang ada, anda boleh ke Butik Byserra di Level 2, Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor. Dapatkan juga maklumat mengenai pelbagai promosi menarik menerusi Facebook dan Instagram butik Byserra.

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Butik BySerra

Koleksi Muslimah Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Call Whatsapp Layari Website

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG